Peluang Malaysia Untuk Layak Ke Piala Asia 2015 | Analisis Kumpulan D
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , FAM , harimau malaya , kedudukan terkini , kelayakan piala asia , malaysia , rajagobal , sukan
Analisis #KelayakanPialaAsia2015
Dua hari lepas seluruh peminat bola sepak tempatan bercakap mengenai peluang Malaysia ke Piala Asia 2015. Masihkah ada harapan untuk kita ke Australia? Sebelum aku meneruskan analisis selanjutnya, rasa belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pemain Malaysia yang bekerja keras menentang Bahrain untuk mendapatkan satu mata yang sangat berharga ini.
Ada yang kata Malaysia sepatutnya boleh menang perlawanan itu. Memang ada benarnya kerana Bahrain dilihat kurang sengat dan kita beraksi di gelanggang sendiri. Jika kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa, mungkin kita ada peluang untuk dapatkan tiga (3) mata.
Malangnya, Bahrain terlebih dahulu mendapat gol dalam minit terakhir sebelum pengadil meniup wisel penamat separuh masa pertama. Kelalaian sebegini tidak sepatutnya berlaku. Tiada seorang pun pemain negara yang cuba menghalang sepakan deras pemain Bahrain, Abdulla Saleh dan akhirnya melihat saja bola menerjah gawang. 1-0 Bahrain mendahului.
Kedudukan Kumpulan D | Kelayakan Piala Asia 2015 |
Mujurlah dalam separuh masa kedua pemain Malaysia lebih bersemangat dan Bahrain mula nampak keletihan. Gol Mat Yo berpunca dari tendangan liar Safiq Rahim dan jatuh ke kakinya sebelum menukar arah dan melencongkan bola ke sudut kanan gawang Bahrain. Kita mengharapkan gol kedua tetapi akibat pertukaran pemain yang agak lewat, pasukan negara gagal mencipta peluang yang lebih baik. Malaysia 1-1 Bahrain.
Selepas 3 perlawanan Malaysia berada di tempat ke-3 di belakang Bahrain dan Qatar dengan 4 mata. Yaman pula akan jadi pengacau kepada 3 pasukan lain. Jadi bagaimana Malaysia boleh layak ke Piala Asia 2015?
Jadual baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 | Kumpulan D |
Situasi pertama : Layak secara automatik 2 tempat teratas kumpulan
Malaysia sebagai juara kumpulan D? Agak mustahil di situ kerana sama ada Bahrain atau Qatar dilihat mampu untuk mencabar kedudukan teratas kumpulan. Bagaimana Malaysia mampu untuk mencuri tempat ke-2? Jawapannya dengan cara mengutip lagi 6 mata (jumlah 10 mata). Dari perlawanan mana?
15 Nov '13 : Bahrain vs Malaysia - Kalah away memang dah dijangka tapi kalau dapat curi 1 mata lagi bagus
19 Nov '13 : Malaysia vs Qatar - Perlawanan wajib menang! Kita main di Stadium Shah Alam
5 Mac '14 : Yaman vs Malaysia - Juga wajib menang jika mahu layak secara automatik
Nota : Dengan syarat perlawanan terakhir Qatar vs Bahrain dimenangi Bahrain selaku juara kumpulan.
Kedudukan tempat ke-3 terbaik keseluruhan | Kelayakan Piala Asia 2015 |
Situasi kedua : Layak dengan kuota tempat ke-3 terbaik keseluruhan
15 Nov '13 : Bahrain vs Malaysia - Kalah away memang dah dijangka tapi kalau dapat curi 1 mata lagi bagus19 Nov '13 : Malaysia vs Qatar - Menang atau seri ! Kita main di Stadium Shah Alam5 Mac '14 : Yaman vs Malaysia - Ini wajib menang. Jika nasib baik masih boleh layak
Nota : 8 atau 9 mata rasanya cukup untuk layak dengan kuota tempat ke-3 terbaik keseluruhan. Pastikan jumlah perbezaan gol Malaysia paling tinggi antara 5 pasukan itu jika terikat pada mata yang sama.
Itu antara 2 situasi bagaimana Malaysia boleh layak ke Piala Asia 2015. Aku malas nak komen pasal pemilihan pemain sebab pada aku jurulatih memang dah lama kena tukar. Sekian..
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 9, 2013 at 2:05 PM
2 game terakhir wajib menang...lawan bahrain...mcam bro cakap, seripun dah cukup
[Reply to comment]harap2 dapat lepas kali ni..tp tukar ttp tukar...hehe
November 10, 2013 at 10:51 AM
@Hafiz Md yup. cukup2 la King Gobal tu