Showing posts with label jepun. Show all posts

 

Keputusan Akhir Final Badminton Piala Sudirman China vs Jepun | 17 Mei 2015 di Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

CHINA BURU GELARAN KE-10


Keputusan akhir : China 3-0 Jepun

China menepati ramalan layak ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2015. Selaku tuan rumah, China bakal memburu gelaran ke-10 dan ke-6 berturut dalam sejarah. Mereka melepasi halangan dengan mengetepikan cabaran pasukan Germany dan Indonesia. Lawan mereka di final nanti merupakan pasukan Jepun yang menunjukkan peningkatan sejak menjuarai Piala Thomas 2014.



China ketika itu diaibkan Jepun dalam saingan separuh akhir dengan keputusan 3-0. Walaupun Piala Thomas hanya melibatkan pemain lelaki dan berbeza dengan format berpasukan Piala Sudirman, sudah pasti luka tersebut masih dirasai. Pentas petang ini bakal menjadi medan bagi China untuk mempamerkan kekuatan sebenar.



Jepun mengejutkan Korea Selatan yang menjadi naib juara dalam edisi sebelum ini. Perlawanan yang berlangsung lebih 4 jam itu berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada negara matahari terbit itu. Jepun mungkin bukan pasukan pilihan kerana mereka buat pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala Sudirman. Namun China harus berhati-hati dan memberi sepenuh tumpuan supaya trofi Piala Sudirman kekal menjadi milik mereka.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia B-23 vs Jepun B-23 Kelayakan Piala AFC 31 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MISI HIDUP DAN MATI


Keputusan akhir : Malaysia 0-1 Jepun

Misi pasukan bawah 23 tahun negara untuk layak ke Kejohanan Piala AFC 2016 bakal berakhir jika tewas kepada pasukan remaja Jepun malam ini. Anak buah Razip Ismail menempah jalan sukar apabila kalah 1-2 di tangan Vietnam dalam perlawanan pembukaan biarpun beraksi di laman sendiri.



Jepun akan mengesahkan status juara kumpulan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala AFC tahun depan. Lima pasukan naib juara terbaik akan melengkapkan 15 negara mengiringi Qatar selaku tuan rumah.



Hanya kemenangan mampu mencerahkan peluang Harimau Muda untuk layak. Jika seri atau kalah, kita terpaksa menunggu lagi dua tahun untuk bersaing di peringkat Asia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2014 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

LIN DAN MAHU TEBUS KEKECEWAAN



Bekas juara dunia, Lin Dan nampaknya begitu bersemangat untuk menebus kekecewaan China dalam Kejohanan Piala Thomas tempoh hari. Beliau yang diletakkan selaku perseorangan ke-3 tidak dapat bermain di separuh akhir menentang Jepun kerana pasukannya sudah tewas 0-3. Strategi China nampaknya gagal membuahkan hasil kali ini.



Jepun pula mencatatkan sejarah selaku pasukan pertama yang berjaya memecah dominasi Malaysia, Indonesia dan China yang pernah menjuarai Piala Thomas. Kali ini di Kejohanan Badminton Super Series Jepun, pastinya pemain-pemain lawan ingin melunaskan dendam.



Malaysia diketuai Lee Chong Wei pastinya lebih merasai keperitan tewas di pusingan akhir dan gagal menamatkan penantian 22 tahun Piala Thomas. Mampukah Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir yang memungkinkan pertemuan beliau dengan Lin Dan?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Final Piala Thomas Malaysia vs Jepun | 25 Mei 2014 di Astro dan RTM

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PELUANG AKHIRI PENANTIAN 22 TAHUN


Jepun menang 3-2. Tahniah!

Seluruh negara kini semakin berdebar menantikan siaran langsung perlawanan akhir badminton Piala Thomas 2014 antara pasukan Malaysia dan Jepun petang ini. Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2002 namun tewas 2-3 kepada Indonesia. Mampukah sejarah terukir di bumi India?



China yang merupakan kuasa besar dunia badminton menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-3 kepada Jepun di separuh akhir. Bagaimanapun pasukan Piala Uber China berjaya melebarkan penguasaan mereka untuk kategori wanita. Mereka mudah menewaskan tuan rumah India yang menunjukkan peningkatan pada edisi kali ini.



Malaysia layak ke peringkat akhir dengan mengetepikan cabaran Indonesia 3-0. Persembahan beregu utama negara semakin nampak peningkatan apabila berjaya menewaskan beregu nombor 1 dunia Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan dalam rubber set.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/