Home » , , , , , , , , , , , , , , » Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

AKHIRNYA DOLLAH SEDAR



Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang peminat bola sepak tempatan saksikan di kaca TV semalam. 4 gol berjaya dijaringkan di kala Harimau Malaya mengganas di bumi Hanoi. Orang yang paling gembira pastinya Dollah Salleh yang menerima tempias kritikan corak permainan buruk di Shah Alam tempoh hari.



Bukan mudah untuk menyerap segala tekanan apabila tewas di laman sendiri. Apatah lagi dalam kejohanan yang mengambil kira bilangan gol di tempat lawan. Rombakan kepada barisan utama skuad negara nyata membuahkan hasil. Kali ini pujian harus diberikan kepada jurulatih kerana beliau melakukan kajian terperinci bagaimana cara permainan pasukan Vietnam.



Kemenangan 4-2 di Hanoi menjadikan Malaysia menang secara agregat 5-4 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Thailand juga dalam format timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan pada 17 Disember dan perlawanan di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti.






Ada beberapa perkara yang boleh diambil pengajaran dalam perlawanan semalam.



1. Pemilihan pemain


Kemasukan Badhri Radzi atau Piya dan Indra Putra menghidupkan jentera tengah pasukan. 2 gol Malaysia berpunca dari pemain ini. Pertama Piya menghantar bola tinggi terus ke bahagian kiri membenarkan Indra mengawal dan melepaskan tendangan tetapi ditampan pemain Vietnam dan masuk ke gawang Vietnam untuk gol ketiga Malaysia. Kedua dari sepakan penjuru, sepakan Piya disambar tepat Fadhli Shas sebelum disudahkan Sukor yang tidak dikawal untuk gol keempat.



2. Formasi 4-4-2 Defensive


Formasi ini sesuai untuk perlawanan yang disusun untuk gerakan serangan balas atau counter attack. Safiq dan Piya bermain lebih 'defensive' dan Vietnam tidak mempunyai banyak ruang seperti di Shah Alam tempoh hari. Apabila pemain Vietnam terlepas kawalan bola, pemain tengah kita dengan pantas menghantar bola ke bahagian depan dan sayap. Ini beberapa kali memerangkap pertahanan Vietnam.



3. Shukor Adan


Kehadiran beliau di bahagian pertahanan amat diperlukan. Pengalaman, kepimpinan, ketenangan dan agresif menyelamatkan beberapa cubaan bertali arus Vietnam. Tidak dilupa juga Kunanlan, Fadhli dan Zubir yang bekerja keras dan mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada waktu yang tepat. Bak kata pepatah Inggeris 'Safety First".



4. Gol awal


Ini merupakan faktor penting dalam kejayaan 'comeback' pasukan Malaysia. Mereka sedar hanya gol awal dapat memberi tekanan kepada pasukan Veitnam. Sepakan penalti di awal permainan mencetuskan momentum kepada pasukan Harimau Malaya dalam memburu sekurang-kurangnya 2 gol di Hanoi.



5. Pertukaran pemain 


Setelah mendahului 4-1, Dollah membawa keluar Piya dan hanya beberapa saat selepas itu Vietnam menjaringkan gol menjadikan kedudukan 4-2. Malaysia terus bertahan dan kebijaksaan Dollah yang semalam dilihat seperti Mourinho apabila memasukkan Afif dan Muslim untuk mengekang asakan tuan rumah. Well Done Abg Doo Lah!



6. Penyudah tajam


Tidak disangka-sangka apabila gerakan Malaysia semalam serba menjadi. Mat Yo yang agak tenggelam sepanjang kempen berjaya mencuri 1 gol apabila larian pantas dan cubaan menguis bola dari kawalan pemain pertahanan dan penjaga gol Vietnam memberi kelebihan 2 gol memihak kepada Malaysia. Ini meletakkan skuad negara pada posisi selamat kerana sebelum perlawanan sasaran kita adalah 2 gol dan menang.







Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan pencapaian ke final Piala AFF Suzuki 2014. Kami sebagai penyokong tidak akan mengkritik jika corak permainan baik dan pemilihan pemain tepat melihat kepada prestasi semasa. 

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets