Home » , , , , , , , , , , , , , » Keputusan Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 23 Mei 2015

Keputusan Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 23 Mei 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MALAYSIA VS SINGAPURA


Keputusan akhir : Kelantan 1-3 Lions XII

Kelantan bakal mendapat sokongan padu malam ini selaku wakil negara dalam perlawanan Final Piala FA 2015 menentang pasukan jemputan Lions XII. Biar apa pun terjadi yang pasti seluruh peminat bola sepak tempatan mahu Piala FA kekal di Malaysia setelah insiden panas di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah minggu lalu.



Lions XII menempah tiket ke Final Piala FA buat pertama kali dengan kelebihan gol di tempat lawan walaupun keputusan berakhir 4-4 mengikut agregat. Kelantan menjadi pasukan pilihan untuk menang malam ini selepas menunjukkan peningkatan dalam beberapa siri perlawanan di bawah kendalian Azraai Khor.



Dari segi rekod, Kelantan pernah memenangi Piala FA 2 kali pada tahun 2012 dan 2013. Dibantu dengan sokongan penuh peminat tegar mereka yang dijangka memenuhkan ruang stadium dengan lautan merah putih , sudah pasti keriuhan ini bakal menimbulkan keresahan pemain-pemain lawan.



Diharapkan tiada insiden buruk berlaku. Selamat menonton. Majulah sukan untuk negara!





Siaran Langsung Perlawanan  Kelantan vs Singapura | Perlawanan Akhir Piala FA 2015


Tarikh : 23 Mei 2015 (Sabtu)

Masa : 8.45 pm

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil

Penyiar Rasmi : TV3 & Radio Hot FM

LINK LIVE STREAMING

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Keputusan Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 23 Mei 2015 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets