Showing posts with label nombor. Show all posts

 

Senarai Pemain Manchester United Musim 2015/2016 | Nombor Jersi Terkini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

GANDINGAN TENGAH TERHEBAT?




Musim EPL 2015/2016 akan bermula bulan depan. Sudah pasti ramai peminat Manchester United tidak sabar untuk melihat gandingan pemain baru yang dibeli. United sekadar mampu menamatkan saingan liga di tempat ke-4 dan layak bermain dalam play-off UEFA Champions League 2015/2016.



Louis Van Gaal dilihat mempunyai pengaruh yang sangat kuat untuk membawa nama besar ke Old Trafford. Status beliau selaku antara pengurus terbaik dunia berjaya menarik minat pemain seperti Memphis Depay, Matteo Darmian, Morgan Schneiderlin, Bastian Schweinsteiger dan Sergio Romero menyarung jersi United. Bermula 1 Ogos 2015 kontrak bersama Adidas akan menggantikan Nike. Sama-sama kita nantikan bagaimana rupa jersi baru tersebut.



Jika ada pemain baru yang masuk mesti akan ada yang keluar untuk mengimbangi kewangan kelab. Antara pemain utama yang telah berhijrah ke kelab lain ialah Nani (Fenerbahce), Robin Van Persie (Fenerbahce) dan Tom Cleverley (Everton). Radamel Falcao yang tamat tempoh pinjaman kini berada di Chelsea. Angel Di Maria juga bakal meninggalkan kelab jika PSG menyelesaikan yuran perpindahan dalam masa terdekat.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United Musim 2014/2015 | Nombor Jersi Terkini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MILIK SIAPAKAH JERSI NO.7 & 11 UNITED?



Senarai Pemain Manchester United Musim 2015/2016 [Klik]

Musim EPL 2014/2015 akan bermula bulan depan. Sudah pasti ramai peminat kelab mahu melupakan pencapaian buruk musim lepas. United sekadar mampu menamatkan saingan liga di tempat ke-7 dan terlepas slot kejohanan Eropah. Itulah cabaran yang harus dipikul oleh pengganti Sir Alex Ferguson. Meneruskan legasi yang telah dibina selama lebih 27 tahun bukanlah satu perkara yang mudah.



Mungkin pemilihan David Moyes dianggap satu keputusan yang berani. Walaupun rekod beliau bersama Everton memang tidak boleh disangkal, status kelab Manchester United jauh berbeza. Moyes bukan seorang pengurus yang bersaing untuk kejuaraan. Beliau hanya berpengalaman menaikkan kelab pertengahan untuk mencabar kelab-kelab elit.



Malang nasib beliau yang dipecat hanya selepas 10 bulan mengendalikan skuad United. Pencapaian terbaik beliau melayakkan United ke suku akhir UEFA Champions League sebelum tewas kepada Bayern Munich. Beliau juga berjaya membawa masuk Juan Mata dari Chelsea untuk membantu bahagian serangan. Pembelian itu memecahkan rekod pemain termahal yang pernah dibeli United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United Musim 2013/2014 | Nombor Jersi Terkini

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

MILIK SIAPAKAH JERSI NO.7 UNITED?


GAMBAR JERSI BARU MAN UTD 2013 2014, MERAH, SENARAI NOMBOR PEMAIN MANCHESTER UNITED



Musim EPL 2013/2014 baru sahaja bermula hujung minggu lepas. Manchester United melakarkan kemenangan manis 4-1 ke atas Swansea di Stadium Liberty. Untuk pengetahuan semua, United hanya mampu seri di tempat sama musim lalu yang merupakan kubu kuat anak buah Michael Laudrup. Jangan lupa mereka juga Juara Piala Capital One 2012/2013 (dulu dikenali dengan nama League Cup).


Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah pemain baru yang dibeli United. Jawapannya hanya seorang setakat ini iaitu Guillermo Varela (Uruguay). Wildfired Zaha (England) pula pemain yang telah dibeli pada awal Januari 2013 namun dipinjamkan semula ke kelab lama beliau Crystal Palace yang berusaha untuk naik ke EPL pada waktu itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/