Home » , , , , , , , , , » Siapa kata Manchester United kelab bawahan? Mana haters bersembunyi?

Siapa kata Manchester United kelab bawahan? Mana haters bersembunyi?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

KELAB ANTI UNITED BERKABUNG




Manchester United memberi tamparan hebat kepada Arsenal dalam pemburuan trofi EPL musim ini. Gol tunggal jaringan Van Persie menghadiahkan 3 mata berharga kepada United untuk kembali mendaki takhta liga. Maka ramailah antara peminat yang anti dengan kelab termasyhur England ini resah dan tak senang duduk.



Mana tidaknya. Ketika berbangga dengan kedudukan pasukan mereka yang kononnya mampu menjadi juara EPL, mereka mudah lupa siapa juara EPL musim 2012/13. Juara tetap juara, tetapi pendahulu tidak semestinya akan kekal di atas.



Untuk pengetahuan peminat bola sekalian, ada 5 kelab sudah merasai tempat pertama EPL, Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Liverpool. Itu menunjukkan kedudukan masih boleh berubah di awal musim. Jadi tidak perlu mendabik dada dan menggelarkan kelab lain sebagai kelab bawahan melainkan anda baru sahaja mengikuti perkembangan EPL musim ini.



United sebelum perlawanan semalam berada di tempat ke-8 dengan beza 8 mata dengan Arsenal yang sedang mendahului. Yang lucunya, peminat yang anti ni boleh siap crop sampai nombor 7 kedudukan liga semata-mata tak nak bagi nampak pasukan United. Nampak tak dendam yang tersimpul tu? Aku syak sama ada team mereka kemarau trofi 8 tahun ataupun kali terakhir menang EPL lebih 20 tahun lalu.



HATERS UNITED



Pagi ni semua sudah berubah. Bila Tottenham dan Manchester City kalah, United sudah naik ke tangga ke-5. Tapi haters tidak berhenti di situ. Mereka crop pulak sampai top 4. Nampak tak permainan mereka?



Meh sini aku nak ingatkan. EPL ni memerlukan team paling konsisten untuk menang. Kalau ada 38 perlawanan maka penilaian harus dilakukan sehingga hujung musim la. Setakat perubahan naik turun kedudukan liga itu biasa. Sekurang-kurangnya United dah lawan Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester City dalam pusingan pertama ni. Ada korang ambil kesah? Tak kan sebab korang terlalu fanatik pada kelab korang dan benci pasukan lain.



KEDUDUKAN EPL 11.11.2013
Beza mata hanya 5 dengan pendahulu


Malas nak ulas panjang-panjang. nanti korang susah nak hadam. Entri seterusnya - Kenapa Arsenal kalah di Old Trafford?

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Siapa kata Manchester United kelab bawahan? Mana haters bersembunyi? "

  1. Unknown Says:

    haha, lol ;)

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. shahidan Says:

    Betul tu sebab skang man utd boleh menyayi lagu menaruh harapan zaiton sameon kalau nk jadi juara season ni.😂

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets