Showing posts with label messi. Show all posts

 

Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2015 | Lionel Messi Terbaik Dunia

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MESSI RANGKUL ANUGERAH KE-5



Lionel Messi melebarkan rekod pemain terbanyak memenangi pemain terbaik dunia atau pun lebih dikenali dengan FIFA Baloon d'Or 2015. Kejayaan Messi itu memang sudah dijangka menewaskan Ronaldo di tempat kedua dan Neymar ketiga. Perebutan antara Ronaldo dan Messi sejak tahun 2008 berlarutan sehingga 7 tahun.



Messi menambah gelaran terbaru kepada angka 5 manakala Ronaldo dengan 3 gelaran. Kemenangan Messi didorong dengan kejayaan Barcelona merangkul 5 kejuaraan sepanjang 2015 dan pencapai anperibadi dengan menjaringkan 52 gol dan 26 assists dalam 61 penampilan.



Sementara itu pengurus Barcelona, Luis Enrique dinobatkan sebagai jurulatih terbaik menewaskan Pep Guardiola (Bayern Munich) dan Jorge Sampaoli (Chile). Beliau berjaya membawa pasukan Barca menjuarai La Liga, Copa del Rey, UEFA Champions LEague, UEFA Super Cup dan FIFA Club World Cup Championship.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Real Madrid vs Barcelona El Clasico 22 November 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

UJIAN BESAR BENITEZ


Keputusan akhir : Real Madrid 0-4 Barcelona

Rafa Benitez akan mengendali pasukan Real Madrid dalam siri El Clasico pertama musim ini. Setelah mengambil alih jawatan pengurus daripada Carlo Ancelotti, ramai yang kurang menyenangi taktik bertahan Real. Ketika ini mereka berada di belakang pendahulu liga Barcelona dengan 3 mata ekoran kekalahan kepada Sevilla.



Barcelona pula bakal mendapat semula khidmat penyerang berbisa mereka, Lionel Messi yang kembali pulih dari kecederaan sejak bulan September. Gandingan Messi bersama Neymar dan Suarez mampu mendatangkan masalah kepada pertahanan Real Madrid.



Rekod musim lepas agak seimbang dengan Real Madrid dan Barcelona memenangi perlawanan di gelanggang masing-masing. Kali ini jika Barcelona menang mereka akan terus menjarakkan kedudukan dengan Real Madrid kepada 6 mata. Jika Madrid menang, mereka akan kembali ke puncak La Liga dengan kelebihan jaringan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Gol Barcelona Juara UEFA Champions League 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TREBLE JADI KENYATAAN



Barcelona menamatkan musim 2014/2015 dengan trofi UEFA Champions League menewaskan Juventus 3-1 dalam final awal pagi tadi. Ivan Rakitic, Suarez dan Neymar meletakkan nama mereka selaku penjaring gol Barcelona manakala gol saguhati Juventus dijaringkan Morata. Keputusan Luis Suarez meninggalkan Liverpool untuk beraksi di pentas tertinggi amat tepat.



Juventus terpaksa bermain tanpa tonggak utama di bahagian pertahanan apabila Chiellini mengalami kecederaan sewaktu latihan sebelum perlawanan penting itu. Barcelona membuka jaringan seawal minit ke-4 dan terus menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama. Juventus menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum Suarez kembali meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-68.



Neymar melengkapkan kemenangan bergaya Bacelona pada masa kecederaan menerusi serangan balas pantas setelah pemain Juventus berada di atas untuk mencari gol penyamaan. Kejayaan ini juga amat bermakna kepada pemain lagenda Barcelona Xavi yang melakukan penampilan terakhir bersama pasukan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Barcelona Sah Juara La Liga Sepanyol Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TRIO BERBISA SENJATA UTAMA



Barcelona memulakan misi 'treble' mereka dengan mengesahkan kejuaraan La Liga 2015. Lebih manis kejayaan itu dirai ketika menewaskan juara musim lalu, Atletico Madrid di tempat lawan. Berbaki 1 perlawanan dengan mengumpul 93 mata, Barcelona menutup peluang Real Madrid yang ketinggalan 4 mata dibelakang.



Siapa sangka pasukan yang bermasalah pada bulan Januari lalu kini memburu 3 kejuaraan. Selepas ini mereka akan menumpukan perhatian pada perlawanan akhir Copa Del Rey menentang Athletic Bilbao dan UEFA Champions League menentang Juventus. Kali terakhir mereka memenangi 'treble' ketika zaman kegemilangan Barcelona bersama bekas pengurus Pep Guardiola.



Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa sumbangan besar gandingan trio serangan yang paling berbisa ketika ini. 79 gol dalam La Liga telah dijaringkan sesama mereka dengan Messi mengetuai senarai sebanyak 41 gol, Neymar 22 gol dan Suarez dengan 16 gol. Keserasian ini hanya akan menjadikan Barcelona sebuah pasukan yang akan digeruni untuk 5 musim akan datang. Tahniah Barca!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Barcelona vs Real Madrid El Clasico 23 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

BARCA MILIKI KELEBIHAN


Keputusan akhir : Barcelona 2-1 Real Madrid


2 kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid bakal berentap hujung minggu ini untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing di persada liga. Barcelona berada pada tahap terbaik ketika ini apabila melayakkan diri ke suku akhir UEFA Champions League menewaskan Manchester city dengan agregat 3-1.



Real Madrid walaupun mara, mereka tewas di laman sendiri 3-4 kepada Schalke tempoh hari. Kontroversi pemain handalan mereka seperti Ronaldo dan Bale mungkin akan memberi kesan dalam perlawanan nanti. Tambahan pula Real akan bermain di Stadium Camp Nou yang kali terakhir mereka menang pada tahun 2012.



Gandingan 3 serangkai Barcelona nampak semakin serasi dan ini akan menjadi senjata utama kelab Catalan itu untuk memburu 3 mata. Melihat kepada carta liga, Barcelona hanya mendahului Real Madrid dengan 1 mata. Kemenangan dalam El Clasico akan menjarakkan mata Barca selaku pendahulu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Pendedahan : Peratus Undian Yang Menjadikan Ronaldo Pemenang Ballon d'Or 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

RONALDO PILIHAN RAMAI

Kredit : Goal.com

Kemenangan Cristiano Ronaldo sudah dijangka jika dilihat kepada pencapaian mengagumkan sepanjang tahun 2014 walaupun tanpa medal Piala Dunia. Ini merupakan kemenangan Ballon d'Or kedua berturut-turut dan ketiga secara keseluruhan sejak tahun 2009 dengan peratus undian sebanyak 37.66%. Lionel Messi terpaksa berpuas hati ditempat kedua hanya dibezakan 0.04% dengan Manuel Neuer di tempat ketiga.



Pemenang anugerah Ballon d'Or ditentukan oleh ketua pasukan, jurulatih dan wartawan setiap negara yang bernaung di bawah FIFA. Ronaldo dan Messi masing-masing merupakan kapten negara  Portugal dan Argentina seterusnya melayakkan mereka mengundi kecuali diri mereka sendiri.



Strategi semasa proses undian amat penting kerana setiap markah bernilai untuk menentukan pemenang. Setiap wakil dibenarkan memilih tiga (3) calon sahaja dari tempat pertama (5 mata), kedua (3 mata) dan ketiga (1 mata). Kebanyakan kapten memilih rakan sepasukan sama ada di peringkat kelab atau negara. Semakin banyak seseorang pemain itu mendapat pilihan pertama, semakin tinggi peluang untuk bergelar juara.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Keputusan Pemenang FIFA Ballon d'Or 2014 | 13 Januari 2015 Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

DEBARAN CALON AKHIR




Awal pagi esok bakal menentukan nasib semua calon akhir dan juga penerima anugerah beberapa kategori utama sempena FIFA Ballon d'Or 2014 di Zurich, Switzerland. Paling ditunggu-tunggu pastinya perebutan pemain terbaik dunia di antara Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Manuel Neuer. Lihat pencapaian hebat mereka di sini.



Anugerah Jurulatih Terbaik Dunia bakal menjadi persaingan antara Carlo Ancelotti (Real Madrid), Joachim Loew (Germany) dan Diego Simeone (Atletico Madrid). Ancelotti membawa Real Madrid menjulang Piala UEFA Champions League buat kali ke-10 di samping kejayaan mereka merangkul European Super Cup dan FIFA Club World Cup Championship 2014.



Joachim Loew meraih gelaran tertinggi dunia di Brazil Julai lalu sekaligus menjadikan negara Jerman juara Piala Dunia pertama di Amerika Selatan. Diego Simeone pula melakukan kejutan apabila menyingkirkan Real Madrid dan Barcelona untuk menjuarai La Liga yang dikuasai dua gergasi Sepanyol sejak 2005.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

3 Calon Finalis Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

RONALDO & MESSI BERENTAP LAGI



Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bakal membuat perhitungan siapa lebih layak dianugerahkan pemain terbaik dunia 2014. Mampukah Ronaldo mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada tahun 2013. Seorang lagi calon yang tidak disangka-sangka adalah penjaga gol Jerman, Manuel Neuer, pemenang Piala Dunia 2014. Siapa antara mereka yang menjadi pilihan anda?



Dari senarai 23 pemain yang disenarai pendek sebelum ini, mereka diundi oleh jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan juga wartawan dari seluruh dunia. Undian asalah berdasarkan pencapaian sepanjang tahun 2014. Ketiga-tiga finalis telah mempamerkan persembahan konsisten dalam merangkul trofi dan memecahkan rekod demi rekod dalam liga.



Neuer beraksi cemerlang bersama Bayern Munich dan menjuarai Bundeliga dan DFB-Pokal. Kemudian beliau mengawal benteng terakhir Jerman di Piala Dunia 2014 yang menamatkan badi menjadi pasukan Eropah pertama memenanginya di benua Amerika.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Messi pintas Ronaldo untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

71 GOL DALAM 90 PENAMPILAN



Dua gol Messi ketika menentang Ajax awal pagi tadi mencatatkan nama beliau selaku penjaring terbanyak kejohanan Liga Juara-Juara Eropah bersama pemegang rekod Raul Gonzalez, penyerang lagenda Spain dan Real Madrid. Ronaldo yang berada di belakang Raul dengan 70 gol pada hari sebelumnya gagal berbuat demikian ketika menentang kelab 'hebat'  Liverpool dari England.



Berikut adalah carta kedudukan senarai penjaring terbanyak kejohanan setakat 6/11/14:

1 - Raul (Real Madrid & Schalke), Messi (Barcelona) : 71 gol

2 - Ronaldo (Manchester United & Real Madrid) : 70 gol

3 - Ruud Van Nistelrooy (PSV, Manchester United & Real Madrid) : 56

4 - Thierry Henry ( Monaco, Arsenal & Barcelona)



Messi merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan kesemuanya golnya setakat ini bersama satu kelab sahaja. Sepanjang 10 tahun kariernya di pentas Eropah, Messi telah berjaya menjaringkan 3 hatrik, 1 kali 4 gol dan 1 kali 5 gol dalam 1 perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Siaran Langsung Real Madrid vs Barcelona El Clasico 25 Oktober 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

PENGGANTUNGAN SUAREZ TAMAT

bila perlawanan barcelona vs real madrid 2014 2015

Keputusan akhir : Real Madrid 3-1 Barcelona

Pertembungan dua musuh tradisi akan mendapat liputan meluas minggu ini. Semuanya gara-gara penampilan pertama Luis Suarez untuk Barcelona dalam perlawanan liga dan masa yang tepat untuk beliau diperkenalkan kepada seluruh dunia ketika Barcelona bertandang ke Santiago Bernabeu.



Walaupun tanpa khidmat Suarez, Barcelona selesa mendahului carta La Liga dengan 3 mata hasil dari gandingan mantap Messi dan Neymar. Kedua mereka telah manjaringkan 7 dan 8 gol. Real Madrid pula ketinggalan 4 mata tetapi prestasi Ronaldo dalam liga domestik sangat menakjubkan dengan 15 gol dari 7 perlawanan.



Perlawanan EL Clasico ini bakal menjadi perlawanan pertama untuk pemain baru seperti James Rodrigues, Toni Kroos, Luis Suarez dan Thomas Vermaeleen. Lionel messi mampu menyamai rekod penjaring terbanyak La Liga yang di pegang oleh pemain lagenda Telmo Zarra (251 gol) jika berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Astro Live Streaming Argentina vs Brazil 11 Oktober 2014 | International Friendly

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

SIAPA JAGUH AMERIKA LATIN


Keputusan akhir : Brazil 2-0 Argentina

Perlawanan persahabatan paling mencuri tumpuan minggu ini antara kuasa besar benua latin Brazil dan Argentina. Ramai yang mengharapkan pertembungan kedua negara ini di final Piala Dunia 2014. Tetapi Jerman ada ramuan istimewa untuk muncul juara.



Ketiadaan bintang sensasi Brazil, Neymar nyata menggugat semangat pasukan ketika itu. Malam ini beliau akan menentang rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi. Tidak lupa juga Di Maria yang baru menyarung jersi Manchester United awal musim ini mampu melakukan kejutan. Kaka pula dipanggil semula oleh jurulatih baru Brazil untuk membantu pasukan.



Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Brazil vs Argentina 

11 Oktober 2014 (Sabtu)

8.00 pm waktu Malaysia

Live @ Astro Supersport 2 (811) HD (833)


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Real Madrid vs Barcelona El Clasico Final 17 April 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

FINAL COPA DEL REY 2014


Keputusan akhir : Real Madrid 2-1 Barcelona

Real Madrid dan Barcelona akan bertemu dalam siri ketiga El Clasico musim ini. Kali ini di perlawanan akhir Piala Sepanyol atau Copa Del Rey yang akan menentukan siapa bakal pulang dengan trofi pertama. Dari dua siri pertemuan sebelum ini, Barcelona menang dalam kedua-dua perlawanan dengan keputusan 2-1 dan 4-3.



Namun begitu persembahan Barcelona tidak begitu konsisten di La Liga dan kini ketinggalan 4 mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid dan 1 mata di belakang Real Madrid dengan baki 5 perlawanan. Real Madrid membelasah Atletico Madrid dengan agregat 5-0 untuk layak ke final manakala Barcelona menewaskan Real Sociedad 3-1.



Untuk rekod El Clasico, Lionel Messi memecahkan rekod penjaring terbanyak dengan 21 gol setakat ini. Ronaldo pula jauh ketinggalan dengan 13 gol. Perbandingan dua pemain terbaik dunia ini memang tidak dapat dielakkan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live : Perlawanan El Clasico Real Madrid vs Barcelona | Siaran Langsung Astro 24 Mac 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

REAL MADRID BERADA DI PUNCAK


Keputusan akhir : Real Madrid 3 - 4 Barcelona

Lupakan sejenak persaingan EPL yang begitu sengit antara Chelsea, Liverpool, Manchester City dan Arsenal. El Clasico di La Liga tidak kurang hebatnya. Real Madrid kini mendahului carta dengan kelebihan 4 mata dengan Barcelona. Jika Madrid menang mata akan bertambah kepada 7.



Melihat kepada prestasi semasa, kombinasi Ronaldo dan Bale lebih menyerlah. Sewaktu episod pertama El Clasico, Bale dikecam hebat kerana gagal menunjukkan kemampuannya setelah dibeli dengan harga 80 juta Euro. Neymar yang menjadi penjaring malam itu membantu kemenangan Barcelona 2-1 ke atas Real Madrid.



Tapi itu cerita lama. Tahun ini Barcelona tidak bermain dengan begitu baik. Kecederaan yang menimpa Messi dan Neymar pada suatu ketika menyebabkan kelab Catalan itu kehilangan mata berharga. Ronaldo kini mendahului carta penjaring dengan 25 gol. Messi pula hanya 18. Bale sudah mengumpul 10 gol dan Neymar tidak jauh di belakang dengan 7 gol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Pemenang FIFA Ballon d'Or 2013 | Cristiano Ronaldo Terbaik

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

RONALDO PECAH DOMINASI MESSI

RONALDO MENANG BALLON D'OR 2013
Sumber

Akhirnya teka-teki selama dua bulan terjawab sudah. Cristiano Ronaldo dianugerahkan trofi FIFA Ballon d'Or 2013 awal pagi tadi sekaligus menamatkan penguasaan Lionel Messi yang memegang rekod 4 tahun berturut-turut. Ini merupakan kali kedua Ronaldo memenangi trofi FIFA Ballon d'Or. Kali pertama pada tahun 2008 bersama pasukan Manchester United.



Lionel Messi terpaksa berpuas hati di tempat ke-2 manakala Franck Ribery di tempat ke-3. Pun begitu masih ada peminat di laman sosial yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Mereka rata-ratanya peminat Messi atau haters. Aku pun tak faham apa masalah diorang ni. Nak pertikai kenapa Ronaldo tak menang trofi dengan Real Madrid tapi boleh menang FIFA Ballon d'Or



Kalau aku cakap diorang ni buta bola sepak kang marah. Setakat jadi keyboard warrior yang malas nak mengkaji. Untuk pengetahuan sekian kalinya, anugerah FIFA Ballon d'Or adalah undian pengurus dan kapten pasukan kebangsaan serta wartawan seluruh dunia. Ada masalah ke? Rujuk statistik tahun 2013 di sini untuk pencerahan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Keputusan Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2013 | Astro

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

RONALDO | MESSI | RIBERY

CALON FINALIS BALLON D'OR 2013, LIVE ASTRO FIFA BALLON D'OR, KEPUTUSAN PEMENANG BALLON D'OR 2013

FIFA Ballon d'Or 2013 : Cristiano Ronaldo | Keputusan Penuh Di sini


Pemenang anugerah paling berprestij akan diketahui awal pagi esok. Antara 3 calon finalis ini siapa lebih layak untuk merangkul FIFA Ballon d'Or 2013? Semua hebat-hebat belaka. Tapi ramai yang menjangkakan tahun ini anugerah itu akan menjadi milik Cristiano Ronaldo dari kelab Real Madrid dan negara Portugal.



Kenapa Ronaldo padahal dia tak menang trofi utama tahun 2013? Ribery dengan kejuraaan treble bersama kelab Bayern Munich termasuk trofi UCL. Messi pula berjaya memenangi La Liga bersama Barcelona



Kehebatan Ronaldo tidak berhenti di peringkat kelab. Beliau juga membantu Portugal untuk layak ke Piala Dunia dengan menjaringkan hatrick ketika menewaskan Sweden dalam play-off tahun lalu. Prestasinya dalam tahun 2013 memang tidak dapat disangkal. Mari kita lihat statistik di bawah.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

3 Calon Finalis Pemenang Anugerah FIFA Ballon d'Or 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

RONALDO LAYAK

STATISTIK RONALDO 2013 MESSI 2013 RIBERY 2013, GOL RONALDO TAHUN 2013 MESSI TAHUN 2013


Seperti dijangka dari 23 senarai pendek anugerah FIFA Ballon d'Or 2013, Ronaldo, Messi dan Ribery bakal berentap untuk diangkat sebagai pemain terbaik untuk tahun ini. Messi sebelum ini telah memenangi 4 gelaran Ballon d'Or berturut-turut sejak tahun 2009. Namun kali ini nama Ronaldo pula disebut-sebut sebagai pemain paling menonjol.


Kita lihat statistik ketiga-tiga pemain untuk tahun 2013.

  • Ronaldo : 67 goals | 14 assists | 56 games
  • Messi : 45 goals | 16 assists | 47 games
  • Ribery : 22 goals | 20 assists | 51 games

Info sah sehingga 10/12/2013 sahaja

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live : Perlawanan El Clasico Barcelona vs Real Madrid | Siaran Langsung Astro 26 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

NEYMAR VS BALE #ELCLASICO

LIVE REAL MADRID VS BARCA 26/10/13 WAKTU MALAYSIA ASTRO STAR SPORT, SIARAN EL CLASICO BOLA SEPAK 2013

Keputusan Akhir : Barcelona 2-1 Real Madrid [Video Klik]

Hujung minggu ini akan berlangsung perlawanan El Clasico yang dinanti-nantikan. Kini tumpuan bukan sahaja kepada pertembungan dua musuh tradisi Barcelona vs Real Madrid. Jika sebelum ini orang sering memperdebatkan antara Ronaldo dan Messi siapa lebih hebat. Musim ini dihangatkan lagi dengan kemasukan pemain termahal dunia, Gareth Bale dan bintang sensasi Piala Dunia 2014 Brazil, Neymar.



Tak dapat dinafikan, dua kelab ini mendominasi La Liga sejak sekian lama. Jadi perlawanan ini amat penting untuk menentukan siapa akan jadi juara musim 2013/2014. Barcelona mendahului dengan 3 mata. Jika mereka menang, jarak akan bertambah kepada 6 mata. Jika kalah, Barcelona dan Real Madrid akan berkongsi mata sebagai pendahulu.




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/