Analisis : Peluang Terakhir Malaysia di Piala AFF Suzuki 2014 | Harimau Malaya Tenat
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , dollah salleh , harimau malaya , kedudukan terkini , malaysia , piala aff suzuki 2014 , rekod , sukan
MENANG ATAU BUNGKUS
Kekalahan kepada pasukan Thailand Rabu lalu menjadikan laluan semakin berliku untuk skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2014. Walaupun mendahului 2 kali, namun kehilangan tumpuan di saat akhir memberikan kemenangan seterusnya melayakkan Thailand ke separuh akhir.
Malaysia tiada pilihan lain esok melainkan menang ke atas Singapura yang berjaya menewaskan Myanmar 4-2. Ketika Thailand dijangka menjadi juara kumpulan B, Malaysia mungkin akan bertemu dengan pasukan Filipina yang dibarisi ramai pemain Eropah yang diberi taraf kerakyatan. Indonesia menerima kekalahan besar 0-4 tempoh hari.
Secara keseluruhan, corak permainan Malaysia nampak ada peningkatan. Ketajaman penyudah Amri Yahyah wajar dipuji. Beliau hampir-hampir sahaja menambah gol kedua peribadi dengan percubaan jarak jauh yang sudah menewaskan penjaga gol Thailand namun terkena palang. Calon gol terbaik kejohanan.
Cuma kemasukan Indra menggantikan Kunanlan di awal babak kedua menimbulkan tanda tanya peminat. Kita perlukan pemain muda yang berstamina tinggi untuk bersaingan dengan pemain muda Thailand. Mungkin Dollah Salleh perlu lebih bijak membuat percaturan bagi mempertahankan kelebihan gol yang kita perolehi. Thailand menguasai bahagian tengah dalam perlawanan itu. Apa salahnya selepas gol Safiq kita keluarkan seorang penyerang dan masukkan pemain midfield seperti Baddrol atau Piya.
Malaysia perlu menang dengan Singapura dan berharap Thailand menang atau seri dengan Myanmar. Jika Myanmar juga menang keputusan akan ditentukan dengan melihat kepada perbezaan gol antara Malaysia dan Myanmar. Thailand sudah pasti mahu memastikan mereka menjadi juara kumpulan bagi mengelak pertemuan dengan Filipina.
Sokongan padu rakyat Malaysia amat diharapkan oleh para pemain kita. Lupakan sejenak masalah lalu. Kita bersatu untuk maruah dan nama Malaysia!

Kedudukan terkini Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 |
Malaysia perlu menang dengan Singapura dan berharap Thailand menang atau seri dengan Myanmar. Jika Myanmar juga menang keputusan akan ditentukan dengan melihat kepada perbezaan gol antara Malaysia dan Myanmar. Thailand sudah pasti mahu memastikan mereka menjadi juara kumpulan bagi mengelak pertemuan dengan Filipina.
Menang - Malaysia akan melonjak ke tangga ke-2 dengan 4 mata
Seri - Malaysia akan mendapat 2 mata dan gagal ke separuh akhir
Kalah - Bungkus dan pulang ke Malaysia
Sokongan padu rakyat Malaysia amat diharapkan oleh para pemain kita. Lupakan sejenak masalah lalu. Kita bersatu untuk maruah dan nama Malaysia!
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..