Home » , , , , , , , , , , , » Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2013 Myanmar | Harimau Muda

Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2013 Myanmar | Harimau Muda

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , , , , , ,

MISI PERTAHAN EMAS SUKAN SEA


JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA SUKAN SEA 2013 MYANMAR

Updates : Senarai pemain Harimau Muda ke Sukan SEA [Klik]

Malaysia bakal menghadapi saingan sengit dari Vietnam dan Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2013 di Myanmar nanti. Selepas sesi undian yang dilakukan semalam, turut berada dalam kumpulan A ialah negara Laos, Brunei dan Filipina (belum pasti).



Skuad Harimau Muda boleh menarik nafas lega kerana mereka berjaya mengelak tuan rumah, Myanmar dan Thailand dalam peringkat kumpulan. Tetapi mereka harus berhati-hati dengan kejutan Laos dan Brunei. Biasanya dalam peringkat kumpulan dengan 5 pasukan ini, perbezaan jaringan mungkin menjadi penentu juara dan naib juara. Datuk OKS perlu memastikan mereka menang besar ke atas Laos dan Brunei di samping cuba menewaskan Vietnam dan Singapura.



Dalam kumpulan B, Thailand dan Myanmar dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mengisi slot 2 tempat teratas. Jika Malaysia berjaya ke separuh akhir, kita bakal berdepan dengan salah satu negara tersebut.



JADUAL PENUH PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKAN SEA 2013



JADUAL PERLAWANAN HARIMAU MUDA | SUKAN SEA 2013 MYANMAR

Updates : Jadual Penuh & Keputusan Sukan SEA 2013 waktu Malaysia [Klik]


10 DISEMBER 2013 - MALAYSIA B23 VS BRUNEI B23

13 DISEMBER 2013 - MALAYSIA B23 VS LAOS B23

15 DISEMBER 2013 - MALAYSIA B23 VS SINGAPURA B23

17 DISEMBER 2013 - MALAYSIA B23 VS VIETNAM B23

19 DISEMBER 2013 - PUSINGAN SEPARUH AKHIR

21 DISEMBER 2013 - TEMPAT 3/4 & FINAL



Nampaknya susunan jadual perlawanan boleh dikatakan memihak kepada Harimau Muda. Filipina masih belum pasti menghantar pasukan disebabkan polisi mereka yang hanya menghantar atlet yang mampu meraih emas dan perak sahaja.



Dua perlawanan awal dengan Brunei dan Laos membolehkan Datuk OKS mengatur strategi dan merehatkan pemain sebelum menentang Vietnam dan Singapura. Jika semua mengikut perancangan kita berpeluang untuk mencipta hatrick emas dalam acara bola sepak Sukan SEA 2013.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA 2013 Myanmar | Harimau Muda "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads Close
Barca vs Madrid
3.30 am, 17 April 2014

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup

Blogger Widgets