Showing posts with label la liga. Show all posts

 

Senarai Perpindahan Terkini Pemain Bola Sepak Musim 2015/2016 Paling Mahal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

2015 TRANSFER WINDOW

gosip perpindahan pemain epl 2015-16, senarai jual beli pemain arsenal bagi musim 2015/2016


Musim 2014/2015 yang telah berakhir menyaksikan Barcelona berjaya meraih 3 trofi utama iaitu La Liga, UEFA Champions League dan Copa Del Rey. Gandingan 3 serangkai mereka Messi, Neymar dan Suarez cukup berbisa dan bakal menguasai bola sepak Eropah untuk 3 hingga 5 tahun nanti.



Keputusan Luis Suarez meninggalkan kelab Liverpool nampak tepat sekali kerana hanya semusim sahaja beliau sudah merangkal 3 trofi utama. Angel Di Maria berpindah dari kelab juara Eropah 10 kali Real Madrid dengan rekod perpindahan termahal EPL untuk bermain di Manchester United yang tiada komitmen UCL. Namun permulaan yang baik gagal diteruskan dan menyaksikan beliau berada di bangku simpanan sahaja.



Radamel Falcao yang dipinjam dari AS Monaco dengan bayaran gaji tinggi juga gagal menyerlah dan pulang semula ke kelab asalnya walaupun Manchester United mempunyai peluang untuk membeli pemain tersebut.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Barcelona Sah Juara La Liga Sepanyol Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

TRIO BERBISA SENJATA UTAMA



Barcelona memulakan misi 'treble' mereka dengan mengesahkan kejuaraan La Liga 2015. Lebih manis kejayaan itu dirai ketika menewaskan juara musim lalu, Atletico Madrid di tempat lawan. Berbaki 1 perlawanan dengan mengumpul 93 mata, Barcelona menutup peluang Real Madrid yang ketinggalan 4 mata dibelakang.



Siapa sangka pasukan yang bermasalah pada bulan Januari lalu kini memburu 3 kejuaraan. Selepas ini mereka akan menumpukan perhatian pada perlawanan akhir Copa Del Rey menentang Athletic Bilbao dan UEFA Champions League menentang Juventus. Kali terakhir mereka memenangi 'treble' ketika zaman kegemilangan Barcelona bersama bekas pengurus Pep Guardiola.



Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa sumbangan besar gandingan trio serangan yang paling berbisa ketika ini. 79 gol dalam La Liga telah dijaringkan sesama mereka dengan Messi mengetuai senarai sebanyak 41 gol, Neymar 22 gol dan Suarez dengan 16 gol. Keserasian ini hanya akan menjadikan Barcelona sebuah pasukan yang akan digeruni untuk 5 musim akan datang. Tahniah Barca!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Barcelona vs Real Madrid El Clasico 23 Mac 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

BARCA MILIKI KELEBIHAN


Keputusan akhir : Barcelona 2-1 Real Madrid


2 kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid bakal berentap hujung minggu ini untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing di persada liga. Barcelona berada pada tahap terbaik ketika ini apabila melayakkan diri ke suku akhir UEFA Champions League menewaskan Manchester city dengan agregat 3-1.



Real Madrid walaupun mara, mereka tewas di laman sendiri 3-4 kepada Schalke tempoh hari. Kontroversi pemain handalan mereka seperti Ronaldo dan Bale mungkin akan memberi kesan dalam perlawanan nanti. Tambahan pula Real akan bermain di Stadium Camp Nou yang kali terakhir mereka menang pada tahun 2012.



Gandingan 3 serangkai Barcelona nampak semakin serasi dan ini akan menjadi senjata utama kelab Catalan itu untuk memburu 3 mata. Melihat kepada carta liga, Barcelona hanya mendahului Real Madrid dengan 1 mata. Kemenangan dalam El Clasico akan menjarakkan mata Barca selaku pendahulu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

TOP 10 : Senarai Terkini Perpindahan Pemain Termahal Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

LUIS SUAREZ MASUK CARTA




Perpindahan Luis Suarez ke Barcelona yang bernilai 75 juta pound membolehkan beliau kini tersenarai dalam pemain termahal dunia. Musim lalu kita dikejutkan dengan rekod baru pembelian Gareth Bale (86 juta pound) oleh Real Madrid. Cristiano Ronaldo masih kekal di tempat kedua dengan 80 juta pound.



Seperti enggan mengaku kalah dengan musuh tradisi, Real Madrid tidak menunggu lama sebelum membida penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dan gol terbaik kejohanan dari Colombia - James Rodriguez. Monaco akhirnya terpaksa melepaskan pemain muda berbakat itu dengan yuran perpindahan 63 juta pound.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Perpindahan TERKINI Pemain Bola Sepak Dunia 2014/2015 | Paling Mahal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

2014 TRANSFER WINDOW

PERPINDAHAN PEMAIN JUN 2013,RANKING PEMAIN BOLA SEPAK TERMAHAL 2013, SENARAI PENUH LENGKAP PERPINDAHAN PEMAIN TAHUN 2013 TERKINI


Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2014/15 [Klik]


Musim 2014/2015 liga bola sepak dunia sudah memasuki sesi pemanas badan. Pelbagai spekulasi perpindahan berlegar-legar di media cetak dan eletronik sejurus selepas berakhirnya kempen Piala Dunia 2014. Nama seperti James Rodriguez paling hangat diperkatakan apabila beliau memenangi Anugerah Kasut Emas dengan 6 gol Piala Dunia dari 5 perlawanan.



Kelab Real Madrid telah muncul juara UEFA Champions League buat kali pertama sejak 2002 menewaskan Atletico Madrid (juara La Liga) di pentas final. Sevilla pula menewaskan Benfica menerusi sepakan penalti untuk menjuarai Europa League. Nampaknya musim lalu kejohanan Eropah didominasi kelab-kelab dari Sepanyol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

TOP 10 : Perpindahan Pemain Termahal Dunia Terkini 2013 | Gareth Bale Catat Rekod Baru

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BALE PECAH REKOD DUNIA!


siapa pemain paling mahal dunia terkini, harga perpindahan gareth bale ke real madrid, senarai pemain termahal dunia 2013,rekod pemain paling mahal dunia 2013



Rekod baru perpindahan pemain bola sepak bakal dicatat pemain sayap paling hangat ketika ini. Tottenham Hotspur mungkin terpaksa melepaskan Gareth Bale ke Real Madrid dengan yuran perpindahan paling mahal 85 Juta Pound (99 Juta Euro). Sebelum ini bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo memegang takhta selama 4 tahun dengan yuran 80 Juta Pound.



Nampaknya senario perpindahan dengan harga tak masuk akal ni semakin menjadi-jadi. Ramai yang mempersoalkan adakah Gareth Bale lebih hebat dari Ronaldo hingga memaksa Real Madrid menghabiskan wang yang banyak untuk seorang pemain sayap. Tambahan pula mereka sudah memiliki pemain seperti Di Maria, Ozil, Ronaldo dan Isco yang boleh bermain di posisi yang sama.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Perpindahan TERKINI Pemain Bola Sepak Dunia 2013 | Paling Mahal

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

2013 TRANSFER WINDOW

PERPINDAHAN PEMAIN JUN 2013,RANKING PEMAIN BOLA SEPAK TERMAHAL 2013, SENARAI PENUH LENGKAP PERPINDAHAN PEMAIN TAHUN 2013 TERKINI


Updates : Senarai lengkap perpindahan pemain EPL musim 2013/14 [klik]


Musim 2012/2013 telah melabuhkan tirai hujung minggu lepas. Bayern Munich menjadi kelab Jerman pertama memenangi Treble selepas mengungguli Bundesliga, DVB Pukal & UEFA Champions League. Adakah pasukan ini akan mendominasi Eropah seperti Barcelona ketika dipimpin Pep Guardiola?


Seperti biasa setelah tamat musim kebanyakan kelab akan berlumba-lumba mendapatkan khidmat pemain impian mereka sebelum bermulanya kempen musim hadapan.Yang menariknya pembelian ini melibatkan sejumlah wang yang agak besar dan kadang-kadang tidak masuk akal. Ini kerana status kelab itu sendiri dan juga kemampuan kewangan yang luar biasa setelah dibeli oleh ahli perniagaan yang kaya raya.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/