Home » , , , , , , , , , » Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019 Zon AFC | Nasib Malaysia

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019 Zon AFC | Nasib Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

DOLLAH HARAPKAN KEAJAIBAN



Petang ini nasib Malaysia bakal diketahui dengan pasukan manakah kita akan diletakkan dalam undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia. Dari 40 buah negara Asia (AFC) yang disenarai pendek, Malaysia berada dalam balang ke-5 atau  balang terakhir mengikut ranking semasa. Mungkinkah kekalahan kepada Oman tempoh hari akan membawa tuah dalam penentuan kumpulan nanti?



Jika dilihat dari sudut kebarangkalian, Malaysia boleh diundi bersama majoriti pasukan dari rantau Asia Tenggara kerana balang 2 hingga 4 terdapat wakil seperti Vietnam (balang 2), Filipina dan Thailand (Balang 3), Myanmar, Indonesia dan Singapura (balang 4). Semuanya bergantung kepada sejauh mana nasib Malaysia sama ada bertuah atau sebaliknya.



40 negara ini akan dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan 5 negara masing-masing untuk setiap kumpulan. Juara setiap kumpulan serta 4 pasukan terbaik ditempat kedua akan bermain di pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018. 3 pasukan teratas dari 12 pasukan ini akan layak ke Piala Dunia 2018 secara automatik, manakala pasukan keempat bermain playoff bertemu juara Zon Oceania. 12 pasukan terakhir ini juga layak secara automatik ke Piala Asia 2019.



AFC WORLD CUP 2018 QUALIFICATION POT
Balang Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia


Undian petang ini akan dijalan di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur pada jam 5.00 pm waktu tempatan. Keputusan undian akan dikemaskini malam ini. Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada Jun 2015 hingga Mac 2016.



Keputusan undian Peringkat Kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2018

Terkini : Malaysia telah diundi dalam kumpulan A bersama Timor Leste, Palestin, Arab Saudi dan UAE

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019 Zon AFC | Nasib Malaysia "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets