Manchester United Pecah Rekod Untuk Bawa Juan Mata Dari Chelsea ?
Penulis: Que | Kategori: bola , chelsea , EPL , juan mata , manchester united , pemain , perpindahan pemain , rekod , statistik , sukan
PENYELAMAT MUSIM?
Adakah perpindahan Juan Mata ke Manchester United akan menjadi realiti? Sumber dari England mengatakan United dan Chelsea telah bersetuju untuk membawa Mata ke Old Trafford dengan harga 37 Juta Euro. Jika ini berlaku maka United akan memecah rekod baru perpindahan pemain yang sebelum ini dipegang Dimitar Berbatov pada harga 30.7 Juta Euro.
Mata merupakan tonggak utama Chelsea yang memenangi UEFA Champions League 2011/2012 dan Europa League 2012/2013. Tetapi sejak kehadiran Mourinho, kelibat Mata semakin jarang kelihatan dalam kesebelasan utama. Mourinho lebih gemar menurunkan Hazard, Oscar dan Ramires di belakang penyerang.
Chelsea pada mulanya mengharapkan pertukaran pemain dengan Rooney menyertai mereka di Stamford Bridge tetapi mungkin agak sukar kerana perpindahan musim sejuk biasanya tidak berkesan melainkan keadaan memaksa.
Ada beberapa faktor yang mungkin menyebabkan perpindahan ini boleh berlaku. Antaranya :
1. Prestasi skuad United yang tidak menentu
Sejak David Moyes mengambil alih pengurusan pasukan, Manchester United dilihat semakin tertekan dengan 7 kekalahan dalam liga dan 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal. Tidak cukup dengan itu mereka juga tersingkir dari Piala FA pada pusingan ke-3. Terbaru awal pagi tadi, United terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Final Piala Capital One apabila kalah dalam penentuan sepakan penalti menentang Sunderland.
Kehadiran Juan Mata mungkin dapat menyuntik semangat dan memberi sentuhan kreatif di bahagian serangan.
2. Peluang ke Piala Dunia 2014
Menjelang kempen Piala Dunia 2014 pada bulan Jun nanti, kesemua pemain kini sedang berusaha untuk menunjukkan prestasi terbaik mereka supaya dipilih oleh pengurus pasukan kebangsaan. Juan Mata hanya diturunkan 17 kali setakat ini dan kebanyakan dalam perlawanan Piala Capital One dan UEFA Champions League.
Kehadiran Schurlle dan William membataskan peluang Mata dan beliau perlu bermain dengan lebih kerap untuk mengekalkan prestasi sebelum Piala Dunia 2014.
3. Pemain kaki kiri yang serba boleh
United kini ketandusan pemain kaki kiri selepas ketiadaan Giggs. Adnan Januzaj antara pemain muda yang berbakat berjaya diketengahkan Moyes. Namun dalam perlawanan berprofil tinggi, United memerlukan seorang pemain yang boleh mengubah permainan dan bijak mencipta peluang untuk penyerang. Ashley Young, Valencia dan Nani tidak begitu konsisten. Kemahiran membuat keputusan akhir dalam kotak penalti masih lemah.
Mata boleh bermain dalam beberapa posisi sama ada kiri, tengah dan kanan. Ini memberi peluang kepada Rooney dan Van Persie untuk bergerak ke depan dan menunggu hantaran pemusnah dari Juan Mata. Mata juga mempunyai kelebihan mengambil sepakan percuma dan sudut.
4. Tiada lagi perlawanan dengan Chelsea musim ini.
Ini antara faktor sampingan yang boleh dipertimbangkan. Manchester United tidak akan menentang Chelsea dalam perlawanan liga sehinggalah musim depan. Kebarangkalian untuk bertemu Chelsea di perlawanan UEFA Champions League mungkin ada tetapi Mata tidak akan dapat beraksi kerana sudah didaftarkan bersama Chelsea sebelum ini.
Jadi Mourinho tahu United boleh membantu mereka menewaskan Arsenal dan Manchester City jika mereka melepaskan Mata sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk memenangi EPL.
Selamat Datang Ke Old Trafford
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
January 23, 2014 at 3:45 PM
Haiiiii..Cakkk!!
[Reply to comment]singgah sini jap..nak follow tapi mana butang follow nye yea.. heee
sudilah kiranya follow me yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang.blogspot.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
January 24, 2014 at 1:23 AM
kita tunggu dan lihat ajelah jawabnya ye..
[Reply to comment]