Showing posts with label stadium. Show all posts

 

Keputusan Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 23 Mei 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA VS SINGAPURA


Keputusan akhir : Kelantan 1-3 Lions XII

Kelantan bakal mendapat sokongan padu malam ini selaku wakil negara dalam perlawanan Final Piala FA 2015 menentang pasukan jemputan Lions XII. Biar apa pun terjadi yang pasti seluruh peminat bola sepak tempatan mahu Piala FA kekal di Malaysia setelah insiden panas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah minggu lalu.



Lions XII menempah tiket ke Final Piala FA buat pertama kali dengan kelebihan gol di tempat lawan walaupun keputusan berakhir 4-4 mengikut agregat. Kelantan menjadi pasukan pilihan untuk menang malam ini selepas menunjukkan peningkatan dalam beberapa siri perlawanan di bawah kendalian Azraai Khor.



Dari segi rekod, Kelantan pernah memenangi Piala FA 2 kali pada tahun 2012 dan 2013. Dibantu dengan sokongan penuh peminat tegar mereka yang dijangka memenuhkan ruang stadium dengan lautan merah putih , sudah pasti keriuhan ini bakal menimbulkan keresahan pemain-pemain lawan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 20 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

PERLAWANAN AKHIR 2



Berikut adalah harga jualan tiket online perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Thailand pada 20.12.2014.


Malaysia vs Thailand

Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur


Harga Tiket

Dewasa: RM50

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 14 Disember 2014 (Ahad) -  maksimum 4 tiket

Tiket boleh ditebus di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari Khamis (18 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Online Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki 7 Disember 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

SEPARUH AKHIR 1



Berikut adalah harga jualan tiket online separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia vs Vietnam pada 7.12.2014.


Malaysia vs Vietnam

Tarikh : 7 Disember 2014 (Ahad)

Masa: 8.00 malam

Tempat: Stadium Shah Alam


Harga Tiket

Dewasa: RM40

Kanak-kanak: RM10 (bawah 12 tahun)



Tiket online di www.tickethotline.com.my

Pembelian mulai 2 Disember 2014 (Selasa) jam 9 pagi (maksimum 4 tiket)

Tiket boleh ditebus di Stadium Melawati, Shah Alam bermula hari Jumaat (5 Disember 2014)

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Harga Tiket Badminton Terbuka Malaysia 2014 Maybank | Stadium Putra Bukit Jalil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

JOM PAKAT KE STADIUM

CARA NAK BELI TIKET ONLINE BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2014
Sumber

Menjelang cuti Hari Thaipusam pada 17 Januari 2014, para peminat badminton sekitar Lembah Klang bolehlah menonton secara langsung perlawanan Badminton Terbuka Maybank di Stadium Putra Bukit Jalil. Setakat pusingan kedua hari ini, Malaysia masih mempunyai 5 wakil termasuk Datuk Lee Chong Wei. Rujuk jadual lengkap di sini.



Jika menang perlawanan petang ini, Lee Chong Wei dijangka menentang Du Pengyu (China) dalam perlawanan suku akhir esok. Jika mara ke separuh akhir pada hari Sabtu, Datuk mungkin bertemu pemain Denmark, Jan O Jorgensen atau  Boonsak Ponsana dari Thailand.



Tiket-tiket boleh diperolehi di pintu masuk stadium atau secara online di Laman Web TicketPro. Harga bermula dari RM 20 - RM 65 seorang mengikut tempat duduk.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

HARGA TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013 TURUN SERENDAH RM 22 | EARLY BIRD ONLINE SAHAJA

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

HARGA TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013 | TICKETPRO


HARGA TIKET DISKAUN PERCUMA PESTA BOLA MERDEKA 2013, DI MANA NAK BELI TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013, BELI ONLINE TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013, TIKET PESTA BOLA MERDEKA 2013 MURAH



Setelah meneliti keluhan peminat, hasil perbincangan wakil FAM dan penganjur telah berjaya menemui jalan penyelesaian yang diharap menguntungkan semua pihak. Peminat bola sepak tempatan boleh mula membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan Pesta Bola Merdeka 2013 di laman web rasmi TicketPro Malaysia di www.ticketpro.com.my.



Majlis Pelancaran Kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013 baru sahaja berlangsung di Hotel Hyatt Kuantan. Ingin diingatkan di sini bahawa diskaun harga tiket hanya terbuka kepada pembeli awal sahaja (early bird). Semua pembelian early bird mesti dibuat sebelum atau pada 5 September 2013. Selepas itu harga akan kembali kepada asal. Harap maklum.


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/