Home » , , , , , , , , , , , » Senarai Pemain Manchester United Musim 2014/2015 | Nombor Jersi Terkini

Senarai Pemain Manchester United Musim 2014/2015 | Nombor Jersi Terkini

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MILIK SIAPAKAH JERSI NO.7 & 11 UNITED?



Senarai Pemain Manchester United Musim 2015/2016 [Klik]

Musim EPL 2014/2015 akan bermula bulan depan. Sudah pasti ramai peminat kelab mahu melupakan pencapaian buruk musim lepas. United sekadar mampu menamatkan saingan liga di tempat ke-7 dan terlepas slot kejohanan Eropah. Itulah cabaran yang harus dipikul oleh pengganti Sir Alex Ferguson. Meneruskan legasi yang telah dibina selama lebih 27 tahun bukanlah satu perkara yang mudah.



Mungkin pemilihan David Moyes dianggap satu keputusan yang berani. Walaupun rekod beliau bersama Everton memang tidak boleh disangkal, status kelab Manchester United jauh berbeza. Moyes bukan seorang pengurus yang bersaing untuk kejuaraan. Beliau hanya berpengalaman menaikkan kelab pertengahan untuk mencabar kelab-kelab elit.



Malang nasib beliau yang dipecat hanya selepas 10 bulan mengendalikan skuad United. Pencapaian terbaik beliau melayakkan United ke suku akhir UEFA Champions League sebelum tewas kepada Bayern Munich. Beliau juga berjaya membawa masuk Juan Mata dari Chelsea untuk membantu bahagian serangan. Pembelian itu memecahkan rekod pemain termahal yang pernah dibeli United.



Musim 2014/2015 United melantik Louis Van Gaal selaku pengurus baru yang dijangka mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan United. Rekod beliau di Ajax, Barcelona, Bayern Munich dan pasukan Belanda di Piala Dunia 2014 sudah cukup membuktikan beliau antara calon yang paling layak menggantikan Sir Alex Ferguson.



Ander Herrera


Antara pemain baru yang di bawa masuk setakat ini ialah Luke Shaw (Southampton) dan Ander Herrera (Atletico Bilbao). Luke Shaw merupakan pemain muda England yang bermain di bek kiri dan begitu cemerlang di kelab lama beliau. Herrera pula sudah lama dipancing United di waktu era SAF namun mungkin ketika itu beliau masih muda dan mahu terus kekal di kelab lama bagi tujuan pembangunan karier.



Mereka akan berlepas ke USA untuk sesi pemanas badan pra musim. Louis Van Gaal akan melakukan pemerhatian terperinci untuk mengenal pasti pemain baru yang boleh dibawa masuk untuk mengukuhkan posisi tertentu.


Luke Shaw


Persoalannya siapakah pemain yang bertuah yang akan menyarung jersi keramat nombor 7 dan 11 nanti? Persaraan Giggsy sebagai pemain profesional mengosongkan jersi yang telah dipakai beliau selama lebih 22 tahun. Kini beliau akan berkhidmat selaku penolong pengurus kepada Louis Van Gaal.



Senarai Pemain Manchester United 2014 / 2015 & Nombor Jersi

1. David de Gea (GK); 
2. Rafael; 
3. Luke Shaw;
4. Phil Jones;
5. Marcos Rojo;
6. Jonny Evans;
7. Angel Di Maria; 
8. Juan Mata;
9. Radamel Falcao; 
10. Wayne Rooney;
11. Adnan Januzaj; 
12. Chris Smalling; 
13. Anders Lindegaard (GK); 
14. Chicharito; Loan
16. Michael Carrick; 
17. Daley Blind; 
18. Ashley Young; 
20. Robin Van Persie; 
21. Ander Herrera;
22. Nick Powell;  Loan
23. Tom Cleverley; Loan
24. Darren Fletcher; 
25. Antonio Valencia; 
28. Anderson;  
29. Wilfried Zaha; Loan
30. Guillermo Varela; Loan
31. Marouane Fellaini;
32. Victor Valdes;
35. Jesse Lingard; 
36. Vermijl;
37. Janko;
38. Michael Keane; Loan
39. Thorpe;
40. Ben Amos (GK);
41. James;
42. Blackett;
45. Petrucci;
46. Rothwell;
47.  James Wilson ;
48. W.Keane; 
50. Sam Johnstone (GK).


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

3 Responses to " Senarai Pemain Manchester United Musim 2014/2015 | Nombor Jersi Terkini "

  1. Ari Hermansyah Says:

    Glory Glory Man United !
    Obat Herbal Infeksi Paru Paru

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. Miss SY Says:

    11: ADNAN JANUZAJ, bukan ADAM
    14, 19, 22, 23, 26, 29: Dah tak ada
    38: MICHAEL

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  3. Que Haidar Says:

    @Miss SYOk tq. Da betul kan. Sori x update ;)

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets