Home » , , , , , , , , , , , , , , , » [Video] Gol Barcelona Juara UEFA Champions League 2015

[Video] Gol Barcelona Juara UEFA Champions League 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

TREBLE JADI KENYATAAN



Barcelona menamatkan musim 2014/2015 dengan trofi UEFA Champions League menewaskan Juventus 3-1 dalam final awal pagi tadi. Ivan Rakitic, Suarez dan Neymar meletakkan nama mereka selaku penjaring gol Barcelona manakala gol saguhati Juventus dijaringkan Morata. Keputusan Luis Suarez meninggalkan Liverpool untuk beraksi di pentas tertinggi amat tepat.



Juventus terpaksa bermain tanpa tonggak utama di bahagian pertahanan apabila Chiellini mengalami kecederaan sewaktu latihan sebelum perlawanan penting itu. Barcelona membuka jaringan seawal minit ke-4 dan terus menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama. Juventus menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum Suarez kembali meletakkan Barcelona di depan pada minit ke-68.



Neymar melengkapkan kemenangan bergaya Bacelona pada masa kecederaan menerusi serangan balas pantas setelah pemain Juventus berada di atas untuk mencari gol penyamaan. Kejayaan ini juga amat bermakna kepada pemain lagenda Barcelona Xavi yang melakukan penampilan terakhir bersama pasukan.



Juventus terpaksa berpuas hati sebagai naib juara yang kali terakhir memenanginya pada tahun 1996. Mereka menamatkan musim selaku juara Serie A dan Coppa Italia. Barcelona meneruskan penguasaan mereka di pentas Eropah dengan 4 trofi dalam tempoh 10 tahun. Gandingan trio Messi, Neymar dan Suarez masih mampu meledak untuk tempoh 5 tahun akan datang.



Video gol-gol perlawanan Final Barcelona vs Juventus | Liga Juara-Juara Eropah



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Video] Gol Barcelona Juara UEFA Champions League 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets