Home » , , , , , , , , , , , , , , , , » TOP 10 : Senarai Terkini Perpindahan Pemain Termahal Dunia 2014

TOP 10 : Senarai Terkini Perpindahan Pemain Termahal Dunia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , , ,

LUIS SUAREZ MASUK CARTA




Perpindahan Luis Suarez ke Barcelona yang bernilai 75 juta pound membolehkan beliau kini tersenarai dalam pemain termahal dunia. Musim lalu kita dikejutkan dengan rekod baru pembelian Gareth Bale (86 juta pound) oleh Real Madrid. Cristiano Ronaldo masih kekal di tempat kedua dengan 80 juta pound.



Seperti enggan mengaku kalah dengan musuh tradisi, Real Madrid tidak menunggu lama sebelum membida penjaring terbanyak Piala Dunia 2014 dan gol terbaik kejohanan dari Colombia - James Rodriguez. Monaco akhirnya terpaksa melepaskan pemain muda berbakat itu dengan yuran perpindahan 63 juta pound.



Kelab Real Madrid dan Barcelona masih lagi menguasai carta perpindahan pemain termahal dunia. Hanya Chelsea wakil tunggal kelab England yang mampu tersenarai semasa pembelian Fernando Torres yang berharga 50 juta pound. PSG melakukan 2 pembelian besar menerusi Edinson Cavani dan yang terbaru David Luiz manakala Monaco dengan Radamel Falcao.






Luis Suarez begitu cemerlang bersama Liverpool dalam musim 2013/14. Walaupun digantung 10 perlawanan dan tidak bermain 5 perlawanan awal musim, beliau masih mampu menjaringkan 31 gol dan menjadi penjaring terbanyak EPL. Dengan bantuan Suarez, Liverpool berjaya menamatkan saingan liga di tempat kedua.



Namun insiden gigit-menggigit berlarutan hingga ke Piala Dunia 2014. FIFA menggantung Suarez dari terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak selama 4 bulan sehingga penghujung Oktober 2014. Hanya selepas itu barulah kita semua dapat menyaksikan gandingan Suarez bersama Messi dan Neymar di Barcelona.



Antara anugerah yang dimenangi Suarez sepanjang musim 2013/14


  • Premier League Player of the season
  • PFA Player Of The Year 2013/14
  • FWA Footballer of the Year award 2014
  • FA Team of the Year
  • Golden Boot English Premier League 2013/14
  • Player of The Month - December & March





TERKINI : HARGA PERPINDAHAN PEMAIN TERMAHAL DUNIA 2014


No Pemain Harga Dari Ke





1 Gareth Bale £86M Tottenham Real Madrid
2 Cristiano Ronaldo £80M Manchester United Real Madrid
3 Luis Suarez £75M Liverpool Barcelona
4 James Rodriguez £63M Monaco Real Madrid
5 Angel Di Maria £60M Real Madrid Man Utd
6 Zlatan Ibrahimovic £59M Inter Milan Barcelona
7 Kaka £56M AC Milan Real Madrid
8 Edinson Cavani £55M Napoli PSG
9 Radamel Falcao £51M Atletico Madrid Monaco
10 Fernando Torres
David Luiz
£50M Liverpool 
Chelsea
Chelsea
PSG


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " TOP 10 : Senarai Terkini Perpindahan Pemain Termahal Dunia 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets