Analisis : Thailand Juara Bola Sepak Sukan SEA 2013 | Harimau Muda Kecewa
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , formasi , harimau muda , malaysia , ong kim swee , sukan , Sukan SEA , taktik
ALASAN TAK LOGIK?
Tahniah diucapkan kepada pasukan remaja Thailand kerana kembali menguasai bola sepak Sukan SEA setelah kali terakhir menang pada tahun 2007. Penguasaan Harimau Muda di pentas Asia Tenggara hanya bertahan selama 2 edisi bermula 2009 hingga 2011. Kenapa kali ini persembahan mereka nampak lesu dan tidak bermaya?
Kita gagal membawa pulang sebarang warna pingat pada tahun ini. Kecoh di dada akhbar mempersoalkan jumlah pelaburan RM 10 juta yang tidak menampakkan hasil. Bukan kata nak cipta hatrik pingat emas, gangsa pun tak dapat!. Itu kata media dan peminat tempatan.
Aku sebagai pemerhati bola sepak melihat perkara atau isu ini dari sudut positif. Kita masih mempunyai masa depan yang cerah jika pendedahan seperti ini diteruskan. Namun peminat sekalian harus realistik kerana kegagalan ini semua ada sebab yang tidak dapat dinafikan.
Dua faktor utama yang mereka perlu teliti ialah kehilangan 8 tonggak utama pasukan Harimau Muda yang merencatkan strategi Datuk Ong Kim Swee dan juga susunan jadual yang agak padat semasa temasya berlangsung.
Persiapan mana-mana pasukan pastinya akan terjejas jika tiada pemain berkualiti seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Nik Shahrul Azim Ab Halim, Amer Saidin serta pemain berdarah campuran Sweden, Junior Eldstal.
Selain itu mungkin kesilapan kecil taktikal Datuk Ong Kim Swee boleh dipertikaikan seolah-olah ada anak emas baru dalam jagaan beliau.
Kecederaan
Kita imbau kembali sewaktu Pesta Bola Merdeka 2013 tempoh hari. Bila skuad Singapura B23 hadir tanpa beberapa tonggak utama mereka. Kepincangan itu jelas hingga mereka akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ke-4. Tetapi lain pula prestasi mereka di Sukan SEA Myanmar sehingga mampu menyaingi kekuatan pasukan Thailand di separuh akhir.
Ada juga yang mempersoalkan bukan pemain yang cedera itu sahaja yang berlatih di luar negara. Betullah, tapi adakah mereka boleh pastikan kekuatan dan kualiti pemain simpanan setaraf atau lebih baik dari pemain utama? Jadi keyboard warrior boleh lah.
Ambil contoh mudah dalam EPL. Pasukan Southampton satu ketika berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 teratas tetapi bila beberapa pemain pertahanan mereka cedera diikuti beberapa siri keputusan yang tidak memuaskan menyaksikan mereka kini berapa di tempat ke-9. Kita boleh latih pemain kita tetapi akan ada pemain yang lebih menonjol dari pemain lain. Mungkin selepas ini pelaburan itu dimasukkan juga silibus Sains Sukan kepada para pemain supaya mereka mampu mengurangkan kecederaan yang serius.
Ambil contoh mudah dalam EPL. Pasukan Southampton satu ketika berjaya menempatkan diri dalam kelompok 4 teratas tetapi bila beberapa pemain pertahanan mereka cedera diikuti beberapa siri keputusan yang tidak memuaskan menyaksikan mereka kini berapa di tempat ke-9. Kita boleh latih pemain kita tetapi akan ada pemain yang lebih menonjol dari pemain lain. Mungkin selepas ini pelaburan itu dimasukkan juga silibus Sains Sukan kepada para pemain supaya mereka mampu mengurangkan kecederaan yang serius.
Susunan jadual oleh pihak penganjur yang boleh dipersoalkan |
Susunan jadual
Aku pasti korang pun perasan taktik kotor Myanmar dalam Sukan SEA 2013 ni. Mereka sengaja menyusun jadual perlawanan melibatkan pasukan Harimau Muda pada jam 4.00 pm waktu tempatan. Untuk sebuah pasukan yang tidak mempunyai kekuatan sebenar beraksi di bawah cuaca panas terik dalam 6 perlawanan, 12 hari sangat memenatkan. Bila penat fokus akan terganggu. Kita dapat lihat kesannya bila Singapura mendapat 2 gol mudah dalam masa 2 minit ketika perlawanan penentuan tempat ke-3/4.
Taktik kotor Myanmar tidak berhenti di situ. Aku belum pernah tengok perlawanan terakhir kumpulan dalam mana-mana kejohanan diadakan pada masa yang berlainan (rujuk gambar di atas). Biasanya jadual perlu ditetapkan pada waktu yang sama bagi mengelakkan ada pasukan yang mengatur perlawanan. Tetapi malangnya perancangan itu gagal bila mereka tewas kepada Indonesia dalam perlawanan terakhir kumpulan.
Nak dijadikan cerita kelebihan Myanmar itu kini bertukar tangan kepada Indonesia pula. Mereka ada 2 hari waktu rehat sebelum perlawanan separuh akhir yang juga diadakan pada jam 4.00 pm waktu tempatan. Malaysia pula hanya ada 1 hari rehat selepas berhempas pulas untuk menang dengan Vietnam. Hanya pemain sahaja yang merasai keletihan itu. Difahamkan Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas dan Shahrul Saad terpaksa beraksi penuh dalam kesemua 480 minit masa permainan. Korang fikirlah sendiri.
Formasi 4-4-2 vs 4-5-1 |
Taktikal Ong Kim Swee
Aku pun nampak kekurangan taktikal 4-4-2 yang digemari Datuk Ong Kim Swee. Kita tiada penyerang yang betul-betul konsisten ketika ini. Jadi tiada sebab kita perlu menurunkan dua penyerang di awal permainan lebih-lebih lagi menentang pasukan yang gemar melakukan counter attack. Bila itu berlaku, bahagian tengah kita akan dipaksa bekerja keras kerana kita kerap kali kehilangan bola.
Secara teorinya, formasi 4-4-2 banyak menggunakan bahagian sayap. Jika tiada lorongan bola yang tepat kepada penyerang selagi itu kita akan gagal menjaringkan gol. Bila Nazmi Faiz dimasukkan baru kita dapat lihat penguasaan bola yang lebih tenang dan peluang lebih banyak dihasilkan. Ingat! Dalam bola sepak, midfield adalah enjin yang menggerak sesebuah pasukan. Tiada salahnya kita bermula dengan formasi 4-5-1 dan bertahan dari dibolosi gol awal. Kemudian kita lakukan counter attack seperti minit terakhir perlawanan menentang Vietnam.
Keputusan penuh bola sepak Sukan SEA 2013
Pingat emas : Thailand
Pingat perak : Indonesia
Pingat gangsa : Singapura
Tempat ke-4 : Malaysia
Mungkin ada yang setuju, ada yang tak setuju dengan pendapat aku ni. Bukan nak bagi alasan tapi inilah realiti yang peminat perlu pertimbangkan sebelum menyalahkan jurulatih atau pemain Harimau Muda. Aku bangga dengan komitmen yang mereka tunjukkan sehingga ke wisel penamat. Jika kita kecewa mereka lebih kecewa daripada kita. Teruskan menyokong pasukan Harimau Muda di Sukan Sea 2015 nanti!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
December 24, 2013 at 12:48 PM
analisa yang baik...
[Reply to comment]January 3, 2014 at 1:50 PM
yeah..u're right.i think sometime we need 2 b professional...keep it up
[Reply to comment]