Home » , , , , , , , , , » Analisis Pencapaian Dan Statistik EPL Manchester United Musim 2014/2015

Analisis Pencapaian Dan Statistik EPL Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

DARI TUJUH KE EMPAT



Musim EPL yang baru sahaja berakhir menyaksikan Manchester United bakal kembali dalam bola sepak Eropah. Louis Van Gaal berjaya memberi semangat baru kepada para pemain dan penyokong bahawa beliau merupakan orang yang tepat dipilih meneruskan legasi Sir Alex Ferguson. Biarpun hanya sekadar menepati ramalan berada di empat teratas, namun ini menunjukkan Manchester United berada pada landasan yang tepat.



Bukan mudah untuk seseorang pengurus baru untuk menguruskan kelab besar seperti United yang penuh dengan tekanan dan dihormati. Apatah lagi dengan peralihan pemain datang dan pergi. Louis Van Gaal juga agak lewat menyertai kelab kerana terlibat dengan kempen Piala Dunia 2014 bersama pasukan Belanda yang menamatkan kejohanan di tempat ke-3.



Beliau seterusnya membawa United menjuarai International Champions Cup USA Tour 2014 dengan menewaskan musuh tradisi Liverpool di final. Namun permulaan perlawanan kompetitif pertama EPL United dikejutkan Swansea 1-2 di Old Trafford. Ramai yang mula mempertikaikan formasi 3-5-2 yang digunakan sewaktu pra musim. Senarai kecederaan yang membelenggu skuad utama juga agak kronik di awal musim.



United ketika itu hanya mengumpul 13 mata dari 10 perlawanan. Permulaan terburuk dalam sejarah kelab sejak 1986-87. Bermula saat itu, Van Gaal mengubah semula kepada formasi tradisi 4-4-2 dan perlahan-perlahan mereka mengumpul mata dan mendaki tangga EPL. Rekod 20 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan lebur di Stadium Liberty dengan Swansea buat pertama kali menewaskan United 2 kali dalam semusim.






Di saat perebutan tempat ke-4 semakin sengit, jadual Manchester United nampak sukar dengan  5 perlawanan seterusnya menentang Tottenham, Liverpool, Aston Villa, Manchester City dan Chelsea. Siapa sangka United mampu melepasi ujian dengan mengutip 12 dari 15 mata. Hanya perlawanan dengan Chelsea gagal membuahkan hasil, itu pun disebabkan beberapa pemain utama mengalami kecederaan.




Akhirnya United berjaya menamatkan musim di tempat ke-4 dengan 70 mata dan 17 mata dibelakang juara EPL Chelsea. Untuk rekod, pertemuan United dengan pasukan 'top 5' musim lalu agak baik. Dari 30 mata, United berjaya mencuri 18 mata dan Louis Van Gaal mampunyai ramuan tersendiri ketika menentang pasukan elit. Sama-sama kita nantikan kemasukan pemain baru yang bakal mengukuhkan skuad Manchester United musim depan.



Di bawah adalah  statistik Manchester United sepanjang musim EPL 2014/2015





Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Analisis Pencapaian Dan Statistik EPL Manchester United Musim 2014/2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets