Home » , , , , , , , , » Gol Adnan Januzaj | Sunderland vs Manchester United 6 Oktober 2013

Gol Adnan Januzaj | Sunderland vs Manchester United 6 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

WONDERKID SELAMATKAN UNITED



Dalam perlawanan awal pagi tadi, United seolah-olah menempah kekalahan ketiga berturut-turut dalam EPL. Tiba-tiba saja pemain muda yang diberi kepercayaan untuk bermain kesebelasan utama, Adnan Januzaj meledak gol penyamaan pada minit ke- 55. Gol peribadi pertama beliau dalam skuad senior Manchester United.



Nampak gayanya pertaruhan David Moyes untuk meletakkan Adnan menjadi. Bukan mudah untuk seorang pemain muda bermain dalam tekanan tinggi di tempat lawan. Tetapi Adnan membuktikan kenapa Kagawa tiada dalam kesebelasan utama. Berasal dari Belgium, Adnan (18 tahun) melakar sejarah dengan menambah gol kedua untuk United melengkapkan kebangkitan 2-1.



Permulaan United sedikit goyah apabila kesilapan pertahanan menghadiahkan Sunderland gol pertama menerusi Gardner seawal minit ke-5. Bagaimanapun keadaan mungkin akan jadi lebih sukar jika tidak kerana De Gea menepis tandukan Giaccherini (minit 34'). World class save!


Serangan United juga nampak tumpul pada separuh masa pertama. Tiada cubaan berbahaya ke arah pintu gol Sunderland. Rooney dan Van Persie gagal melepasi pertahanan kental tuan rumah yang diketuai bekas pemain Manchester United, John O'Shea.



Tahniah David Moyes dan Adnan Januzaj! Sekurang-kurang United mula mengutip 3 mata penting sebelum berehat untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014.



Gol Adnan Januzaj | Manchester United vs Sunderland | 6 Oktober 2013




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Gol Adnan Januzaj | Sunderland vs Manchester United 6 Oktober 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets