Showing posts with label terkini. Show all posts

 

Jadual dan Keputusan Badminton Piala Thomas & Piala Uber 2016 | Pasukan Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

SEJARAH 1992 DALAM KENANGAN



Datuk Lee Chong Wei bakal beraksi di pentas terakhir Piala Thomas pada tahun ini. Paling menyedihkan apabila kita gagal menggunakan kelebihan beliau sebagai pemain nombor dua dunia untuk kembali merampas Piala Thomas yang didominasi oleh Indonesia (5 kali) dan China (5 kali) sejak tahun 1992.



Puncanya kerana Malaysia tiada pasukan pelapis yang boleh menyaingi pemain pelapis China dan pasukan elit lain seperti Korea Selatan dan mungkin juga Jepun yang semakin meningkat naik. Beregu negara semakin tenggelam dan terus mempamerkan persembahan yang kurang konsisten.



Memandangkan Piala Thomas ini merupakan pertandingan dalam bentuk kumpulan, jadi kekuatan seimbang amat perlu bagi sesebuah negara untuk menjuarainya. Mengikut format tegrkini, setiap negara perlu membariskan 3 pemain perseorangan dan 2 beregu yang akan menentukan 5 mata untuk satu-satu perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Suku Akhir Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Terbuka Hong Kong 20 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

ULANGAN FINAL?


Set 1 : LCW 13-21 CL
Set 2 : LCW 21-19 CL
Set 3 : LCW 21-15 CL

Cabaran getir menanti Datuk Lee Chong Wei malam ini apabila dipaksa bertemu dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir. Undian laluan ternyata tidak menyebelahi nasib Chong Wei disebabkan hanya mampu berada pada kedudukan ranking ke-6 dunia. Mampukah beliau mengulangi kecemerlangan di Terbuka China tempoh hari?



Jika menang malam ini, laluan Chong Wei ke final lebih mudah. Dalam pusingan kedua, Datuk mudah menewaskan wakil Germany dalam straight set manakala Chen Long terpaksa bertarung dalam rubber set menewaskan wakil Thailand. Jadual penuh di sini.



Melihat pada rekod pertemuan dari 22 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 12 kemenangan berbanding Chong Wei 10. Jom sama-sama kita beri sokongan  padu kepada Datuk untuk memperbaiki ranking dan melakar kemenangan ke atas Chen Long.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PENINGKATAN CHONG WEI



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-6 dunia. Kejayaan di bumi China tempoh hari menyuntik semangat untuk memburu kejuaraan kali ini. Namun laluan ke final tidak semudah yang disangka.



Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan berdepan dengan Chen Long seawal pusingan suku akhir disebabkan kedudukan ranking yang berubah. Jika berjaya, beliau mungkin akan menentang juara bertahan dari Korea Selatan Shon Wan-Ho. Dalam perlawanan malam ini, Datuk akan melayan wakil dari Germany Marc Zwiebler.



Setakat pusingan kedua, hanya tinggal 4 wakil negara yang masih kekal meneruskan perjuangan. 2 wakil masing-masing untuk kategori perseorangan dan berkumpulan lelaki. Semoga usaha pemain negara akan memberi berita gembira sekali lagi untuk peminat badminton tempatan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Keputusan Final Lee Chong Wei vs Chen Long Badminton Terbuka China 15 November 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PELUANG CHONG WEI AKHIRI BADI


Set 1 : LCW 21-15 CL
Set 2 : LCW 21-11 CL

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana masih menjadi wakil tunggal negara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka China 2015. Dalam pusingan separuh akhir semalam Lee Chong Wei mengejutkan musuh tradisi tuan rumah, Lin Dan dalam rubber set 17-21 21-19 21-19. Siapa sangka Datuk berjaya menamatkan badi 5 perlawanan tanpa kemenagan ke atas jaguh badminton kidal itu.



Petang ini seperti biasa, Datuk Lee Chong Wei perlu melepasi halangan terakhir menentang Chen Long dalam final Terbuka China 2015. Klai terkahir wakil Malaysia menjuarai kategori perseorangan lelaki di China pada tahun 2002 menerusi Wong Choong Han. Adakah Datuk mampu melakukan satu lagi kejutan?



Melihat pada rekod pertemuan dari 21 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 12 kemenangan berbanding Chong Wei 9. Datuk masih gagal menewaskan Chen Long dalam 4 perlawanan terakhir. Jom sama-sama kita beri sokongan  padu kepada Datuk untuk memperbaiki ranking dan menamatkan badi menentang Chen Long.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan akhir Lee Chong Wei vs Lin Dan Terbuka China 14 November 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEPARUH AKHIR


Keputusan akhir: Lee Chong Wei menang 17-21, 21-19, 21-19 vs Lin Dan

Laluan sukar Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China 2015 menanti di pusingan separuh akhir apabila beliau bakal berdepan musuh tradisi dari China, Lin Dan petang ini. Perlawanan musuh ketat ini akan menjadi tumpuan tatkala Chen Long dan Son Wan Ho bersaing dalam merebut satu lagi slot ke final.



Chong Wei menjadi wakil tunggal Malaysia dan juga Asia Tenggara yang mara sehingga tahap ini yang jelas didominasi pemain-pemain tuan rumah. Walaupun prestasi Chong Wei tidak begitu memuaskan disebabkan faktor usia, beliau tetap fokus pada sasaran untuk layak ke Olimpik 2016.



Melihat dari rekod perlawanan Lee Chong Wei vs Lin Dan, dari 34 pertemuan Chong Wei hanya menang 9 kali. Datuk juga tidak pernah menang dalam 5 perlawanan terakhir dan perkara ini amat membimbangkan apatah lagi kelebihan Lin Dan sebagai pemain kidal dan mempunyai kekuatan mental yang lebih baik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Penuh Perlawanan Piala Capital One 2015/2016 | Pusingan 3

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CHELSEA JUARA BERTAHAN



Piala Capital One telah memasuki pusingan ketiga awal pagi tadi. Sebanyak 32 pasukan yang telah layak akan merebut 16 tempat ke pusingan seterusnya. Lupakan sejenak perlawanan EPL yang bakal bersambung hujung minggu nanti. Perlawanan ini akan dijadikan medan peluang untuk pemain-pemain simpanan dan remaja kelab untuk menunjukkan bakat mereka.



Perlawanan tumpuan untuk pusingan ini akan menemukan musuh setempat London antara Arsenal dan Totteham. Salah satu akan tersingkir awal dan mempunyai masa yang lebih untuk fokus pada pertandingan lain. Antara kelab EPL yang telah mara ke pusingan 4 adalah Manchester City, Everton, Bournemouth, Aston Villa, Stoke dan Leicester.



8 lagi perlawanan akan berlangsung awal pagi esok. Rujuk jadual waktu perlawanan di sini. Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester United dijangka mampu meneruskan saingan dan menewaskan lawan masing-masing.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Lee Chong Wei vs Lin Dan Terbuka Jepun 10 September 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HALANGAN PUSINGAN KEDUA


Keputusan akhir : Lee Chong Wei kalah 17-21,10-21 kepada Lin Dan

Laluan sukar Datuk Lee Chong Wei dalam kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2015 menjadi realiti apabila beliau bakal berdepan musuh tradisi dari China, Lin Dan petang ini. Kedudukan ranking terkini di bawah 10 terbaik meletakkan beliau sebagai pemain bukan pilihan dan berdepan risiko tersingkir seawal pusingan ke-2.



Hanya 3 wakil negara melepasi pusingan pertama semalam. Antara kejutan besar berlaku pagi tadi apabila jaguh badminton China yang juga juara dunia, Chen Long terkandas dan tewas kepada pemain muda dari negara yang sama. Peluang Lee Chong Wei untuk bergelar juara amat cerah jika berjaya melepasi halangan paling mencabar ini.



Melihat dari rekod perlawanan Lee Chong Wei vs Lin Dan, dari 33 pertemuan Chong Wei hanya menang 9 kali. Datuk juga tidak pernah menang dalam 4 perlawanan terakhir dan perkara ini amat membimbangkan apatah lagi kelebihan Lin Dan sebagai pemain kidal dan mempunyai kekuatan mental yang lebih baik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Badminton Terbuka Jepun 2015 | Lee Chong Wei

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

LALUAN SUKAR



Datuk Lee Chong Wei kembali meneruskan usaha memperbaiki ranking badminton beliau yang kini berada di tangga ke-28 dunia. Biarpun masih dibayangi kekalahan di final Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu, Chong Wei perlu terus fokus untuk Olimpik 2016. Laluan kejuaraan Siri Super Terbuka Jepun 2015 minggu ini lebih sukar.



Kejohanan bermula pada 8 hingga 13 September 2015 di Tokyo Jepun. Undian kali ini bakal mempertemukan Lee Chong Wei dan Lin Dan seawal pusingan kedua dan jika berjaya melepasi musuh tradisi dari China itu, Datuk akan menentang Chen Long di pusingan suku akhir. Kenapa boleh jadi begitu?



Semuanya bergantung pada ranking. Kalau ada yang cakap ranking itu tidak penting jangan percaya. Orang itu mungkin tidak tahu menahu tentang sukan. Nasib Datuk kurang baik kali ini kerana ranking ke-28 tidak menjanjikan laluan mudah berbanding ranking nombor 1.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Badminton Dunia 16 Ogos 2015 | Lee Chong Wei vs Chen Long

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PELUANG CHONG WEI AKHIRI BADI


Set 1 : LCW 14-21 CL
Set 2 : LCW 17-21 CL

Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana masih menjadi wakil tunggal negara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2015. Dalam pusingan separuh akhir semalam Lee Chong Wei menewaskan pemain  Denmark, Jan O Jorgensen dengan straight set 21-7 21-19. Ramai yang meramalkan perlawanan semalam antara beliau dan Lin Dan. Tetapi sebaliknya berlaku apabila musuh ketat dari China itu terkandas di pusingan suku akhir.



Petang ini seperti tahun lalu, Datuk Lee Chong Wei perlu melepasi halangan terakhir menentang Chen Long dalam final Badminton Dunia 2015. Kemarau pingat emas Kejohanan Badminton Dunia perlu ditamatkan segera kerana usia Chong Wei semakin meningkat. Chen Long kini memegang gelaran pemain nombor 1 dunia ketika ini manakala Chong Wei hanya berada di tangga ke-44.



Jika dalam kepercayaan masyarakat Cina, angka 4 akan memberi petanda kurang baik. Diharapkan perkara itu tidak berlaku kali ini. Melihat pada rekod pertemuan dari 20 perlawanan, Cheng Long memiliki kelebihan 11 kemenangan berbanding Chong Wei 9. Jom sama-sama kite beri sokongan  padu kepada Datuk untuk membawa pulang pingat emas pertama dalam sejarah badminton Malaysia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Final Bola Sepak Sukan SEA 2015 | Thailand vs Myanmar

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

THAILAND PILIHAN


Keputusan akhir : Thailand 3-0 Myanmar

Thailand malam ini turun selaku juara bertahan ibu segala pingat emas Sukan SEA dalam acara bola sepak. Kejayaan membelasah Indonesia 5-0 di separuh akhir memberi keyakinan kepada mereka. Myanmar yang menewaskan Vietnam 2-1 dijangka berdepan tugas sukar menyekat kemaraan Thailand.
Pada perlawanan penentuan tempat ke-3/4 petang tadi, Vietnam membelasah Indonesia 5-0 untuk menamatkan saingan dengan pingat gangsa. Pasukan Malaysia pula hanya berjaya menamatkan saingan di peringkat kumpulan. Tuan rumah Singapura juga menerima nasib yang sama walaupun sudah mengatur jadual memihak kepada mereka.



Dari rekod 5 pertemuan terakhir, pasukan remaja Thailand belum pernah tewas dengan Myanmar. Jika dilihat dari corak  permainan Thailand, hanya mereka yang mampu memberi saingan kepada kuasa besar Asia seperti Jepun, Korea Selatan dan Iran.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Laos Sukan SEA 11 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

SASAR TEMPAT KETIGA


Keputusan akhir : Malaysia 3-1 Laos

Pasukan Harimau Muda bakal menamatkan cabaran bola sepak di Sukan SEA 2015 malam ini. Setelah laluan ke separuh akhir tertutup, kini hanya tempat ketiga yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Laos. Ketika ini kedua pasukan terikat dengan 6 mata hasil 2 kemenangan dan 2 kekalahan. Tetapi Malaysia memiliki kelebihan berdasarkan perbezaan jaringan.



Ini bermakna untuk kekal berada di tempat ke-3, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 1 mata atau seri dengan Laos. Jika tewas, kita akan jatuh ke tangga ke-4 kumpulan B. Perlawanan malam ini hanya melibatkan maruah pasukan Malaysia yang gagal menyaingi pencapaian di Myanmar 2013. Beralih ke kumpulan A, Myanmar mengesahkan status selaku juara kumpulan. Singapura dan Indonesia akan menentukan 1 lagi slot ke separuh akhir serentak dengan perlawanan Malaysia vs Laos.



Rekod pertemuan sebelum ini, pasukan Malaysia B23 pernah menang 2 kali ke atas Laos B23. Mungkin dengan status pasukan pilihan meletakkan para pemain dalam keadaan tertekan. Apa yang penting mereka harus bermain sesuai dengan keadaan dan taktik. Kawalan bola lebih kemas dan penyudah yang tajam mampu menghasilkan kemenangan!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Brunei Sukan SEA 8 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

TINGGAL MARUAH


Keputusan akhir : Malaysia 2-0 Brunei

Pemain Harimau Muda malam ini hanya bermain untuk maruah negara kerana peluang untuk layak ke separuh akhir sudah tertutup secara rasminya. Thailand dan Vietnam menang dalam semua 4 perlawanan dan mengumpul 12 mata meninggalkan Malaysia dengan 3 mata setakat ini. Baki 2 perlawanan menentang Brunei dan Laos tidak cukup untuk memintas kedudukan 2 teratas dan Malaysia harus menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan B.



Pencapaian ini mengulangi rekod tahun 2007 yang mana kali terakhir Malaysia gagal layak ke separuh akhir sebelum memenangi emas pada edisi 2009 dan 2011 serta ke-4 dalam tahun 2013. Ternyata persiapan kurang rapi kali ini menjejaskan prestasi selain isu kontroversi Nazmi Faiz yang digantung 6 perlawanan ekoran meludah pemain Timor Leste.



Rekod pertemuan sebelum ini, pasukan Malaysia B23 menang 2-0 ke atas Brunei B23 sewaktu Sukan SEA 2013. Brunei juga merupakan satu-satunya pasukan yang belum mengutip mata dalam kumpulan B. Ayuh Harimau Muda usah biarkan Brunei memecahkan rekod ke atas negara kita. Jaga maruah dan kita akan kembali di Kuala Lumpur 2017.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Sukan SEA 4 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN TIPIS

JADUAL MALAYSIA HARIMAU MUDA VS THAILAND SUKAN SEA 2015

Keputusan akhir : Malaysia 0-1 Thailand


Bukan malam tapi petang! Perlawanan Malaysia menentang Thailand hari ini akan bermula seawal jam 4.00 pm waktu tempatan. Lihatlah permainan tuan rumah yang sengaja mahu Malaysia bermain dalam kepenatan dan cuaca yang panas. Thailand mempunyai lebih masa untuk rehat selepas perlawanan pada 1 Jun yang lalu dan mereka merehatkan beberapa pemain utama untuk bertemu Malaysia.



Selepas kekalahan 1-5 Harimau Muda kepada Vietnam, kita sudah tiada pilihan lain selain menang dengan Thailand yang juga juara bertahan sekiranya mahu mencerahkan semula peluang ke separuh akhir. Perjuangan harus diteruskan walaupun pasukan negara hanya mempunyai masa rehat 36 jam sahaja berbanding Thailand lebih kurang 60 jam.



Datuk Ong Kim Swee juge menyuarakan ketidakpuasan hati dengan padang latihan yang disifatkan sebagai teruk dan boleh mengudang kecederaan pemain. Nampaknya Singapura sudah merancang segalanya supaya Malaysia gagal melepasi pusingan separuh akhir. Para pemain Harimau Muda perlu terus berjuang hingga ke akhirnya. Buktikan semangat Malaysia Boleh!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Sukan SEA 2 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERLU MENANG 

harimau muda vs vietnam 2 jun 2015

Keputusan akhir : Malaysia 1-5 Vietnam

Misi Harimau Muda bakal diteruskan malam ni. Setelah insiden memalukan oleh pemain harapan negara Nazmi Faiz Mansor dalam perlawanan pembukaan kumpulan B, Malaysia perlu fokus untuk memenangi perlawanan menentang Vietnam jika mahu mencerahkan peluang layak ke pusingan separuh akhir.



Vietnam secara teorinya memiliki kelebihan rehat 1 hari berbanding skuad Malaysia. Pemain kita terpaksa berhempas pulas bertahan selama 60 minit dengan 10 orang dan mungkin agak keletihan. Tambahan pula moral Vietnam meningkat setelah membelasah pasukan Brunei 6-0 Jumaat lepas. Harimau Muda perlu lebih berhati-hati dengan serangan lawan yang dilihat mampu mengkucar-kacirkan pertahanan kita.



Kemenangan malam ini sangat penting kerana selang 2 hari kita akan bertemu Thailand yang menang ke atas Timor Leste semalam. Apa yang lebih malang, perlawanan itu dijadualkan pada jam 4.00 petang. Nampaknya Singapura berjaya mengatur perlawanan supaya Malaysia menghadapi kesukaran menentang pencabar dalam kumpulan B.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Sukan SEA 30 Mei 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PERLU MENANG BESAR

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA HARIMAU MUDA VS TIMUR LESTE 30.5.2015

Keputusan akhir : Malaysia 1-0 Timor Leste

Pasukan Malaysia mengharapkan kemenangan sulung malam ini di samping jumlah jaringan yang besar selepas melihat pencabar kumpulan B menewaskan lawan masing-masing dengan keputusan 6-0. Vietnam terlebih dahulu membenam Brunei petang semalam diikuti Thailand yang membelasah Laos.



Datuk Ong Kim Swee harus menenangkan para pemain dan mengarahkan supaya menyerang dan mendapatkan gol seawal mungkin untuk meredakan tekanan. Ini kerana perlawanan kedua menentang Vietnam lebih sukar dan sebarang kecederaan pemain akan menggugat taktikal dan corak permainan.



Pengalaman beberapa pemain senior amat diharapkan supaya Harimau Muda mampu mengawal keadaan dan emosi ketika berdepan Timor Leste malam ini. Mungkin kita diletakkan sebagai pasukan pilihan dan pemain harus berwaspada dengan setiap gerakan pemain lawan. Kekalkan keputusan tanpa bolos kerana itu mungkin menentukan sama ada Malaysia mampu ke separuh akhir atau tidak.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia B-23 vs Jepun B-23 Kelayakan Piala AFC 31 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MISI HIDUP DAN MATI


Keputusan akhir : Malaysia 0-1 Jepun

Misi pasukan bawah 23 tahun negara untuk layak ke Kejohanan Piala AFC 2016 bakal berakhir jika tewas kepada pasukan remaja Jepun malam ini. Anak buah Razip Ismail menempah jalan sukar apabila kalah 1-2 di tangan Vietnam dalam perlawanan pembukaan biarpun beraksi di laman sendiri.



Jepun akan mengesahkan status juara kumpulan sekaligus melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala AFC tahun depan. Lima pasukan naib juara terbaik akan melengkapkan 15 negara mengiringi Qatar selaku tuan rumah.



Hanya kemenangan mampu mencerahkan peluang Harimau Muda untuk layak. Jika seri atau kalah, kita terpaksa menunggu lagi dua tahun untuk bersaing di peringkat Asia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Bola Malaysia vs Oman 26 Mac 2015 | Persahabatan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

PERSIAPAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2018

kredit
Keputusan akhir : Malaysia 0-6 Oman

Skuad Harimau Malaya bakal memulakan perlawanan persahabatan pertama tahun 2015 dengan menentang Oman hari ini. Setelah berehat panjang dari episod suka dan duka Piala AFF Suzuki 2014, Dollah Salleh bakal membentuk pasukan baru yang lebih mantap untuk persiapan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.



Bola sepak Malaysia baru memasuki fasa awal liga tempatan. Persaingan sengit antara kelab-kelab memberi bayangan pemain mana yang akan dibawa bersama untuk sesi persahabatan ini.Antara 20 pemain yang dipilih, 7 dari mereka merupakan pemain baru yang tidak berada dalam skuad AFF Suzuki. Perubahan ini mungkin disebabkan kecederaan dan persaraan beberapa pemain senior.



Mengikut ranking terkini FIFA, Malaysia berada di tangga ke-154 dunia manakala Oman di kedudukan 96. Pemain kebangsaan harus fokus dan memberi persembahan terbaik untuk menangkis tohmahan yang mengatakan ada antara mereka yang tidak serius ketika bermain dengan lencana Malaysia di dada. Malaysia Boleh!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Piala Afrika 2015 | Africa Cup Of Nation

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MORROCO TARIK DIRI


Senarai Pemain EPL Ke Piala Afrika 2015 [Klik]

Kejohanan Piala Afrika 2015 bakal berlangsung pada 17 Januari hingga 8 Februari 2015 di Equatorial Guinea. Lihat artikel berkaitan negara Equatorial Guinea di sini.  Pada awalnya kejohanan dwi tahunan ini sepatutnya dianjurkan oleh Morocco, tetapi atas masalah serangan wabak Ebola tahun lalu mereka terpaksa menarik diri. Tahun 2015 merupakan edisi ke-30 sejak mula diperkenalkan pada tahun 1957.



Mesir atau Egypt merupakan negara paling banyak menjuarai Piala Afrika (7 kali) diikuti Ghana & Cameroon (4 kali) dan Nigeria (3 kali termasuk juara tahun 2013). Empat lokasi pertandingan yang terlibat adalah Bata, Ebebiyin, Mongomo dan Malabo. Malangnya Mesir gagal melayakkan diri untuk tiga kali berturut-turut.



16 pasukan atau negara dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dua tempat teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. Antara negara yang perlu diberi perhatian adalah Cape Verde yang melakukan kejutan layak ke suku akhir pada kejohanan 2013 walaupun baru membuat penampilan kali pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Badminton Axiata Cup 6 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MISI BALAS DENDAM


Keputusan akhir : Malaysia 2-2 Indonesia
Indonesia layak ke final dengan kelebihan set keseluruhan

Malaysia telah diundi bertemu pasukan pilihan Indonesia dalam acara separuh akhir Piala Axiata 2014 semalam. Dalam satu lagi pertemuan, Thailand akan menentang pasukan pilihan Asia untuk menentukan slot ke final esok. Sebelum ini Malaysia mudah diratah Indonesia di pusingan awal dengan skor 0-4.



Perlawanan petang ini sudah pasti menjadi peluang terbaik pasukan negara untuk menyingkirkan Indonesia dari perlawanan akhir. Malaysia tampak goyah dengan ketiadaan Datuk Lee Chong Wei yang digantung dari menyertai sebarang kejohanan. Bermain di Stadium Badminton Cheras bakal memberi kelebihan kepada mereka.



Pihak pengurusan harus bijak memilih perseorangan lelaki yang akan mewakili pasukan negara. Chong Wei Feng atau Liew Daren perlu menang dalam kategori ini kerana Indonesia lebih kuat dalam acara beregu. Perseorangan wanita juga perlu cuba mencuri mata untuk membei harapan yang lebih cerah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Bola Malaysia vs Vietnam 16 November 2014 | Harimau Malaya Sesak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSIAPAN PIALA AFF SUZUKI 2014


Keputusan akhir : Malaysia 1-3 Vietnam

Ujian terakhir pasukan Harimau Malaya sebelum ke Piala AFF Suzuki 2014 beralih ke Vietnam petang ini. Anak buah Dollah Salleh telah 'diajar' bermain bola sepak oleh Syria Rabu lalu. Strategi yang dipertaruhkan semua tidak menjadi. Persembahan dalam 4 siri perlawanan persahabatan setakat ini belum menampakkan mutu permainan sebenar seperti yang peminat harapkan.



Taktik dengan dua penyerang tidak sesuai dengan pasukan kebangsaan ketandusan pemain berkaliber. Apa yang penting, jurulatih sepatutnya menerapkan disiplin kawalan bola supaya kita tidak dibolosi terlalu awal. Kenapa Malaysia tidak pernah belajar dari kesilapan? Formasi 4-4-2 patut diganti dengan 4-5-1



Mengikut ranking terkini FIFA, Malaysia berada di tangga ke-156 dunia manakala Vietnam jauh di depan di tempat ke-136. Mampukah kita mencapai kemenangan di tempat lawan sedangkan di laman sendiri kita terpaksa berhempas pulas walaupun diiringi sokongan padu Ultras Malaya? Sama-samalah kita mendoakan keajaiban bakal berlaku di bumi Vietnam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/