Home » , , , , , , , » [Gempar] Manchester United Beli Jelmaan 'Thierry Henry'

[Gempar] Manchester United Beli Jelmaan 'Thierry Henry'

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

ANTHONY MARTIAL SAH MILIK UNITED



Louis Van Gaal sekali lagi mengejutkan ramai orang ketika tempoh perpindahan menghampiri ke penghujungnya. Penyerang remaja berusia 19 tahun yang kurang dikenali dibeli pada harga 36 Juta Pound (rekod paling mahal untuk pemain remaja) menjadi pemain ke-6 yang dibawa masuk musim ini ke Old Trafford. Musim lalu, kita dikejutkan dengan kehadiran Radamel Falcao yang dipinjam dari AS Monaco juga pada saat-saat akhir.



Adakah pertaruhan ini akan membuahkan hasil? Kekalahan pertama di tangan Swansea memberi amaran jelas kepada Louis Van Gaal bahawa Manchester United memerlukan seorang penyerang prolifik bagi meringankan beban kapten, Wayne Rooney. Sebelum ini mereka dikaitkan dengan nama besar seperti Zlatan, Muller, Edinson Cavani, Pedro, Bale dan Neymar. Namun komitmen bersama kelab masing-masing menghalang perpindahan tersebut.



Rekod Anthony Martial di peringkat kelab masih kurang menyerlah. Apa yang pasti, pemain muda ini mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu menghasilkan sesuatu di luar jangkaan. Cuma halangan utama beliau ketika ini adalah untuk menyesuaikan diri di kelab besar dengan yuran perpindahan yang sangat tinggi.



Pengalaman Robin Van Persie dan Javier Hernandez akan dirasai selepas ini. Diharapkan Anthony Martial mampu memikul tugas berat bagi mendapatkan gol-gol penting untuk United musim ini.


Rekod Anthony Martial bersama AS Monaco

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Gempar] Manchester United Beli Jelmaan 'Thierry Henry' "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets