Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Liga Inggeris 2015/16 | 3rd Round Capital One Cup

Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Liga Inggeris 2015/16 | 3rd Round Capital One Cup

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

ARSENAL SEKALI LAGI DAPAT UNDIAN SUKAR



Undian yang berlangsung pagi tadi lebih terarah kepada pertembungan musuh setempat antara Arsenal dan Tottenham Hotspur. Benar kata orang, dalam pusingan kalah mati anda perlukan nasib untuk mengelak dari bertemua dengan pasukan kuat di pusingan awal selain mengharapkan perlawanan di laman sendiri.



Ini bermakna dalam pertandingan Piala Capital One 2015/2016 sama ada Arsenal atau Tottenham akan tersingkir lebih awal. Tottenham merupakan pasukan naib juara kejohanan musim lalu sebelum tewas kepada pasukan juara, Chelsea 0-2. Dalam undian lain, Manchester United yang diaibkan kelab bawahan dalam pusingan ke-2, MK Dons akan melayan kunjungan Ipswich Town di Old Trafford.



Chelsea akan bertandang ke Walsall dan Manchester City diundi menentang Sunderland dalam satu lagi pertemuan kelab EPL. Liverpool pula akan menanti kehadiran kelab bawahan Carlisle. Menjadi kebiasaan kepada kelab-kelab besar untuk menamakan skuad kedua dalam perlawanan Piala Liga Inggeris kerana komitmen yang lebih tinggi diperlukan dalam kejohanan Eropah.



Semua perlawanan akan berlangsung pada 23/24 September 2015 jam 2.45/3.00 pagi. Jadual Astro akan dikemaskini kemudian.



Keputusan undian Piala Liga Inggeris 2015/2016 | Round 3



2015-16 Capital One Cup: Jadual Undian Pusingan ke-3
HomeVS.Away
Middlesbroughvs.Wolverhampton Wanderers
Norwich Cityvs.West Brom
Hull Cityvs.Swansea City
Leicester Cityvs.West Ham United
Aston Villavs.Birmingham City
Tottenham Hotspurvs.Arsenal
Manchester Unitedvs.Ipswich Town
Liverpoolvs.Carlisle United
Crystal Palacevs.Charlton Athletic
Fulhamvs.Stoke City
Sunderlandvs.Manchester City
Newcastle Unitedvs.Sheffield Wednesday
Readingvs.Barnsley or Everton
Preston North Endvs.Bournemouth
Walsallvs.Chelsea
MK Donsvs.Southampton

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Perlawanan Pusingan Ke-3 Piala Liga Inggeris 2015/16 | 3rd Round Capital One Cup "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets