Analisis : Punca Kekalahan Malaysia Lawan Thailand di Final Piala AFF Suzuki 2014
Penulis: Que | Kategori: AFF SUZUKI , analisis , bola sepak , dollah salleh , final , formasi , harimau malaya , malaysia , penjaring gol , piala aff suzuki 2014 , separuh akhir , sukan , taktik , thailand
DOLLAH LAMBAT BERTINDAK
Misi gagal. Itu saja yang boleh diperkatakan selepas melihat persembahan pemain Harimau Malaya di Bangkok semalam. Sebelum perlawanan, kita sudah tetapkan misi 1 gol tempat lawan atau pun keputusan seri untuk dibawa ke Kuala Lumpur Sabtu ini. Kini Malaysia perlu berjuang bermati-matian untuk bergelar juara buat kali ke-2 Piala AFF Suzuki.
Segar dengan kemenangan ajaib di Hanoi tempoh hari, Dollah Salleh mengekalkan barisan yang sama. Permulaan yang baik ditunjukkan dan peluang awal menerusi tandukan Amri Yahyah sepatutnya menerjah jaring jika disasarkan ke kiri atau kanan penjaga gol. Thailand kemudian mengatur gerakan dengan hantaran pendek yang memeningkan pemain negara.
Kenapa kita gagal bermain seperti itu? Kawalan bola yang lemah dan hantaran tidak tepat hanya menguntungkan pasukan lawan. Mujurlah kita berjaya mengekang serangan Thailand dan penyudah mereka dalam separuh masa pertama tidak begitu tajam.
Beberapa faktor yang dikenal pasti sebagai punca kekalahan 0-2 kepada Thailand ialah:
Kecergasan Pemain
Selepas pulang dari Hanoi pada 12 Disember, pemain kita terbang semula ke Thailand beberapa hari kemudian untuk persiapan pusingan akhir pertama semalam. Mungkin faktor kecergasan dan keletihan dalam perjalanan memainkan peranan selepas 70 minit perlawanan. Berbeza dengan Thailand yang beraksi di laman sendiri ketika bertemu Filipina dan Malaysia.
Pertukaran Pemain
Peminat yang menonton sama ada di stadium, rumah atau kedai makan sudah mula gelisah apabila Thailand menguasai permainan di babak kedua. Dollah Salleh begitu lambat menyedari perkara ini. Apabila kita ketinggalan 1-0 pada minit ke-71, barulah ada pertukaran pemain dibuat. Nampaknya strategi Dollah memasukkan Safee dan Baddrol tidak menjadi dan kita bolos lagi selepas itu.
Kesilapan Pertahanan
Pemain kita nampak keletihan selepas permainan memasuki 60 minit. Bahagian tengah gagal menguasai bola dan kerap membiarkan Thailand menyerang balas dengan 5 pemain. Bila terlalu banyak bertahan, kesilapan akan berlaku. Itu yang terjadi kepada Fadhli Shas yang cuba menghalang pergerakan penyerang Thailand di dalam kotak penalti. Pengadil tiada pilihan selain memberikan sepakan penalti. Perkara ini hanya boleh dikurangkan dengan memasukkan seorang pemain defensive midfielder untuk mengukuhkan benteng pertahanan.
Taktikal Menyerang
Dollah terpaksa menggunakan khidmat Safee untuk memburu gol selepas ketinggalan. Ini memang kebiasaannya akan dilakukan oleh mana-mana jurulatih. Tetapi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki ada 2 pusingan dan lebih baik jika menjaringkan gol di tempat lawan. Walaupun kita bermula dengan 2 penyerang, kita gagal mengawal bola dengan baik. Taktik hantaran jauh sudah dibaca awal-awal oleh pasukan Thailand. Dollah sepatutnya memasukkan Gary Stevan yang masih cergas dan cuba memerangkap Thailand dengan counter attack. Kekalahan 1-0 lebih baik dari 2-0.
Kami menanti kebangkitan terakhir Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini. Sekurang-kurangnya kita perlu mencari 2 gol awal untuk meletakkan tekanan kepada Thailand. Awak! Jika bolos 1 kita perlu 4 gol. Jika bolos 2 kita perlu 5 gol.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
December 20, 2014 at 10:36 AM
Good Luck fOr Tonight Harimau Malaya ! Chaiyokk .
[Reply to comment]U all can do it