Home » , , , , , , , , , » Biodata Penuh Memphis Depay Pemain Baru Manchester United 2015

Biodata Penuh Memphis Depay Pemain Baru Manchester United 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

PERMATA BARU OLD TRAFFORD


Kelab PSG ketika itu sedang merancang perpindahan pemain muda Belanda ini ke Perancis. Mujur Louis Van Gaal pantas bertindak dengan mempengaruhi Depay untuk menandatangani perjanjian di Old Trafford bernilai 25 juta pound. Persoalannya di sini mengapa 2 kelab ini memburu Depay sebelum musim liga tamat? Apakah potensi pemain sebenar pemain ini?



Umum sudah mengetahui hubungan rapat antara Memphis Depay dan Louis Van Gaal. LVG bertanggungjawab membawa Depay ke Piala Dunia 2014 di Brazil kerana percaya bakat yang dimiliki beliau. Walaupun diletakkan selaku pemain simpanan, Depay berjaya membantu menjaringkan 2 gol penting ketika Belanda bertemu Australia dan Chile.



Apa yang menarik, kedua-dua gol itu dijaringkan ketika Depay bermain sebagai pemain gantian. Musim ini sahaja bersama PSV, Depay telah menjaringkan 28 gol dari 39 perlawanan menjadikan nisbah gol per perlawanan kepada 0.71 yang agak tinggi jika mengambil kira beliau bermain di posisi sayap.



Kelebihan utama Memphis Depay terletak pada teknik kawalan bola, larian pantas dan juga pakar dalam sepakan bola mati (dead ball). Penyudahnya yang berbisa bakal menjadi aset untuk kelab Manchester United pada musim hadapan. Ada yang mengatakan Memphis Depay bakal menjadi klon Cristiano Ronaldo di Old Trafford. Sama-sama kita tunggu.





Nama Penuh : Memphis Depay

Tanggal Lahir : 13 Februari 1994 (21 tahun)

Tempat Lahir :  Moordrecht, Belanda

Tinggi : 1.76 m

Posisi : Sayap Kiri

Kelab : PSV

No. Jersi : 7

Karier :  Belanda (15 penampilan / 2 gol)*
              PSV (89 penampilan / 39 gol)*

* Sah sehingga 13/5/2015



Skills dan gol Memphis Depay 



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Biodata Penuh Memphis Depay Pemain Baru Manchester United 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets