Showing posts with label kedudukan terkini. Show all posts

 

Jadual Suku Akhir COPA AMERICA 2015 | Senarai Pasukan Yang Layak

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

BRAZIL DAN ARGENTINA TEPATI RAMALAN




Brazil dan Argentina masing-masing menepati ramalan layak ke suku akhir Copa America 2015 dengan menjuarai kumpulan B dan C. Chile selaku tuan rumah juga layak setelah menjuarai kumpulan A. Dari 12 negara mengambil bahagian hanya 8 pasukan yang terpilih untuk meneruskan saingan dari 3 kumpulan.



Format pemilihan ke suku akhir di Copa Amerika 2015 sedikit berbeza dengan pertandingan lain yang anda pernah lihat. Secara logiknya, dari 3 kumpulan hanya 6 pasukan yang akan layak secara automatik dengan syarat mereka menduduki 2 tempat teratas. Baki 2 pasukan terpaksa ditentukan dengan kaedah lain.



3 pasukan terbaik di tempat ke-3 setiap kumpulan akan dikumpul dalam liga berasingan untuk menentukan 2 pasukan teratas yang akan layak ke pusingan suku akhir Copa America 2015. Pasukan yang menamatkan saingan di tempat tercorot pula akan tersingkir secara automatik.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Malaysia Di Kelayakan Piala Dunia 2018 & Piala Asia 2019

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

MISI BARU DOLLAH SALLEH



Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 bakal bermula minggu ini. Malaysia telah diundi bersama negara Palestin, UAE, Timor Leste dan Arab Saudi dalam kumpulan A. Jika dilihat dari ranking terkini Malaysia (162) berada dalam kelompok terbawah berbanding dengan pencabar lainnya. UAE menduhului senarai di tangga ke-73 dunia, diikuti Arab Saudi (98), Palestin (118) dan Timor Leste (146).



Kelayakan dua dalam satu ini wajar digunakan sepenuhnya oleh pasukan negara kerana ini peluang terbaik untuk mengumpul mata bagi menaikkan semula ranking yang kian merudum. Tidak perlu kita bercakap soal layak ke Piala Dunia jika pemain kita belum lagi menguasai pentas Asia Tenggara dan Asia. Syarat layak ke Piala Asia 2019 secara automatik, Malaysia perlu berada dalam kedudukan 12 terbaik sepanjang pusingan kelayakan berlangsung.



Ini bermakna pasukan Harimau Malaya perlu menjadi juara kumpulan atau di kalangan 4 slot tempat kedua terbaik yang telah disediakan untuk layak secara automatik. Jika tidak, sekurang-kurangnya kita perlu elakkan dari menghuni tangga tercorot kumpulan untuk ke pusingan kelayakan Piala Asia 2019. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis Pencapaian Dan Statistik EPL Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

DARI TUJUH KE EMPAT



Musim EPL yang baru sahaja berakhir menyaksikan Manchester United bakal kembali dalam bola sepak Eropah. Louis Van Gaal berjaya memberi semangat baru kepada para pemain dan penyokong bahawa beliau merupakan orang yang tepat dipilih meneruskan legasi Sir Alex Ferguson. Biarpun hanya sekadar menepati ramalan berada di empat teratas, namun ini menunjukkan Manchester United berada pada landasan yang tepat.



Bukan mudah untuk seseorang pengurus baru untuk menguruskan kelab besar seperti United yang penuh dengan tekanan dan dihormati. Apatah lagi dengan peralihan pemain datang dan pergi. Louis Van Gaal juga agak lewat menyertai kelab kerana terlibat dengan kempen Piala Dunia 2014 bersama pasukan Belanda yang menamatkan kejohanan di tempat ke-3.



Beliau seterusnya membawa United menjuarai International Champions Cup USA Tour 2014 dengan menewaskan musuh tradisi Liverpool di final. Namun permulaan perlawanan kompetitif pertama EPL United dikejutkan Swansea 1-2 di Old Trafford. Ramai yang mula mempertikaikan formasi 3-5-2 yang digunakan sewaktu pra musim. Senarai kecederaan yang membelenggu skuad utama juga agak kronik di awal musim.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Hampir Pasti Ke UEFA Champions League Musim Depan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MISI BERJAYA LOUIS VAN GAAL 



Setelah satu musim tanpa penglibatan sebarang perlawanan di peringkat Eropah, Manchester United dijangka bakal kembali beraksi di UEFA Champions League musim depan. Kedudukan empat teratas secara praktikalnya sudah terjamin walaupun Liverpool masih mampu melakukan kejutan dengan beberapa keputusan luar biasa. Namun ketiadaan Suarez dan masalah penggantinya Balotelli bakal merumitkan keadaan.



Biarpun begitu, United perlu cuba menamatkan saingan liga sekurang-kurangnya di tempat ketiga untuk layak secara automatik ke peringkat kumpulan UEFA Champions League nanti seterusnya mengelakkan perlawanan play-off bertemu pasukan handalan Eropah lain. 3 kekalahan berturut-turut kepada Chelsea, Everton dan West Brom menyukarkan misi tersebut.



Ahad ini mereka akan menanti kunjungan Arsenal yang tewas mengejut kepada Swansea awal pagi tadi. Jika dilihat dari carta kedudukan, United ketinggalan 2 mata dibelakang Arsenal yang memiliki kelebihan 1 perlawanan. Justeru perlawanan dua musuh tradisi ini sangat penting untuk kedua pasukan. Jika United menang, mereka mampu memintas Arsenal buat seketika dan jika sebaliknya, Arsenal mampu tersenyum dan terselamat daripada perlawanan play-off UCL bulan Ogos nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harapan Tipis Manchester City untuk Pertahan Kejuaraan EPL

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

MANCHESTER CITY TENAT



Kekalahan mengejut 1-2 kepada kelab kerdil Crystal Palace awal pagi tadi hampir menutup peluang Manchester City mempertahankan kejuaraan EPL musim ini. Dengan hanya berbaki 7/8 perlawanan, City perlu mengharapkan keajaiban berlaku untuk menyelamatkan nasib mereka. Mereka kini sudah ketinggalan 9 mata dibelakang Chelsea dengan lebih 1 perlawanan.



Ini bermakna jika Chelsea mampu menang baki perlawanan, mereka akan mendahului dengan 12 mata bersamaan dengan 4 kekalahan yang membolehkan City memintas semula kedudukan. Teori itu nampak agak mustahil kerana City bukan sahaja ketinggalan 12 mata tetapi juga berada di tempat keempat dibelakang Chelsea, Arsenal dan Manchester United. 



Kekuatan Chelsea terletak pada taktikal Mourinho yang mempunyai pemain serangan yang mampu menjaringkan gol dari pelbagai posisi dan pertahanan serta penjaga gol yang berkaliber. Arsenal dan Manchester United juga mempamerkan konsistensi di saat akhir manakala Manchester City mengalami sedikit kemerosotan terutamanya ketika beraksi di tempat lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penjaring Gol Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED KE-4 DALAM EPL



Bilangan jaringan gol mungkin tidak sepenting jumlah mata dalam liga. Tetapi ada ketikanya jumlah perbezaan gol bakal menentukan tempat pertama dan kedua bila mana kedua pasukan tersebut terikat pada mata yang sama. Musim ini United dilihat sering kali buntu apabila menguasai bola dan gagal mencipta peluang terbaik untuk penyerang menjaringkan gol.



Penjaring terbanyak United setakat 23 Mac 2015 adalah Wayne Rooney dengan 13 gol. Jumlah itu jauh ditinggalkan Diego Costa (19 gol), Harry Kane (29 gol), Sergio Aguero (23 gol) dan Oliver Giroud (17 gol) dalam semua pertandingan. Mungkin kerana keputusan Louis Van Gaal meletakkan Rooney di bahagian tengah tempoh hari menyekat peluangnya untuk menambah jaringan.



Robin Van Persie berada di tempat ke-2 dengan 10 gol. Berbeza ketika beliau menyertai Manchester United dalam musim pertama dengan 30 gol dalam 48 penampilan. Faktor-faktor seperti keletihan selepas Piala Dunia 2014, kecederaan dan kekerapan penukaran taktik mungkin memainkan peranan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala AFF Suzuki 20 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR 2

FINAL AFF SUZUKI 2014 MALAYSIA VS THAILAND BUKIT JALIL, perlawanan akhir kedua malaysia vs thailand di kuala lumpur

Keputusan akhir : Malaysia 3-2 Thailand

Keajaiban boleh berulang kembali. Tiada yang mustahil dalam sukan bola sepak ini kerana bola itu bulat. Namun tanpa semangat dan persembahan yang baik, impian itu mungkin sukar digapai. Siapa sangka anak buah Dollah Salleh mampu menundukkan Vietnam di gelanggang lawan tatkala tiada sebarang harapan diberikan.



Itu yang menjadi pegangan pemain Harimau Malaya yang masih mempunyai baki 90 minit untuk membuktikan kebangkitan di Hanoi bukan nasib semata-mata. Berbekalkan sokongan padu peminat di stadiun keramat malam ini, kita perlu terus mengasak kubu Thailand untuk mencari gol awal. Ketinggalan 0-2 tempoh hari, pasukan Malaysia perlu menyamakan semula kedudukan agregat tersebut sebelum mempunyai peluang menjulang Piala AFF Suzuki 2014.



Thailand mempunyai pemain muda yang berbakat dan mengamalkan corak permainan pantas. Satu cara untuk menyekat kemaraan mereka ialah dengan mengukuhkan bahagian tengah dan mengawal tempo permainan supaya tiada ruang untuk mereka menyerang balas dan memerangkap pertahanan negara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand Final Piala AFF Suzuki 17 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

PUSINGAN AKHIR 1


Keputusan akhir : Malaysia 0-2 Thailand

Analisis Punca Malaysia Kalah Kepada Thailand [Klik]

Kejayaan menumbangkan Vietnam di Hanoi menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Malaya untuk berjuang bermati-matian di Bangkok malam ini. Tidak perlu mendabik dada kerana peminat yang membayar tiket sepatutnya menyaksikan mutu permainan yang boleh dibanggakan. Jangan contohi sikap seorang pemain yang  menyindir peminat walaupun tidak beraksi pada malam itu.



Dalam perlawanan timbal balik ini, Dollah Salleh wajar merancang strategi yang betul kerana kelebihan beraksi pada pusingan ke-2 di laman sendiri amat diharapkan oleh semua pasukan. Apakah strategi dan keputusan yang harus dicapai malam ini? Secara logiknya keputusan seri sudah memadai kerana rekod menunjukkan kata gagal menang di sana dalam tempoh 10 tahun.



Pendekatan malam ini sepatutnya lebih berhati-hati dan formasi 4-5-1 atau 4-4-1-1 lebih selamat berbanding 4-4-2. Kita sudah lihat bagaimana Thailand menyusun gerak dengan begitu teratur. Seperti Vietnam, Thailand juga memiliki corak serangan balas yang sangat pantas. Jika kita berjaya membawa pulang 1 atau 2 gol ditempat lawan lebih manis.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 11 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

HARAPAN TIPIS


Keputusan akhir : Malaysia 4-2 Vietnam (Malaysia ke final)

Analisis : Punca Malaysia menang lawan Vietnam [Klik]


Harimau Malaya perlu menang dengan margin 2 gol untuk meneruskan perjuangan dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Ini semua kerana kita gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri dan membenarkan Vietnam membolosi gawang negara dan membawa pulang 2 gol berharga. Jika kita berjaya mencatat keputusan 2-1 di Hanoi malam ini, perlawanan akan bersambung dalam masa tambahan.



Persoalannya sekarang mampukah kita menjaringkan 2 gol di Hanoi? Penyerang manakah yang akan diturunkan oleh Dollah? Bila kita akan dapat saksikan kelibat Piya dan Baddrol dalam kesebelasan utama? Khabar angin mengatakan Indra Putra bakal digandingkan dengan Safee di bahagian serangan. Shukor Adan dan Amri akan kembali dalam pasukan setelah menjalani penggantungan 2 kad kuning.



Formasi 4-4-2 nampaknya sekali lagi menjadi pilihan Dollah walaupun beliau sedar akan kelonggaran bahagian tengah negara. Jika itu menjadi pilihan, Amri mungkin akan beraksi di bahagian sayap. Khidmat Safiq masih perlu dikekalkan. Cuma kita perlukan defensive midfield. Gary Steven Robbat mungkin diberi tugas untuk mematahkan gerakan pantas Vietnam dan melorongkan bola ke bahagian serangan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Manchester City untuk layak ke pusingan 16 terakhir UCL 2014/15

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

CITY BELUM SELAMAT



Jika anda penyokong Manchester City, anda perlu risau kerana kedudukan sebenar tidak seperti yang disangkakan. Jika dilihat dalam gambar di atas, 3 pasukan berkongsi 5 mata, tetapi City berada pada kedudukan tercorot walaupun memiliki perbezaan gol (GD) paling tinggi (-1 > -4). Ini kerana peraturan UEFA menyatakan pasukan yang berkongsi mata perlu ditentukan melalui rekod pertemuan antara pasukan terlibat.



Nampaknya perbincangan menjadi semakin rumit kan. Anda boleh baca entri terdahulu mengenai peraturan unik UEFA untuk kejohanan UCL di sini. Kenapa CSKA Moscow berada di kedudukan ketiga? Mari kita sorot kembali keputusan perlawanan antara Man City vs CSKA. Perlawanan pertama pada 21.10.2014 berkesudahan CSKA 2-2 City manakala keputusan perlawanan kedua pada 5.11.2014, City 1-2 CSKA. 



Oleh sebab itu, CSKA memiliki kelebihan kerana mendapat 4 mata (menang 1 dan seri 1) dan City di bawah. Kenapa pula Roma berada di atas CSKA? Pengiraan yang hampir sama dan Roma (menang 7-1 dan seri 1-1) mengumpul 4 dari 6 mata keseluruhan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Vietnam Semi Final Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

BEKALAN 2 GOL

Kredit : HarimauMalaya.com

Keputusan akhir : Malaysia 1-2 Vietnam

Kejayaan dramatik layak ke separuh akhir tempoh hari begitu menggembirakan penyokong bola sepak tanah air. Apatah lagi kita berjaya membalas dendam kekalahan kepada Singapura dalam edisi 2012 yang lalu. Dua gol di akhir perlawanan membantu Harimau Malaya membenam Singa 3-1.



Malam ini bermulalah satu lagi misi Malaysia sebelum mara ke final. Pusingan separuh akhir pertama di laman sendiri harus digunakan sebaik mungkin untuk membawa bekalan ke Hanoi nanti. Kemenangan paling ideal ialah 2-0 atau lebih tanpa bolos. Format Piala AFF Suzuki mengambil kira faktor gol di tempat lawan.



Rekod pertemuan dengan Vietnam di Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 Malaysia menang 2-0 di Kuala Lumpur sebelum seri 0-0 di Hanoi. Pada tahun itu kita menjadi juara. Keputusan perlawanan persahabatan bulan lalu pula menyaksikan kita tewas 1-3 apabila terpaksa bermain dengan 10 orang walaupun mendahului di separuh masa pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Singapura AFF Suzuki 29 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HIDUP MATI HARIMAU MALAYA


Keputusan akhir: Malaysia 3-1 Singapura (Layak ke semi final)

90 minit malam ini bakal menentukan masa depan pasukan Harimau Malaya di Piala AFF Suzuki 2014. Selepas membiarkan Thailand mencuri 3 mata dalam perlawanan Rabu lalu, Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang dalam pertemuan menentang tuan rumah dan juga juara bertahan Singapura.



Kemenangan Singapura ke atas Myanmar hanya memerlukan mereka seri dengan Malaysia. Keputusan kumpulan A yang telah tamat semalam menyaksikan Vietnam menjuarai kumpulan dan Filipina di tempat ke-2. Jadi jika Thailand juara kumpulan, sama ada Malaysia atau Singapura akan menentang Vietnam di peringkat separuh akhir.



Rekod 6 perlawanan terakhir Malaysia vs Singapura menyaksikan kita hanya pernah menang sekali sahaja. Singapura sebelum ini dibarisi pemain luar yang diberi kerakyatan oleh republik itu. Kini mereka dalam proses peralihan dan peluang Malaysia masih ada jika memperbaiki masalah di bahagian pertahanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Peluang Terakhir Malaysia di Piala AFF Suzuki 2014 | Harimau Malaya Tenat

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

MENANG ATAU BUNGKUS



Kekalahan kepada pasukan Thailand Rabu lalu menjadikan laluan semakin berliku untuk skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. Walaupun mendahului 2 kali, namun kehilangan tumpuan di saat akhir memberikan kemenangan seterusnya melayakkan Thailand ke separuh akhir.



Malaysia tiada pilihan lain esok melainkan menang ke atas Singapura yang berjaya menewaskan Myanmar 4-2. Ketika Thailand dijangka menjadi juara kumpulan B, Malaysia mungkin akan bertemu dengan pasukan Filipina yang dibarisi ramai pemain Eropah yang diberi taraf kerakyatan. Indonesia menerima kekalahan besar 0-4 tempoh hari.



Secara keseluruhan, corak permainan Malaysia nampak ada peningkatan. Ketajaman penyudah Amri Yahyah wajar dipuji. Beliau hampir-hampir sahaja menambah gol kedua peribadi dengan percubaan jarak jauh yang sudah menewaskan penjaga gol Thailand namun terkena palang. Calon gol terbaik kejohanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Thailand AFF Suzuki 26 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSAINGAN KUMPULAN B


Keputusan akhir : Malaysia 2-3 Thailand (Ditunda ke 7.30 pm)

Kredit harus diberikan kepada pasukan Harimau Malaya yang berhempas pulas memastikan kita mengutip 1 mata dalam perlawanan pertama menentang Myanmar. Memang diakui bermain dengan 10 orang selama lebih kurang 60 minit agak mencabar ditambah pula keadaan padang yang lecak menyukarkan pergerakan pemain.



Mungkin Dollah menyalahkan pemain Myanmar melakukan provokasi sehingga Gary Stevan Robbat dilayangkan kad kuning kedua. Tapi bagi aku, kekasaran pertama yang dilakukan Gary berhampiran kawasan penalti Myanmar itu merupakan terjahan keras dan tidak perlu dilakukan. Akhirnya beliau terpaksa digantung 1 perlawanan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan lebih penting menentang Thailand petang ini.



Thailand sebelum ini berjaya menewaskan Singapura 2-1 dan Malaysia tiada pilihan lain kecuali menang untuk menghidupkan kembali peluang ke separuh akhir. Melihat kepada keputusan dalam kumpulan A, Filipina yang sudah layak ke separuh akhir dijangka menjuarai kumpulan setelah mengutip 6 mata ke atas Laos dan Indonesia. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Live Streaming Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki 23 November 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERSAINGAN KUMPULAN B


Keputusan akhir : Malaysia 0-0 Myanmar (Ditunda ke 6.00 pm)

Setelah persiapan dilakukan, tibalah masanya perlawanan pembukaan Harimau Malaya dalam Piala AFF Suzuki 2014 menentang Myanmar saingan kumpulan B petang ini. Tugas berat di bahu Dollah Salleh untuk menggalas misi FAM untuk memastikan Malaysia layak ke final bulan depan.



Diundi bersama juara bertahan dan tuan rumah, Singapura dan jaguh ASEAN Thailand bukanlah sesuatu yang kita harapkan. Namun untuk bergelar juara mereka harus menentang pasukan yang kuat. Semuanya bergantung kepada keputusan petang ini. Jika mampu menewaskan Myanmar, diikuti dengan keputusan memberangsangkan ketika berdepan dengan Singapura dan Thailand, kita mampu mara ke separuh akhir.



Rekod pertemuan dengan Myanmar di Piala AFF Suzuki memihak kepada Malaysia. Dalam edisi 2004, Malaysia menang 2-1 untuk merangkul tempat ke-3. Pada tahun 2007 kita seri 0-0 di peringkat kumpulan. Dari segi ranking terkini FIFA, Myanmar berada di tangga ke-137, diikuti Malaysia (156), Singapura (161) dan Thailand (165).

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Peluang Harimau Muda Layak Ke Pusingan Kalah Mati di Sukan Asia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MENANG ATAU BUNGKUS


Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2014 [Klik]

Semua pastinya sudah tahu Malaysia diundi dalam kumpulan sukar dalam kejohanan Sukan Asia 2014. Dua perlawanan sudah berlalu dan skuad Harimau Muda kini mengumpul 3 mata di kedudukan ketiga di belakang Korea Selatan (tuan rumah) dan Arab Saudi.



Mampukah kita mara ke pusingan kalah mati dan mencapai sasaran ke suku akhir? Jawapannya 'YA' dengan syarat kita menang dalam perlawanan penentuan dan terakhir menentang Arab Saudi. Hanya menang dan 3 mata mampu mengubah nasib Malaysia. Kekalahan besar 0-3 kepada Korea Selatan tempoh hari memberi kesan pada kedudukan kumpulan A.



Difahamkan sewaktu perlawanan pertama, pemain senior Aidil Zafuan tidak dapat beraksi kerana kecederaan. Dalam perlawanan kedua, Malaysia turun bersemangat dan mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Laos dengan bantuan kemasukan Gary Stevan Robbat pada 30 minit terakhir.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Hanya satu kemenangan lagi Datuk K.Rajagobal | Kelayakan Piala Asia 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

TOLONGLAH KING GOBAL

PELUANG MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2015, PERLU MENANG ATAU SERI LAWAN QATAR MALAM INI, ULASAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 PASUKAN HARIMAU MALAYA


Aku menulis bagi menyampaikan hasrat jutaan penyokong pasukan Harimau Malaya. Kami inginkan kemenangan malam ini! Ya, kita tiada pilihan lain selain dari tiga mata menentang jagoan Asia Barat, Qatar. Setelah menharungi empat perlawanan peringkat kumpulan D, Malaysia hanya mampu meraih 4 mata dan menghuni tangga ke-3.



Untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia, Malaysia perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 mata. Jadi dengan baki dua perlawanan (Qatar & Yaman) kita masih perlukan 4 mata. Kelebihan beraksi di laman sendiri malam ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh King Gobal dan barisan pemain kebangsaan. Kami para peminat tidak akan jemu menyokong kerana itu sahaja yang kami mampu.



Hasrat untuk melihat Tuan Presiden FAM letak jawatan agak mustahil buat masa ini. Bayangkan seorang artis popular turut mempertahankan beliau yang juga Sultan di negeri kelahirannya. Baca entri ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siapa kata Manchester United kelab bawahan? Mana haters bersembunyi?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

KELAB ANTI UNITED BERKABUNG




Manchester United memberi tamparan hebat kepada Arsenal dalam pemburuan trofi EPL musim ini. Gol tunggal jaringan Van Persie menghadiahkan 3 mata berharga kepada United untuk kembali mendaki takhta liga. Maka ramailah antara peminat yang anti dengan kelab termasyhur England ini resah dan tak senang duduk.



Mana tidaknya. Ketika berbangga dengan kedudukan pasukan mereka yang kononnya mampu menjadi juara EPL, mereka mudah lupa siapa juara EPL musim 2012/13. Juara tetap juara, tetapi pendahulu tidak semestinya akan kekal di atas.



Untuk pengetahuan peminat bola sekalian, ada 5 kelab sudah merasai tempat pertama EPL, Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Itu menunjukkan kedudukan masih boleh berubah di awal musim. Jadi tidak perlu mendabik dada dan menggelarkan kelab lain sebagai kelab bawahan melainkan anda baru sahaja mengikuti perkembangan EPL musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Peluang Malaysia Untuk Layak Ke Piala Asia 2015 | Analisis Kumpulan D

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

 Analisis #KelayakanPialaAsia2015


BOLEH KE MALAYSIA LAYAK KE PIALA ASIA 2015? PELUANG MALAYSIA KE PIALA ASIA 2015


Dua hari lepas seluruh peminat bola sepak tempatan bercakap mengenai peluang Malaysia ke Piala Asia 2015. Masihkah ada harapan untuk kita ke Australia? Sebelum aku meneruskan analisis selanjutnya, rasa belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pemain Malaysia yang bekerja keras menentang Bahrain untuk mendapatkan satu mata yang sangat berharga ini.



Ada yang kata Malaysia sepatutnya boleh menang perlawanan itu. Memang ada benarnya kerana Bahrain dilihat kurang sengat dan kita beraksi di gelanggang sendiri. Jika kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa, mungkin kita ada peluang untuk dapatkan tiga (3) mata.



Malangnya, Bahrain terlebih dahulu mendapat gol dalam minit terakhir sebelum pengadil meniup wisel penamat separuh masa pertama. Kelalaian sebegini tidak sepatutnya berlaku. Tiada seorang pun pemain negara yang cuba menghalang sepakan deras pemain Bahrain, Abdulla Saleh dan akhirnya melihat saja bola menerjah gawang. 1-0 Bahrain mendahului.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/