Home » , , , , , , , , , » Peluang Manchester City untuk layak ke pusingan 16 terakhir UCL 2014/15

Peluang Manchester City untuk layak ke pusingan 16 terakhir UCL 2014/15

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

CITY BELUM SELAMAT



Jika anda penyokong Manchester City, anda perlu risau kerana kedudukan sebenar tidak seperti yang disangkakan. Jika dilihat dalam gambar di atas, 3 pasukan berkongsi 5 mata, tetapi City berada pada kedudukan tercorot walaupun memiliki perbezaan gol (GD) paling tinggi (-1 > -4). Ini kerana peraturan UEFA menyatakan pasukan yang berkongsi mata perlu ditentukan melalui rekod pertemuan antara pasukan terlibat.



Nampaknya perbincangan menjadi semakin rumit kan. Anda boleh baca entri terdahulu mengenai peraturan unik UEFA untuk kejohanan UCL di sini. Kenapa CSKA Moscow berada di kedudukan ketiga? Mari kita sorot kembali keputusan perlawanan antara Man City vs CSKA. Perlawanan pertama pada 21.10.2014 berkesudahan CSKA 2-2 City manakala keputusan perlawanan kedua pada 5.11.2014, City 1-2 CSKA. 



Oleh sebab itu, CSKA memiliki kelebihan kerana mendapat 4 mata (menang 1 dan seri 1) dan City di bawah. Kenapa pula Roma berada di atas CSKA? Pengiraan yang hampir sama dan Roma (menang 7-1 dan seri 1-1) mengumpul 4 dari 6 mata keseluruhan.



Sekarang kita bandingkan pula rekod pertemuan antara Roma dan Man City. Dalam aksi pertama di Stadium Etihad, Roma mengikat kedudukan 1-1. Ini bermakna Roma mempunyai kelebihan gol di tempat lawan dan Man City tidak boleh berada di atas Roma.



Awal pagi esok misi City agak sukar tanpa penjaring terbanyak mereka, Aguero dan Yaya Toure akibat kecederaan dan penggantungan. 







Jadi di bawah ini ada beberapa keadaan di mana ianya akan menentukan sama ada City, CSKA atau Roma yang akan layak mengiringi juara kumpulan, Bayern Munich ke pusingan 16 terakhir. Awas penyataan ini mungkin akan mengelirukan anda!



APA YANG KITA TAHU...


Jika CSKA kalah kepada Bayern dan Man City menewaskan Roma, City akan layak.

Jika CSKA seri dan Man City menang, City akan layak.

Jika CSKA Moscow seri dan Man City juga seri, City tersingkir kerana rekod pertemuan memihak kepada CSKA.

Jika CSKA menang di Munich, City akan tersingkir kerana rekod pertemuan memihak kepada CSKA.

Jika Man City kalah di Rome, City bakal tersingkir dan Roma layak.



APA YANG AKAN MENGELIRUKAN...


Jika CSKA kalah dan City seri, semuanya akan tertumpu kepada rekod pertemuan antara City dan Roma (perlawanan pertama City 1-1 Roma)

Jika kedua pasukan seri 0-0 dan CSKA kalah, Roma akan mara kerana memiliki kelebihan rekod pertemuan. 

Jika kedua pasukan seri 1-1 dan CSKA kalah, City akan layak kerana memiliki kelebihan perbezaan gol dalam kumpulan.

Jika kedua pasukan seri 2-2 dan CSKA kalah, City akan layak kerana kelebihan gol di tempat lawan (perlawanan pertama 1-1).



Kesimpulannya, Manchester City perlu menang sambil mengharapkan keputusan di Munich memihak kepada mereka. Dalam erti kata lain, Bayern perlu menang untuk mencerahkan peluang City ke pusingan kalah mati UCL 2014/2015. Jika Roma menang segalanya bakal berakhir dan City terpaksa melupakan kejohanan Eropah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Peluang Manchester City untuk layak ke pusingan 16 terakhir UCL 2014/15 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets