[Video] Pendedahan Taktik Permainan Barcelona | Manchester United Siap Sedia
Penulis: Que | Kategori: analisis , barcelona , bola sepak , friendly , highlight , manchester united , perlawanan persahabatan , sukan , taktik , video
Selamat hari Sabtu kepada semua pembaca Kafe Que. Esok pagi merupakan hari yang dinantikan oleh peminat setia Manchester United. Perlawanan terakhir US Tour 2011 bakal mempertemukan semula Manchester United vs Barcelona selepas kekecewaan United di Final UEFA Champions League 2010/2011. 18 gol dan 2 bolos dalam 4 perlawanan pemanas badan sebelum ini menjadi persediaan mantap sebelum menentang Barcelona awal pagi esok.
Namun kecederaan kepala yang dialami Javier Hernandez menyebabkan beliau terpaksa berehat selama 3 minggu dan bakal terlepas aksi menentang Barcelona serta Manchester City nanti. Messi, Alexis Sanchez, Mascherano & Alves tidak akan diturunkan kerana direhatkan selepas menyertai kempen Copa America 2011.
Manchester United tewas kerana terlalu taksub untuk mengawal Messi sedangkan pemain lain dalam pasukan Barcelona juga mampu melakukan jaringan. Kesilapan taktik juga mungkin menjadi faktor kerana bahagian tengah nampak longgar dengan ketiadaan Fletcher serta formasi 4-4-2 yang kurang menyengat. United terikut gaya permainan Barca dan tidak menggunakan pemain sayap dengan sepenuhnya.
Highlights Perlawanan Akhir UEFA Champions League 2010/2011
Jika ada yang bertanya, kenapa pasukan Barcelona ini sukar ditewaskan? Pertama persefahaman yang tinggi antara pemain mereka. 80% dari kesebelasan utama Barcelona terdiri daripada pemain Sepanyol. Kedua kemahiran individu yang dimiliki pemain-pemain Barcelona. Hampir kesemua pemain Barcelona boleh menggelecek dan mengelirukan lawan termasuk penjaga gol dan pertahanan mereka. Ketiga taktik permainan yang diamalkan secara turun temurun. Total football merupakan kombinasi hantaran pendek yang cepat dan tenang menyukarkan pasukan lawan untuk merampas bola. Untuk membuktikan kepada anda mari kita lihat sendiri bagaimana taktik Barcelona di bawah kendalian Pep Guardiola.
Barcelona Tactics under Pep Guardiola
Mantap bukan? Mungkin Datuk K. Rajagobal boleh melihat corak permainan Barcelona yang menggunakan kekuatan mereka walapun tidak mempunyai pemain yang tinggi di bahagian serangan. Hantaran lintang rendah yang dipraktikkan Barcelona juga sering membahayakan keadaan dalam kotak penalti lawan.
Saksikan pertembungan menarik minggu ini
Manchester United vs Barcelona | US Tour 2011
31 Julai 2011 [Ahad] 7.00 am waktu Malaysia
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..