Home » , , , , , , , , , , » Senarai Penjaring Gol Manchester United Musim 2014/2015

Senarai Penjaring Gol Manchester United Musim 2014/2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

UNITED KE-4 DALAM EPL



Bilangan jaringan gol mungkin tidak sepenting jumlah mata dalam liga. Tetapi ada ketikanya jumlah perbezaan gol bakal menentukan tempat pertama dan kedua bila mana kedua pasukan tersebut terikat pada mata yang sama. Musim ini United dilihat sering kali buntu apabila menguasai bola dan gagal mencipta peluang terbaik untuk penyerang menjaringkan gol.



Penjaring terbanyak United setakat 23 Mac 2015 adalah Wayne Rooney dengan 13 gol. Jumlah itu jauh ditinggalkan Diego Costa (19 gol), Harry Kane (29 gol), Sergio Aguero (23 gol) dan Oliver Giroud (17 gol) dalam semua pertandingan. Mungkin kerana keputusan Louis Van Gaal meletakkan Rooney di bahagian tengah tempoh hari menyekat peluangnya untuk menambah jaringan.



Robin Van Persie berada di tempat ke-2 dengan 10 gol. Berbeza ketika beliau menyertai Manchester United dalam musim pertama dengan 30 gol dalam 48 penampilan. Faktor-faktor seperti keletihan selepas Piala Dunia 2014, kecederaan dan kekerapan penukaran taktik mungkin memainkan peranan.



Apa yang boleh dibanggakan ialah hampir kesemua pemain baru yang dibawa masuk telah berjaya menjaringkan gol kecuali Luke Shaw dan Victor Valdes. Radamel Falcao, Angel Di Maria, Ander Herrera, Daley Blind dan Marcus Rojo menyumbangkan 16 gol di antara mereka. Dalam EPL, United berada di tempat keempat dari segi jumlah jaringan dengan 52 gol dalam 30 perlawanan di belakang Chelsea, Manchester City dan Arsenal. Secara purata hanya 1.733 gol dalam setiap perlawanan






Louis Van Gaal harus mengekalkan skuad sedia ada yang berjaya mempamerkan peningkatan dalam 2 perlawanan terakhir menentang Tottenham dan Liverpool. Formasi 4-3-3 dengan Ashley Young dan Juan Mata sebagai sayap lebih efektif jika dibandingkan ketika Angel Di Maria di posisi sama ketika kekalahan di tangan Arsenal. Penentuan menerusi perbezaan gol mungkin terpaksa digunakan jika melihat persaingan sengit untuk tempat ke-2 hingga ke-4.



Senarai Penjaring Gol Manchester United 2014/2015


14 - WAYNE ROONEY
10 - ROBIN VAN PERSIE
10 - JUAN MATA
7 - ANDER HERRERA
7 - MAROUANE FELLAINI
4 - RADAMEL FALCAO
4 - ANGEL DI MARIA
4 - CHRIS SMALLING
2 - DALEY BLIND
2 - GOL SENDIRI
2 - JAMES WILSON
2 - ASHLEY YOUNG
1 - MARCOS ROJO
1 - MICHAEL CARRICK



*Kemaskini sehingga 11/5/2015

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Senarai Penjaring Gol Manchester United Musim 2014/2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets