Showing posts with label vietnam. Show all posts

 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Sukan SEA 2 Jun 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERLU MENANG 

harimau muda vs vietnam 2 jun 2015

Keputusan akhir : Malaysia 1-5 Vietnam

Misi Harimau Muda bakal diteruskan malam ni. Setelah insiden memalukan oleh pemain harapan negara Nazmi Faiz Mansor dalam perlawanan pembukaan kumpulan B, Malaysia perlu fokus untuk memenangi perlawanan menentang Vietnam jika mahu mencerahkan peluang layak ke pusingan separuh akhir.



Vietnam secara teorinya memiliki kelebihan rehat 1 hari berbanding skuad Malaysia. Pemain kita terpaksa berhempas pulas bertahan selama 60 minit dengan 10 orang dan mungkin agak keletihan. Tambahan pula moral Vietnam meningkat setelah membelasah pasukan Brunei 6-0 Jumaat lepas. Harimau Muda perlu lebih berhati-hati dengan serangan lawan yang dilihat mampu mengkucar-kacirkan pertahanan kita.



Kemenangan malam ini sangat penting kerana selang 2 hari kita akan bertemu Thailand yang menang ke atas Timor Leste semalam. Apa yang lebih malang, perlawanan itu dijadualkan pada jam 4.00 petang. Nampaknya Singapura berjaya mengatur perlawanan supaya Malaysia menghadapi kesukaran menentang pencabar dalam kumpulan B.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Penuh Bola Sepak Sukan SEA 2015 Singapura

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

IBU SEGALA PINGAT EMAS



Bola sepak merupakan sukan yang paling dinanti-nantikan setiap kali berlangsungnya kejohanan Sukan SEA. Dek kerana popularitinya, ada yang menggelarkan pingat emas sukan bola sepak sebagai ibu segala pingat. Tahun 2013 merupakan pencapaian buruk skuad negara apabila hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4 berbanding 2 edisi sebelumnya yang mana kita menjadi juara.



Bermain di Singapura selaku tuan rumah pastinya menjanjikan persaingan sengit. Malaysia diundi bersama juara 2013 (Thailand) dan Vietnam dalam kumpulan B. Dua pencabar terkuat ini akan menjadi penghalang utama kemaraan skuad Harimau Muda ke separuh akhir nanti. Laos, Brunei dan Timur Leste melengkapkan senarai kumpulan.



Singapura dijangka mudah mengungguli kumpulan A dengan kejayaan Lions XII dalam Final Piala FA tempoh hari. Majoriti pemain malam itu merupakan skuad bawah 23 tahun yang akan diturunkan dalam Sukan SEA 2015 yang akan bermula petang ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2015 Singapura | Harimau Muda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN


Updates : Senarai pemain Harimau Muda ke Sukan SEA [Klik]


Malaysia perlu merebut dua tempat teratas dalam kumpulan B jika mahu layak ke separuh akhir bola sepak Sukan Sea 2015. Misi itu tampak sukar dengan juara bertahan Thailand dan Vietnam diundi bersama pasukan Harimau Muda. Tiada pilihan lain kecuali Malaysia menang menentang salah satu pencabar terkuat dan pastikan jaringan lebih besar ketika menentang pasukan kerdil lain.



Esok anak buah Ong Kim Swee akan turun bermain dalam perlawanan pertama bertemu skuad Timur Leste. Di atas kertas, Malaysia mungkin tidak menghadapi sebarang masalah untuk menang. Apa yang dirisaukan adalah perlawanan kedua dan ketiga menentang Vietnam dan Thailand. Susunan jadual tidak memberi kelebihan kepada kita kerana jika tewas kepada Myanmar, perlawanan dengan Thailand pasti memberi lebih tekanan.



Seterusnya Malaysia akan menamatkan saingan kumpulan bertemu Brunei dan Laos. Perbezaan jaringan mungkin menjadi penentu pasukan mana yang akan layak ke separuh akhir. Jadi pasukan Harimau Muda harus menyempurnakan peluang yang ada untuk mencari bekalan gol sebanyak mungkin.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

AKHIRNYA DOLLAH SEDAR



Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang peminat bola sepak tempatan saksikan di kaca TV semalam. 4 gol berjaya dijaringkan di kala Harimau Malaya mengganas di bumi Hanoi. Orang yang paling gembira pastinya Dollah Salleh yang menerima tempias kritikan corak permainan buruk di Shah Alam tempoh hari.



Bukan mudah untuk menyerap segala tekanan apabila tewas di laman sendiri. Apatah lagi dalam kejohanan yang mengambil kira bilangan gol di tempat lawan. Rombakan kepada barisan utama skuad negara nyata membuahkan hasil. Kali ini pujian harus diberikan kepada jurulatih kerana beliau melakukan kajian terperinci bagaimana cara permainan pasukan Vietnam.



Kemenangan 4-2 di Hanoi menjadikan Malaysia menang secara agregat 5-4 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Thailand juga dalam format timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan pada 17 Disember dan perlawanan di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 11 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN TIPIS


Keputusan akhir : Malaysia 4-2 Vietnam (Malaysia ke final)

Analisis : Punca Malaysia menang lawan Vietnam [Klik]


Harimau Malaya perlu menang dengan margin 2 gol untuk meneruskan perjuangan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Ini semua kerana kita gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri dan membenarkan Vietnam membolosi gawang negara dan membawa pulang 2 gol berharga. Jika kita berjaya mencatat keputusan 2-1 di Hanoi malam ini, perlawanan akan bersambung dalam masa tambahan.



Persoalannya sekarang mampukah kita menjaringkan 2 gol di Hanoi? Penyerang manakah yang akan diturunkan oleh Dollah? Bila kita akan dapat saksikan kelibat Piya dan Baddrol dalam kesebelasan utama? Khabar angin mengatakan Indra Putra bakal digandingkan dengan Safee di bahagian serangan. Shukor Adan dan Amri akan kembali dalam pasukan setelah menjalani penggantungan 2 kad kuning.



Formasi 4-4-2 nampaknya sekali lagi menjadi pilihan Dollah walaupun beliau sedar akan kelonggaran bahagian tengah negara. Jika itu menjadi pilihan, Amri mungkin akan beraksi di bahagian sayap. Khidmat Safiq masih perlu dikekalkan. Cuma kita perlukan defensive midfield. Gary Steven Robbat mungkin diberi tugas untuk mematahkan gerakan pantas Vietnam dan melorongkan bola ke bahagian serangan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Terakhir Malaysia di Hanoi Vietnam | Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

PERLU JARING 2 BOLOS 0



Harimau Malaya gemar memilih laluan sukar dalam merealisasikan impian peminat negara untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2014. Persembahan buruk di Shah Alam Ahad lalu menghampakan ribuan penonton yang sanggup memberikan sokongan padu kepada anak buah Dollah Salleh itu. Sudahlah tewas, kita bolos 2 gol yang mana akan memberi kelebihan besar buat Vietnam malam ini.



Dalam kejohanan yang mengambil kira gol di tempat lawan, Malaysia kurang bijak mengatur strategi untuk mengekang asakan pemain-pemain Vietnam. Dollah masih dengan pendiriannya dengan meletakkan 2 orang penyerang walaupun umum mengetahui Mat Yo dan Safee sudah lama tidak bermain di liga tempatan.



Malam ini misi Malaysia lebih sukar. Harapan kita pada Amri yang akan diturunkan semula selepas digantung 1 perlawanan. Hanya kemenangan 2-0, 3-2, 4-3 atau dengan margin 2 gol bakal menyelamatkan maruah negara. Mungkin ada yang mengatakan menang 1-0 sudah cukup. Tidak benar sama sekali kerana Vietnam sudah memiliki 2 gol di tempat lawan. Ayuh Malaysia. Buktikan anda masih mampu mengaum di rantau Asia Tenggara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Semi Final Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BEKALAN 2 GOL

Kredit : HarimauMalaya.com

Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Vietnam

Kejayaan dramatik layak ke separuh akhir tempoh hari begitu menggembirakan penyokong bola sepak tanah air. Apatah lagi kita berjaya membalas dendam kekalahan kepada Singapura dalam edisi 2012 yang lalu. Dua gol di akhir perlawanan membantu Harimau Malaya membenam Singa 3-1.



Malam ini bermulalah satu lagi misi Malaysia sebelum mara ke final. Pusingan separuh akhir pertama di laman sendiri harus digunakan sebaik mungkin untuk membawa bekalan ke Hanoi nanti. Kemenangan paling ideal ialah 2-0 atau lebih tanpa bolos. Format Piala AFF Suzuki mengambil kira faktor gol di tempat lawan.



Rekod pertemuan dengan Vietnam di Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 Malaysia menang 2-0 di Kuala Lumpur sebelum seri 0-0 di Hanoi. Pada tahun itu kita menjadi juara. Keputusan perlawanan persahabatan bulan lalu pula menyaksikan kita tewas 1-3 apabila terpaksa bermain dengan 10 orang walaupun mendahului di separuh masa pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEPARUH AKHIR 1



Berikut adalah harga jualan tiket online separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Vietnam pada 7.12.2014.


Malaysia vs Vietnam

Tarikh : 7 Disember 2014 (Ahad)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Shah Alam


Harga Tiket

Dewasa: RM40

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 2 Disember 2014 (Selasa) jam 9 pagi (maksimum 4 tiket)

Tiket boleh ditebus di Stadium Melawati, Shah Alam bermula hari Jumaat (5 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming Malaysia vs Vietnam Sukan SEA 17 Disember 2013 | Astro Arena

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

JANGAN KALAH!

SUKAN SEA MALAYSIA HARIMAU MUDA VS VIETNAM B23 17 DIS 2013, JADUAL MALAYSIA VS VIETNAM SUKAN SEA 2013

Keputusan akhir : Malaysia 2-1 Vietnam

Petang ini adalah penentu sama ada Malaysia akan layak ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2013 atau pulang dengan tangan kosong. Peluang awal terlepas apabila kita hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura tempoh hari. Malaysia tidak boleh kalah dalam perlawanan menentang Vietnam jika mahu layak seterusnya menjadi juara kumpulan.



Ya benar. Kalau Malaysia seri sekalipun kita akan menjadi juara kumpulan. Kenapa? Nanti kita akan lihat. Jika layak ke pusingan separuh akhir, Malaysia akan bertemu Indonesia yang tidak disangka-sangka menewaskan tuan rumah yang penuh kontroversi, Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.



Walaupun berkongsi mata, tetapi format Sukan SEA mengambil kira pertemuan kedua pasukan yang terlibat. Apabila Indonesia berjaya mengalahkan Myanmar secara automatik perbezaan jaringan tidak dikira. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual & Keputusan Penuh Bola Sepak Sukan SEA 2013 Harimau Muda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

IBU SEGALA PINGAT EMAS

support : Team Malaysia


Bola sepak merupakan sukan yang paling dinanti-nantikan setiap kali berlangsungnya kejohanan Sukan SEA. Dek kerana popularitinya, ada yang menggelarkan pingat emas sukan bola sepak sebagai ibu segala pingat. Malaysia dalam dua edisi terakhir (2009 dan 2011) berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak.



Tahun ini, tugas itu sudah pastinya lebih sukar kerana Thailand dan Myanmar selaku tuan rumah akan cuba merampas kejuaraan itu dari genggaman pasukan Harimau Muda. Prestasi Thailand agak konsisten dan terbukti setelah mereka berjaya menjadi Juara Piala Jemputan BIDC 2013 tempoh hari.



Myanmar pula berjaya menyaingi Malaysia hingga ke Final Pesta Bola Merdeka 2013 sebelum tumpas 0-2. Beraksi di hadapan penyokong sendiri akan memberi sedikit kelebihan buat mereka kali ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2013 Myanmar | Harimau Muda

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MISI PERTAHAN EMAS SUKAN SEA


JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA SUKAN SEA 2013 MYANMAR

Updates : Senarai pemain Harimau Muda ke Sukan SEA [Klik]

Malaysia bakal menghadapi saingan sengit dari Vietnam dan Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2013 di Myanmar nanti. Selepas sesi undian yang dilakukan semalam, turut berada dalam kumpulan A ialah negara Laos, Brunei dan Filipina (belum pasti).



Skuad Harimau Muda boleh menarik nafas lega kerana mereka berjaya mengelak tuan rumah, Myanmar dan Thailand dalam peringkat kumpulan. Tetapi mereka harus berhati-hati dengan kejutan Laos dan Brunei. Biasanya dalam peringkat kumpulan dengan 5 pasukan ini, perbezaan jaringan mungkin menjadi penentu juara dan naib juara. Datuk OKS perlu memastikan mereka menang besar ke atas Laos dan Brunei di samping cuba menewaskan Vietnam dan Singapura.



Dalam kumpulan B, Thailand dan Myanmar dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mengisi slot 2 tempat teratas. Jika Malaysia berjaya ke separuh akhir, kita bakal berdepan dengan salah satu negara tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/