Peluang Terakhir Malaysia di Hanoi Vietnam | Piala AFF Suzuki 2014
Penulis: Que | Kategori: AFF SUZUKI , analisis , bola sepak , format , harimau malaya , malaysia , piala aff suzuki 2014 , sukan , vietnam
PERLU JARING 2 BOLOS 0
Harimau Malaya gemar memilih laluan sukar dalam merealisasikan impian peminat negara untuk layak ke final Piala AFF Suzuki 2014. Persembahan buruk di Shah Alam Ahad lalu menghampakan ribuan penonton yang sanggup memberikan sokongan padu kepada anak buah Dollah Salleh itu. Sudahlah tewas, kita bolos 2 gol yang mana akan memberi kelebihan besar buat Vietnam malam ini.
Dalam kejohanan yang mengambil kira gol di tempat lawan, Malaysia kurang bijak mengatur strategi untuk mengekang asakan pemain-pemain Vietnam. Dollah masih dengan pendiriannya dengan meletakkan 2 orang penyerang walaupun umum mengetahui Mat Yo dan Safee sudah lama tidak bermain di liga tempatan.
Malam ini misi Malaysia lebih sukar. Harapan kita pada Amri yang akan diturunkan semula selepas digantung 1 perlawanan. Hanya kemenangan 2-0, 3-2, 4-3 atau dengan margin 2 gol bakal menyelamatkan maruah negara. Mungkin ada yang mengatakan menang 1-0 sudah cukup. Tidak benar sama sekali kerana Vietnam sudah memiliki 2 gol di tempat lawan. Ayuh Malaysia. Buktikan anda masih mampu mengaum di rantau Asia Tenggara.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..