NO COMMENTS
Miroslav Klose Dari Jerman Pemegang Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , FIFA , germany , klose , penjaring gol , piala dunia 2014 , rekod , senarai , sukan , worldcup
REKOD RONALDO LEBUR
Sumber : DailyMail |
Miroslav Klose akhirnya berjaya mencatatkan nama beliau selaku penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia ketika ini. Satu gol ketika membantu Jerman membelasah Brazil 7-1 awal pagi tadi sudah cukup untuk memintas jumlah rekod 15 gol yang dipegang Ronaldo (Brazil) sejak 2006.
Empat edisi Piala Dunia (2002, 2006, 2010, 2014) nyata memberi kelebihan kepada Klose. Di usia 36 tahun bisa Klose masih dirasai. Penyudahnya memberi 1 mata berharga untuk Jerman di peringkat kumpulan yang ketinggalan 1-2 ketika menentang Ghana. Gol itu merupakan gol ke-15 menyamai rekod Ronaldo.
Joachim Low bijak menggunakan khidmat penyerang veteran itu di saat genting dan perlawanan penting. 16 gol dalam 23 penampilan Piala Dunia mungkin sukar dicapai. Namun begitu, kelibat Thomas Muller harus diberi perhatian kerana diusia 24 tahun beliau sudah menjaringkan 10 gol di Piala Dunia. Secara logiknya masih ada 2 kempen Piala Dunia yang boleh disertai beliau.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq