Showing posts with label perpindahan pemain. Show all posts

 

[Gempar] Manchester United Beli Jelmaan 'Thierry Henry'

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ANTHONY MARTIAL SAH MILIK UNITED



Louis Van Gaal sekali lagi mengejutkan ramai orang ketika tempoh perpindahan menghampiri ke penghujungnya. Penyerang remaja berusia 19 tahun yang kurang dikenali dibeli pada harga 36 Juta Pound (rekod paling mahal untuk pemain remaja) menjadi pemain ke-6 yang dibawa masuk musim ini ke Old Trafford. Musim lalu, kita dikejutkan dengan kehadiran Radamel Falcao yang dipinjam dari AS Monaco juga pada saat-saat akhir.



Adakah pertaruhan ini akan membuahkan hasil? Kekalahan pertama di tangan Swansea memberi amaran jelas kepada Louis Van Gaal bahawa Manchester United memerlukan seorang penyerang prolifik bagi meringankan beban kapten, Wayne Rooney. Sebelum ini mereka dikaitkan dengan nama besar seperti Zlatan, Muller, Edinson Cavani, Pedro, Bale dan Neymar. Namun komitmen bersama kelab masing-masing menghalang perpindahan tersebut.



Rekod Anthony Martial di peringkat kelab masih kurang menyerlah. Apa yang pasti, pemain muda ini mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu menghasilkan sesuatu di luar jangkaan. Cuma halangan utama beliau ketika ini adalah untuk menyesuaikan diri di kelab besar dengan yuran perpindahan yang sangat tinggi.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Biodata Penuh Memphis Depay Pemain Baru Manchester United 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PERMATA BARU OLD TRAFFORD


Kelab PSG ketika itu sedang merancang perpindahan pemain muda Belanda ini ke Perancis. Mujur Louis Van Gaal pantas bertindak dengan mempengaruhi Depay untuk menandatangani perjanjian di Old Trafford bernilai 25 juta pound. Persoalannya di sini mengapa 2 kelab ini memburu Depay sebelum musim liga tamat? Apakah potensi pemain sebenar pemain ini?



Umum sudah mengetahui hubungan rapat antara Memphis Depay dan Louis Van Gaal. LVG bertanggungjawab membawa Depay ke Piala Dunia 2014 di Brazil kerana percaya bakat yang dimiliki beliau. Walaupun diletakkan selaku pemain simpanan, Depay berjaya membantu menjaringkan 2 gol penting ketika Belanda bertemu Australia dan Chile.



Apa yang menarik, kedua-dua gol itu dijaringkan ketika Depay bermain sebagai pemain gantian. Musim ini sahaja bersama PSV, Depay telah menjaringkan 28 gol dari 39 perlawanan menjadikan nisbah gol per perlawanan kepada 0.71 yang agak tinggi jika mengambil kira beliau bermain di posisi sayap.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Penuh Perpindahan Pemain EPL Januari 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MAN CITY DAN CHELSEA BERBELANJA BESAR



Jendela perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir 2 Februari lalu. Kesempatan ini digunakan oleh kelab-kelab yang ingin memperkuatkan skuad utama dan juga melepaskan pemain simpanan. Chelsea sebagai pendahulu liga membawa masuk Juan Cuardado dari Fiorentina dengan yuran perpindahan 27 juta pound dan melepaskan Andre Schurrle pada harga 24 juta pound kepada Wolfsburg. 



Manchester City mendapatkan khidmat Wilfried Bony dari Swansea City untuk digandingkan bersama Sergio Aguero di barisan hadapan. Arsenal pula terdesak mencari pengganti Thomas Vermaelen dengan menawarkan kontrak kepada Gabriel Paulista dari Villareal pada harga 11.2 juta pound.



Manchester United menandatangi bekas penjaga gol Barcelona Victor Valdes sebagai pesaing David De Gea. Mereka turut melepaskan Darren Fletcher, Wilfried Zaha dan Micheal Keane kerana tidak diperlukan oleh pengurus baru Louis Van Gaal. Liverpool bagaimana pun tidak melakukan sebarang pembelian.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Gempar : Manchester United Berjaya Dapatkan Radamel Falcao Dari AS Monaco

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

KEJUTAN SAAT AKHIR



Manchester United memberi amaran awal kepada pencabar EPL bahawa mereka akan terus membina skuad bagi cubaan merangkul kejuaraan liga. Terkini Radamel Falcao peledak berbisa dari AS Monaco menyertai pasukan The Red Devils dengan harga pinjaman 12 juta Pound dengan perjanjian jual beli di akhir musim nanti.



Selepas ketibaan perpindahan termahal England, Di Maria dan Daley Blind dari Ajax Falcao akan memulakan sesi latihan selepas perlawanan persahabatan antarabangsa minggu ini. Peminat United akan menyaksikanm penampilan pertama Falcao pada 14 September 2014 menentang QPR di Old Trafford.



Walaupun tidak dijanjikan dengan penglibatan bola sepak Eropah, Falcao tetap berminat menyertai sebuah pasukan yang dilabel antara terhebat di benua Eropah dengan menolak tawaran lumayan dari Manchester City dan Real Madrid. Beliau percaya United akan kembali ke tempat 4 teratas musim ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Pecah Rekod Beli Angel Di Maria

Penulis: Que | Kategori: , , , ,

PEMBELIAN TERMAHAL DALAM SEJARAH UNITED


Manchester United memecahkan rekod kelab dan England untuk pembelian seseorang pemain bola sepak. Angel Di Maria berpindah dari Real Madrid dengan harga yuran 59.7 juta Pound. Beliau menjadi pemain kelima termahal dunia di belakang Bale (86 juta), Ronaldo (80 juta), Suarez (75 juta) dan James (63 juta).



Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak selama 5 tahun sehingga 2019. Louis Van Gaal terdesak untuk membawa masuk pemain bertaraf dunia untuk membantu bahagian serangan yang tumpul. Dalam 3 perlawanan musim baru, United hanya mampu seri sekali dan kalah 2 kali.



Kemasukan Di Maria menambah koleksi pemain baru United selain Ander Herrera, Luke Shaw dan Marcos Rojo. Van Gaal masih memerlukan seorang pemain pertahanan dan tengah untuk memperkuat barisan Manchester United bersaing ke kelompok 4 teratas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

TOP 10 : Senarai Terkini Perpindahan Pemain Termahal Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

LUIS SUAREZ MASUK CARTA




Perpindahan Luis Suarez ke Barcelona yang bernilai 75 juta pound membolehkan beliau kini tersenarai dalam pemain termahal dunia. Musim lalu kita dikejutkan dengan rekod baru pembelian Gareth Bale (86 juta pound) oleh Real Madrid. Cristiano Ronaldo masih kekal di tempat kedua dengan 80 juta pound.



Seperti enggan mengaku kalah dengan musuh tradisi, Real Madrid tidak menunggu lama sebelum membida penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dan gol terbaik kejohanan dari Colombia - James Rodriguez. Monaco akhirnya terpaksa melepaskan pemain muda berbakat itu dengan yuran perpindahan 63 juta pound.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Terkini : Senarai Lengkap Perpindahan Pemain EPL Bulan Januari 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

MANCHESTER UNITED PECAH REKOD



Manchester United akhirnya berjaya membawa masuk pemain berstatus bintang biarpun terpaksa memecah rekod pembelian kelab dalam bulan Januari lalu. Juan Mata, bekas pemain Chelsea yang juga pemenang World Cup 2010 bersama Spain menjadi pemain termahal dalam sejarah United dengan harga 37.1 Juta Pound. Rekod terdahulu di sini.



Chelsea juga berjaya membawa masuk bekas pemain Nemanja Matic dari Benfica (21 Juta Pound) dan Mohamed Salah dari FC Basel (11 Juta Pound) manakala Kurt Zouma (12.5 Juta Pound) dipinjamkan semula kepada kelab asalnya.



Arsenal gagal dalam percubaan mereka membeli 'Van Persie Junior' Julian Draxler dari Schalke 04 tetapi menggantikannya dengan Kim Kallstrom secara pinjaman dari Spartak Moscow. Kecederaan Aaron Ramsey dan Theo Walcott memaksa Arsene Wenger mencari pemain tengah baru.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Manchester United Pecah Rekod Untuk Bawa Juan Mata Dari Chelsea ?

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PENYELAMAT MUSIM?



Adakah perpindahan Juan Mata ke Manchester United akan menjadi realiti? Sumber dari England mengatakan United dan Chelsea telah bersetuju untuk membawa Mata ke Old Trafford dengan harga 37 Juta Euro. Jika ini berlaku maka United akan memecah rekod baru perpindahan pemain yang sebelum ini dipegang Dimitar Berbatov pada harga 30.7 Juta Euro.



Mata merupakan tonggak utama Chelsea yang memenangi UEFA Champions League 2011/2012 dan Europa League 2012/2013. Tetapi sejak kehadiran Mourinho, kelibat Mata semakin jarang kelihatan dalam kesebelasan utama. Mourinho lebih gemar menurunkan Hazard, Oscar dan Ramires di belakang penyerang.



Chelsea pada mulanya mengharapkan pertukaran pemain dengan Rooney menyertai mereka di Stamford Bridge tetapi mungkin agak sukar kerana perpindahan musim sejuk biasanya tidak berkesan melainkan keadaan memaksa.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

TOP 10 : Perpindahan Pemain Termahal Dunia Terkini 2013 | Gareth Bale Catat Rekod Baru

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BALE PECAH REKOD DUNIA!


siapa pemain paling mahal dunia terkini, harga perpindahan gareth bale ke real madrid, senarai pemain termahal dunia 2013,rekod pemain paling mahal dunia 2013



Rekod baru perpindahan pemain bola sepak bakal dicatat pemain sayap paling hangat ketika ini. Tottenham Hotspur mungkin terpaksa melepaskan Gareth Bale ke Real Madrid dengan yuran perpindahan paling mahal 85 Juta Pound (99 Juta Euro). Sebelum ini bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo memegang takhta selama 4 tahun dengan yuran 80 Juta Pound.



Nampaknya senario perpindahan dengan harga tak masuk akal ni semakin menjadi-jadi. Ramai yang mempersoalkan adakah Gareth Bale lebih hebat dari Ronaldo hingga memaksa Real Madrid menghabiskan wang yang banyak untuk seorang pemain sayap. Tambahan pula mereka sudah memiliki pemain seperti Di Maria, Ozil, Ronaldo dan Isco yang boleh bermain di posisi yang sama.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Top 10 - Perpindahan Pemain Termahal Bola Sepak Dunia | Hari Wilayah 2011

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , ,

Arghh...Entri sukan lagi?? Ada dah org mula komen. Lately ni banyak sangat post sukan..Sori sebab mood aku pasal sport je sekarang ni..Even aku tensen pasal keje last week. Aku masih menapis ayat-ayat takut ade yg terasa nanti. Pe kes lak entri kali?? Torres dah pindah ke Chelsea!! (Harga rujuk kat bawah sket).. Aku kesah ni pehal. Memang aku risau la. Sebab aku support team musuh dorang. Aku tau apa Torres boleh lakukan bila dia ada kat Chelsea.



pemain bola sepak termahal dunia,top 10 pemain termahal dunia,perpindahan pemain termahal dunia,senarai pemain termahal dunia,harga pemain termahal dunia bola sepak,ranking perpindahan termahal dunia bola sepak,terres ke chelsea harga,ronal ke real madrid harga,caroll ke liverpool harga
Kredit : Google

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/