Showing posts with label penjaring gol. Show all posts

 

Barcelona Sah Juara La Liga Sepanyol Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TRIO BERBISA SENJATA UTAMA



Barcelona memulakan misi 'treble' mereka dengan mengesahkan kejuaraan La Liga 2015. Lebih manis kejayaan itu dirai ketika menewaskan juara musim lalu, Atletico Madrid di tempat lawan. Berbaki 1 perlawanan dengan mengumpul 93 mata, Barcelona menutup peluang Real Madrid yang ketinggalan 4 mata dibelakang.



Siapa sangka pasukan yang bermasalah pada bulan Januari lalu kini memburu 3 kejuaraan. Selepas ini mereka akan menumpukan perhatian pada perlawanan akhir Copa Del Rey menentang Athletic Bilbao dan UEFA Champions League menentang Juventus. Kali terakhir mereka memenangi 'treble' ketika zaman kegemilangan Barcelona bersama bekas pengurus Pep Guardiola.



Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa sumbangan besar gandingan trio serangan yang paling berbisa ketika ini. 79 gol dalam La Liga telah dijaringkan sesama mereka dengan Messi mengetuai senarai sebanyak 41 gol, Neymar 22 gol dan Suarez dengan 16 gol. Keserasian ini hanya akan menjadikan Barcelona sebuah pasukan yang akan digeruni untuk 5 musim akan datang. Tahniah Barca!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penjaring Gol Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED KE-4 DALAM EPL



Bilangan jaringan gol mungkin tidak sepenting jumlah mata dalam liga. Tetapi ada ketikanya jumlah perbezaan gol bakal menentukan tempat pertama dan kedua bila mana kedua pasukan tersebut terikat pada mata yang sama. Musim ini United dilihat sering kali buntu apabila menguasai bola dan gagal mencipta peluang terbaik untuk penyerang menjaringkan gol.



Penjaring terbanyak United setakat 23 Mac 2015 adalah Wayne Rooney dengan 13 gol. Jumlah itu jauh ditinggalkan Diego Costa (19 gol), Harry Kane (29 gol), Sergio Aguero (23 gol) dan Oliver Giroud (17 gol) dalam semua pertandingan. Mungkin kerana keputusan Louis Van Gaal meletakkan Rooney di bahagian tengah tempoh hari menyekat peluangnya untuk menambah jaringan.



Robin Van Persie berada di tempat ke-2 dengan 10 gol. Berbeza ketika beliau menyertai Manchester United dalam musim pertama dengan 30 gol dalam 48 penampilan. Faktor-faktor seperti keletihan selepas Piala Dunia 2014, kecederaan dan kekerapan penukaran taktik mungkin memainkan peranan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Kekalahan Malaysia Lawan Thailand di Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

DOLLAH LAMBAT BERTINDAK



Misi gagal. Itu saja yang boleh diperkatakan selepas melihat persembahan pemain Harimau Malaya di Bangkok semalam. Sebelum perlawanan, kita sudah tetapkan misi 1 gol tempat lawan atau pun keputusan seri untuk dibawa ke Kuala Lumpur Sabtu ini. Kini Malaysia perlu berjuang bermati-matian untuk bergelar juara buat kali ke-2 Piala AFF Suzuki.



Segar dengan kemenangan ajaib di Hanoi tempoh hari, Dollah Salleh mengekalkan barisan yang sama. Permulaan yang baik ditunjukkan dan peluang awal menerusi tandukan Amri Yahyah sepatutnya menerjah jaring jika disasarkan ke kiri atau kanan penjaga gol. Thailand kemudian mengatur gerakan dengan hantaran pendek yang memeningkan pemain negara.



Kenapa kita gagal bermain seperti itu? Kawalan bola yang lemah dan hantaran tidak tepat hanya menguntungkan pasukan lawan. Mujurlah kita berjaya mengekang serangan Thailand dan penyudah mereka dalam separuh masa pertama tidak begitu tajam.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Analisis : Punca Malaysia Menang Lawan Vietnam | Mara Ke Final Piala AFF Suzuki 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

AKHIRNYA DOLLAH SEDAR



Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata apa yang peminat bola sepak tempatan saksikan di kaca TV semalam. 4 gol berjaya dijaringkan di kala Harimau Malaya mengganas di bumi Hanoi. Orang yang paling gembira pastinya Dollah Salleh yang menerima tempias kritikan corak permainan buruk di Shah Alam tempoh hari.



Bukan mudah untuk menyerap segala tekanan apabila tewas di laman sendiri. Apatah lagi dalam kejohanan yang mengambil kira bilangan gol di tempat lawan. Rombakan kepada barisan utama skuad negara nyata membuahkan hasil. Kali ini pujian harus diberikan kepada jurulatih kerana beliau melakukan kajian terperinci bagaimana cara permainan pasukan Vietnam.



Kemenangan 4-2 di Hanoi menjadikan Malaysia menang secara agregat 5-4 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 berdepan Thailand juga dalam format timbal balik. Perlawanan pertama dijadualkan pada 17 Disember dan perlawanan di Kuala Lumpur pada 20 Disember nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Messi pintas Ronaldo untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

71 GOL DALAM 90 PENAMPILAN



Dua gol Messi ketika menentang Ajax awal pagi tadi mencatatkan nama beliau selaku penjaring terbanyak kejohanan Liga Juara-Juara Eropah bersama pemegang rekod Raul Gonzalez, penyerang lagenda Spain dan Real Madrid. Ronaldo yang berada di belakang Raul dengan 70 gol pada hari sebelumnya gagal berbuat demikian ketika menentang kelab 'hebat'  Liverpool dari England.



Berikut adalah carta kedudukan senarai penjaring terbanyak kejohanan setakat 6/11/14:

1 - Raul (Real Madrid & Schalke), Messi (Barcelona) : 71 gol

2 - Ronaldo (Manchester United & Real Madrid) : 70 gol

3 - Ruud Van Nistelrooy (PSV, Manchester United & Real Madrid) : 56

4 - Thierry Henry ( Monaco, Arsenal & Barcelona)



Messi merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan kesemuanya golnya setakat ini bersama satu kelab sahaja. Sepanjang 10 tahun kariernya di pentas Eropah, Messi telah berjaya menjaringkan 3 hatrik, 1 kali 4 gol dan 1 kali 5 gol dalam 1 perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Miroslav Klose Dari Jerman Pemegang Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

REKOD RONALDO LEBUR

Sumber : DailyMail

Miroslav Klose akhirnya berjaya mencatatkan nama beliau selaku penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia ketika ini. Satu gol ketika membantu Jerman membelasah Brazil 7-1 awal pagi tadi sudah cukup untuk memintas jumlah rekod 15 gol yang dipegang Ronaldo (Brazil) sejak 2006.



Empat edisi Piala Dunia (2002, 2006, 2010, 2014) nyata memberi kelebihan kepada Klose. Di usia 36 tahun bisa Klose masih dirasai. Penyudahnya memberi 1 mata berharga untuk Jerman di peringkat kumpulan yang ketinggalan 1-2 ketika menentang Ghana. Gol itu merupakan gol ke-15 menyamai rekod Ronaldo.



Joachim Low bijak menggunakan khidmat penyerang veteran itu di saat genting dan perlawanan penting. 16 gol dalam 23 penampilan Piala Dunia mungkin sukar dicapai. Namun begitu, kelibat Thomas Muller harus diberi perhatian kerana diusia 24 tahun beliau sudah menjaringkan 10 gol di Piala Dunia. Secara logiknya masih ada 2 kempen Piala Dunia yang boleh disertai beliau.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video Gol] Keputusan Kelantan vs Pahang | Final Piala Malaysia 3 November 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

THIS IS PANTAI TIMUR

Kredit video : Sokernet.com

 Keputusan akhir : Kelantan 0-1 Pahang


Tahniah pasukan Pahang yang menjuarai Piala Malaysia 2013. Gol tunggal perlawanan oleh penjaring terbanyak Pahang, Mathias Conti sudah cukup untuk meranapkan impian pemain Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan dalam edisi kali ini.



GOL PAHANG VS KELANTAN VS PAHANG 3.11.2013, VIDEO PERLAWANAN KELANTAN VS PAHANG FINAL PIALA MALAYSIA, PIALA MALAYSIA 2013 FINAL AKHIRMungkin ramai yang tidak menyangka akan keputusan ini. Tetapi peminat sekalian harus faham apa itu permainan bola sepak. Bola itu bulat. Pasukan mana yang lebih dominan dan bernasib baik akan menang sesuatu perlawanan.



Dalam kes ini, Pahang turun tanpa tekanan dan mereka mempamerkan aksi penuh bersemangat. Walaupun rekod tidak memihak kepada mereka, Dollah Salleh sudah dapat menghidu kelemahan pertahanan Kelantan dengan ketiadaan Obinna yang digantung perlawanan. Tahniah kerana taktik itu menjadi malam ini.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Perlawanan Sarawak vs Pahang | 26 Oktober 2013 Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

PAHANG TEPATI RAMALAN KE FINAL



Keputusan akhir : Sarawak 1- Pahang 1 (Aggregat 2-4)


Jaringan tempat lawan menerusi sentuhan pertama Fauzi Roslan pada minit ke-73 meranapkan impian Sarawak untuk ke Final Piala Malaysia 2013. Semuanya berjalan seperti diharapkan sepanjang 72 minit permainan. Sarawak yang memerlukan kemenangan 2-0, mendapat gol pertama hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-31.
VIDEO GOL SARAWAK VS PAHANG 26.10.2013, KEPUTUSAN SARAWAK VS PAHANG SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA 2013



Pahang menempah tiket ke Final Piala Malaysia untuk bertemu penyandang juara musim lalu, Kelantan pada 3 November 2013 di Stadium Shah Alam.. Pertemuan itu mengulangi episod kumpulan C di mana kedua pasukan itu layak selaku 2 pasukan teratas.



Berdasarkan rekod di peringkat kumpulan Piala Malaysia, Kelantan berjaya mengutip 4 mata ke atas Pahang. Dalam perlawanan terakhir Kelantan membelasah Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV. Pahang  ketika itu hampir tersingkir dari saingan Piala Malaysia jika Negeri Sembilan menang pada hari yang sama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Perlawanan Kelantan vs ATM | 25 Oktober 2013 Separuh Akhir Piala Malaysia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

KELANTAN LAYAK KE FINAL


Kredit Video : AstroArena
 
Keputusan Akhir : Kelantan 2-2 ATM

Amukan ATM hanya bertahan selama 45 minit pertama sahaja. Seperti yang aku pernah kongsikan dalam entri sebelum ini, ATM perlukan kemenangan 2-0 sekurang-kurangnya untuk layak ke Final Piala Malaysia. Taktik menyerang itu berhasil pada separuh masa pertama. Kelantan dikejutkan dengan gol pertama seawal minit ke-17 oleh Marlon Alex James sebelum menambah gol keduanya pada minit ke-35.



Separuh masa pertama ATM selesa dengan 2-0 dan aggregat 3-2. Bagaimanapun Kelantan tidak rela membiarkan ATM menang di Kota Bharu. 10 minit terakhir usaha mereka membuahkan hasil apabila Ahmad Fakri menyamakan kedudukan aggregat 3-3 sebelum kapten Kelantan, Piya merembat cantik untuk gol pemusnah harapan ATM. Kelantan layak ke Final Piala Malaysia 2013.



Persoalan hangat : Adakah gol Ahmad Fakri itu berpunca dari foul kerana mengangkat kaki yang tinggi ke arah pertahan ATM?


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Gol Adnan Januzaj | Sunderland vs Manchester United 6 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

WONDERKID SELAMATKAN UNITED



Dalam perlawanan awal pagi tadi, United seolah-olah menempah kekalahan ketiga berturut-turut dalam EPL. Tiba-tiba saja pemain muda yang diberi kepercayaan untuk bermain kesebelasan utama, Adnan Januzaj meledak gol penyamaan pada minit ke- 55. Gol peribadi pertama beliau dalam skuad senior Manchester United.



Nampak gayanya pertaruhan David Moyes untuk meletakkan Adnan menjadi. Bukan mudah untuk seorang pemain muda bermain dalam tekanan tinggi di tempat lawan. Tetapi Adnan membuktikan kenapa Kagawa tiada dalam kesebelasan utama. Berasal dari Belgium, Adnan (18 tahun) melakar sejarah dengan menambah gol kedua untuk United melengkapkan kebangkitan 2-1.



Permulaan United sedikit goyah apabila kesilapan pertahanan menghadiahkan Sunderland gol pertama menerusi Gardner seawal minit ke-5. Bagaimanapun keadaan mungkin akan jadi lebih sukar jika tidak kerana De Gea menepis tandukan Giaccherini (minit 34'). World class save!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 1 | 19 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

CHELSEA TERSUNGKUR DI LAMAN SENDIRI


KEPUTUSAN UEFA CHAMPIONS LEAGUE 19 SEPT 2013, KEPUTUSAN HIGHLIGHT PERLAWANAN UCL 2013/14, KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN UCL, KEPUTUSAN TERKINI LIGA JUARA-JUARA 2013


Jose Mourinho melalui minggu sukar apabila Chelsea menerima kekalahan dalam perlawanan pertama UCL 2013/14 di laman sendiri. Rekod 10 tahun tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge dalam peringkat kumpulan berakhir semalam apabila FC Basel bangkit untuk menang 2-1.


Dalam kumpulan F, Arsenal mencatatkan rekod 10 kemenangan berturut-turut di tempat lawan dengan gol Theo Walcott dan Ramsey menewaskan tuan rumah, Marseille. Napoli di bawah kendalian Benitez juga mengutip 3 mata untuk mendahului kumpulan apabila menewaskan Dortmund yang terpaksa bermain dengan 10 orang pemain.



Hattrick Messi dalam perlawanan menentang Ajax meletakkan beliau hanya 9 gol dibelakang Raul yang memegang rekod penjaring terbanyak UEFA Champions League dengan 71 gol setatakat ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan UEFA Champions League 2013/14 Matchday 1 | 18 September 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID MENANG BESAR


keputusan ucl terkini 2013 2014, GOL ROONEY VS BAYERN LEVERKUSEN, JADUAL KEPUTUSAN PERLAWANAN MANCHESTER UNITED UCL 2013, REAL MADRID VS GALATSARAY UCL 2013, keputusan ucl 18 september 2013


Real Madrid memberi amaran awal kepada pencabar kumpulan B dengan kemenangan besar ke atas Galatasaray di tempat lawan. Ronaldo mencatatkan hattrick di separuh masa kedua dan Bale membuat penampilan pertama UCL bersama Real Madrid pada minit ke-64.



Dalam kumpulan A, Manchester United menepati ramalan menewaskan kelab Jerman, Bayern Leverkusen dengan jaringan 4-2. Dua gol Rooney mencatatkan rekod 200 gol peribadi bersama kelab Manchester United.



Cavani yang berhijrah ke PSG tidak menunggu lama untuk membuka jaringan di pentas UCL dengan gol pada minit ke-19 membantu pasukannya meraih 3 mata penting di Greece.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/