Home » , , , , , , , , , , » Analisis : Peluang Harimau Muda Layak Ke Pusingan Kalah Mati di Sukan Asia 2014

Analisis : Peluang Harimau Muda Layak Ke Pusingan Kalah Mati di Sukan Asia 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , ,

MENANG ATAU BUNGKUS


Jadual & Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2014 [Klik]

Semua pastinya sudah tahu Malaysia diundi dalam kumpulan sukar dalam kejohanan Sukan Asia 2014. Dua perlawanan sudah berlalu dan skuad Harimau Muda kini mengumpul 3 mata di kedudukan ketiga di belakang Korea Selatan (tuan rumah) dan Arab Saudi.



Mampukah kita mara ke pusingan kalah mati dan mencapai sasaran ke suku akhir? Jawapannya 'YA' dengan syarat kita menang dalam perlawanan penentuan dan terakhir menentang Arab Saudi. Hanya menang dan 3 mata mampu mengubah nasib Malaysia. Kekalahan besar 0-3 kepada Korea Selatan tempoh hari memberi kesan pada kedudukan kumpulan A.



Difahamkan sewaktu perlawanan pertama, pemain senior Aidil Zafuan tidak dapat beraksi kerana kecederaan. Dalam perlawanan kedua, Malaysia turun bersemangat dan mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Laos dengan bantuan kemasukan Gary Stevan Robbat pada 30 minit terakhir.



Arab Saudi bukan pasukan belasahan. Menurut Datuk Ong Kim Swee, mereka juga mempunyai barisan pemain yang hebat dan mampu melakukan gerakan berbahaya. Benteng pertahanan negara perlu lebih fokus agar tidak mudah dibolosi di awal permainan kerana mereka hanya perlu seri untuk mara.


Carta kedudukan Kumpulan A | Bola Sepak Lelaki


Melihat kepada kedudukan Kumpulan A, tuan rumah Korea Selatan hampir pasti bergelar juara kumpulan. Kini persaingan merebut satu lagi tempat ke pusingan kalah mati antara Arab Saudi dan Malaysia. Biarpun ramai jemaah kita sedang berkampung di negara mereka untuk menunaikan haji tapi itu tiada kaitan pun dengan bola sepak. Hanya doa yang mampu mereka kirimkan.



Perbezaan gol 'GD' Arab Saudi dengan +2 dan Malaysia dengan +1 memberikan kelebihan kepada pasukan Arab Saudi. Jika seri mereka akan mara dan Malaysia akan pulang hampa. Hanya episod kemenangan yang peminat mahukan dalam perlawanan terakhir kumpulan petang esok. Ayuh Malaysia!!

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Analisis : Peluang Harimau Muda Layak Ke Pusingan Kalah Mati di Sukan Asia 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets