Home » , , , , , , , , » Cara Menentukan Juara Peringkat Kumpulan UEFA Champions League | Kena Menang Lawan Benfica

Cara Menentukan Juara Peringkat Kumpulan UEFA Champions League | Kena Menang Lawan Benfica

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

Perlawanan menentang Otelul Galati berakhir mengikut perancangan awal. Tiga mata penuh dibantu dengan keputusan Benfica yang hanya mampu seri dengan FC Basel meletakkan United buat pertama kalinya mendahului kumpulan C. Ketika ini hanya perbezaan gol membezakan tempat pertama dan kedua.



penentuan juara kumpulan pertandingan uefa champions league,perartuan uefa dalam peringkat kumpulan,perbezaan gol tempat lawan dalam uefa champions league


Baki 2 perlawanan dengan Manchester United dan Benfica berkongsi 8 mata, hanya kemenangan pagi esok mampu menjamin status Juara Kumpulan C. Sudah pasti anda mahu mengelak dari bertemu pasukan handalan eropah dalam pusingan kedua nanti. Biarlah jumpa di final baru puas hati.




PENENTUAN PEMENANG JIKA TERIKAT BERKONGSI MATA DALAM KUMPULAN
kredit espnstar.com



Kenapa menang dengan Benfica dah confirm juara? Bukan ke ada baki lagi 1 match lawan FC Basel. YA memang ada game lagi lepas ni tapi syarat@peraturan UEFA peringkat kumpulan adalah berbeza. Biasanya penentuan tempat pertama ditentukan dengan jumlah mata keseluruhan. Tapi apabila terikat jumlah mata yang sama, perbezaan gol akan dikira. Namun tidak dalam UEFA Champions League.



Jika berlaku persamaan mata, pertama sekali UEFA akan melihat kepada rekod pertemuan kedua@3 pasukan teratas kumpulan iaitu jumlah mata dari 2 pertemuan Home & Away







Mari kita lihat bagaimana keputusan penentuan Juara dan Naib Juara Kumpulan jika berlaku pertindihan mata antara 2@3 pasukan dalam kumpulan yang sama mengikut peraturan UEFA (susunan mengikut keutamaan):



a) higher number of points obtained in the group matches played among the teams in question;

  • maksudnya jumlah mata yang lebih tinggi dalam pertemuan timbal balik antara pasukan yang terlibat
  • Contohnya : 
  • Lawan di Lisbon - Keputusan Benfica 1-1 Manchester United
  • Lawan di Old Trafford - Manchester United 3-0 Benfica
  • Maka jumlah mata antara 2 game ialah Man Utd=4 mt Benfica=1 mt
  • Manchester Juara, Benfica Naib Juara


b) superior goal difference from the group matches played among the teams in question;

  • Yang ni semua faham kot. Kita tengok pada perbezaan gol antara pasukan yang terikat sahaja.
  • Macam kes atas Manchester United GD=+3 Benfica GD=-3
  • GD=Goal Difference


c) higher number of goals scored away from home in the group matches played among the teams in question;

  • Yang ni kena bagi contoh lain pasal gol tempat lawan
  • Keputusan di Lisbon : Benfica 1-1 Manchester United
  • Keputusan di Old Trafford : Manchester United 3-3 Benfica
  • So Benfica layak kerana mereka dapat menjaringkan 3 gol di tempat lawan


d) superior goal difference from all group matches played;

  • Masuk point ni baru lihat perbezaan gol keseluruhan dalam kumpulan 


e) higher number of goals scored;

  • Kalau masih sama kita tengok pulak jumlah gol keseluruhan yang dijaringkan dalam kumpulan



f) higher number of coefficient points accumulated by the club in question, as well as its association, over the previous five seasons

  • point last ni agak comlicated.
  • Kalau masih lagi sama dari point (a) sampai (e) maka terpaksa dinilai dari prestasi pasukan tersebut di peringkat Eropah dalam tempoh 5 tahun sebelum.
  • Agak susah jugak ni. Tapi jarang berlaku.



Fuh.. Penat gak nak terangkan bab peraturan ni. Harap dapat lah korang amik port untuk tau pemilihan Juara Kumpulan dalam saingan UEFA Champions League sebab ada sedikit perbezaan.




Perlawanan UEFA Champions League Kumpulan C




Manchester United vs Benfica

03.45 am , 23 November 2011

Live @ Astro ESPN (812) HD (832)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Cara Menentukan Juara Peringkat Kumpulan UEFA Champions League | Kena Menang Lawan Benfica "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets