1
COMMENT
Analisis : Punca Kekalahan Malaysia Lawan Thailand di Final Piala AFF Suzuki 2014
Penulis: Que | Kategori: AFF SUZUKI , analisis , bola sepak , dollah salleh , final , formasi , harimau malaya , malaysia , penjaring gol , piala aff suzuki 2014 , separuh akhir , sukan , taktik , thailand
DOLLAH LAMBAT BERTINDAK
Misi gagal. Itu saja yang boleh diperkatakan selepas melihat persembahan pemain Harimau Malaya di Bangkok semalam. Sebelum perlawanan, kita sudah tetapkan misi 1 gol tempat lawan atau pun keputusan seri untuk dibawa ke Kuala Lumpur Sabtu ini. Kini Malaysia perlu berjuang bermati-matian untuk bergelar juara buat kali ke-2 Piala AFF Suzuki.
Segar dengan kemenangan ajaib di Hanoi tempoh hari, Dollah Salleh mengekalkan barisan yang sama. Permulaan yang baik ditunjukkan dan peluang awal menerusi tandukan Amri Yahyah sepatutnya menerjah jaring jika disasarkan ke kiri atau kanan penjaga gol. Thailand kemudian mengatur gerakan dengan hantaran pendek yang memeningkan pemain negara.
Kenapa kita gagal bermain seperti itu? Kawalan bola yang lemah dan hantaran tidak tepat hanya menguntungkan pasukan lawan. Mujurlah kita berjaya mengekang serangan Thailand dan penyudah mereka dalam separuh masa pertama tidak begitu tajam.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq