Hanya satu kemenangan lagi Datuk K.Rajagobal | Kelayakan Piala Asia 2015
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , FAM , harimau malaya , kedudukan terkini , kelayakan piala asia , malaysia , rajagobal , sukan
TOLONGLAH KING GOBAL
Aku menulis bagi menyampaikan hasrat jutaan penyokong pasukan Harimau Malaya. Kami inginkan kemenangan malam ini! Ya, kita tiada pilihan lain selain dari tiga mata menentang jagoan Asia Barat, Qatar. Setelah menharungi empat perlawanan peringkat kumpulan D, Malaysia hanya mampu meraih 4 mata dan menghuni tangga ke-3.
Untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia, Malaysia perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 mata. Jadi dengan baki dua perlawanan (Qatar & Yaman) kita masih perlukan 4 mata. Kelebihan beraksi di laman sendiri malam ini harus dimanfaatkan sebaiknya oleh King Gobal dan barisan pemain kebangsaan. Kami para peminat tidak akan jemu menyokong kerana itu sahaja yang kami mampu.
Hasrat untuk melihat Tuan Presiden FAM letak jawatan agak mustahil buat masa ini. Bayangkan seorang artis popular turut mempertahankan beliau yang juga Sultan di negeri kelahirannya. Baca entri ini.
Kedudukan terkini kumpulan D | Kelayakan Piala Asia 2015
Kenapa 8 mata Malaysia boleh layak? Soalan yang bagus. Ini kerana kelayakan Piala Asia 2015 ada dua kuota yang berbeza. Paling mudah, jika Malaysia mendapat 2 tempat teratas kumpulan kita akan layak secara automatik. Tetapi! Masih ada satu lagi kuota tempat ke-3 terbaik keseluruhan jika nasib menyebelahi kita. Baca lagi entri dua cara Malaysia nak layak ke Piala Asia 2015 di sini.
Jika kita menang malam ini dan perlawanan terakhir dengan Yaman, Malaysia berpeluang layak ke Piala Asia 2015. Tolonglah King Gobal! Gunakan kebijaksanaan malam ini. Kami nak tengok Harimau Malaya beraksi cemerlang dan membuktikan kita setanding dengan negara Asia Barat.
Kedudukan terkini tempat ketiga terbaik keseluruhan | Kelayakan Piala Asia 2015
Disebabkan perlawanan menentang Yaman akan diadakan pada Mac 2014, mungkin pada masa itu King Gobal tidak lagi mengisi jawatan selaku ketua jurulatih Malaysia. Jadi sumbangan terakhir beliau malam ini sangat ditagih oleh peminat Harimau Malaya.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
November 19, 2013 at 10:45 AM
haizzzz... moga ada keajaiban.
[Reply to comment]November 19, 2013 at 10:54 AM
@Leeza Dayasariharap2 la
November 19, 2013 at 5:16 PM
Oo. ada peluang lg.. Mmg kena all out malam ni
[Reply to comment]November 19, 2013 at 6:59 PM
@WonderWeiss ye masih ada. rugi klau xguna peluang ni
November 20, 2013 at 4:47 PM
kalau menang baki perlawanan..confirm layak rasanya. hoho..
[Reply to comment]November 20, 2013 at 5:19 PM
@titan kalau menang dgn Qatar semalam mungkin r. Skrg kena mng dgn Yaman sambil mengharapkan pasukan Lebanon, Syria dan Iraq kalah