Home » , , , , , , , , , , » Manchester United Hampir Pasti Ke UEFA Champions League Musim Depan

Manchester United Hampir Pasti Ke UEFA Champions League Musim Depan

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MISI BERJAYA LOUIS VAN GAAL 



Setelah satu musim tanpa penglibatan sebarang perlawanan di peringkat Eropah, Manchester United dijangka bakal kembali beraksi di UEFA Champions League musim depan. Kedudukan empat teratas secara praktikalnya sudah terjamin walaupun Liverpool masih mampu melakukan kejutan dengan beberapa keputusan luar biasa. Namun ketiadaan Suarez dan masalah penggantinya Balotelli bakal merumitkan keadaan.



Biarpun begitu, United perlu cuba menamatkan saingan liga sekurang-kurangnya di tempat ketiga untuk layak secara automatik ke peringkat kumpulan UEFA Champions League nanti seterusnya mengelakkan perlawanan play-off bertemu pasukan handalan Eropah lain. 3 kekalahan berturut-turut kepada Chelsea, Everton dan West Brom menyukarkan misi tersebut.



Ahad ini mereka akan menanti kunjungan Arsenal yang tewas mengejut kepada Swansea awal pagi tadi. Jika dilihat dari carta kedudukan, United ketinggalan 2 mata dibelakang Arsenal yang memiliki kelebihan 1 perlawanan. Justeru perlawanan dua musuh tradisi ini sangat penting untuk kedua pasukan. Jika United menang, mereka mampu memintas Arsenal buat seketika dan jika sebaliknya, Arsenal mampu tersenyum dan terselamat daripada perlawanan play-off UCL bulan Ogos nanti.






Rajah di atas adalah kedudukan liga setakat ini. Chelsea dinobatkan selaku juara EPL musim 2014/2015. Manchester City, Arsenal dan Manchester United masih merebutkan kedudukan tempat ke-2 hingga ke-4. Burnley dan QPR sah tersingkir dari EPL ke Divisyen 2. Liverpool, Tottenham, Southampton dan Swansea bakal merebut 2/3 tempat ke Europa League bergantung kepada pemenang Piala FA Inggeris nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Manchester United Hampir Pasti Ke UEFA Champions League Musim Depan "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets