Home » , , , , , , , , » Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan | Juara Terbuka Malaysia 2011

Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan | Juara Terbuka Malaysia 2011

Penulis: Que Haidar | Kategori: , , , , , , , ,

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan jurulatihnya Misbun Sidek di atas kejayaan merangkul kejuaraan acara badminton perseorangan lelaki kali ke - 7 edisi Terbuka Malaysia sejak tahun 2004.  Walaupun mendapat tekanan hebat daripada seluruh rakyat Malaysia, sebagai wakil tunggal negara Datuk Lee Chong Wei bijak mengawal keadaan seterusnya memenangi pertemuan dengan juara dunia 2005, Taufik Hidayat dengan straight set 21-8, 21-17.


 Kredit : Berita Harian 

Set pertama menampakkan penguasaan penuh Chong Wei dan Taufik gagal menyaingi rentak permainan anak buah Misbun itu. Namun di set ke-2 pada suatu ketika seolah-olah pemain no 1 dunia itu akan menang mudah apabila mendahului 18-8. Namun kesilapan demi kesilapan mudah memberi ruang kepada Taufik Hidayat untuk mengutip 8 mata berturut-turut untuk merapatkan jurang kepada 18-16. Bagaikan tersedar dari lamunan, Chong Wei yang mendapat nasihat dari Misbun menamatkan set ke-2 dan sekaligus menggamatkan suasana Stadium Putra dengan sorakan penyokong badminton negara.




Dalam keputusan lain, China ternyata unggul dengan menyapu kesemua baki 4 perlawanan. Kita hanya mampu melihat peningkatan pemain-pemain dari China. Tatkala Lin Dan mampu untuk berehat daripada kejohanan kecil disebabkan lambakan pemain muda yang mampu menggalas cabaran negaranya, Chong Wei dilihat terpaksa bertungkus lumus untuk mengekalkan status pemain no 1 dunia. Strategi China mendedahkan pemain muda mereka di peringkat awal menjadi senjata utama mengapa China mempunyai pelapis berbakat besar dalam satu-satu kategori. Mungkin teknik latihan serta taktik analisis permainan musuh meletakkan mereka sebagai kuasa besar dunia badminton kala ini.


 Kredit : Bernama


Justeru, kemelut BAM dan Misbun perlu diselesaikan segera bagi mengembalikan zaman kegemilangan badminton negara. Misi merampas kembali Piala Thomas kini hampir 20 tahun tiada jawapannya.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

2 Responses to " Datuk Lee Chong Wei Tepati Ramalan | Juara Terbuka Malaysia 2011 "

  1. Ain Tralala Says:

    syabas buat beliau :)

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates
  2. SpaQue Says:

    ain : kredit 2 Misbun yg train die..hebat kn chong wei skrg

    Best Blogger Tips [Reply to comment] Best Blogger Templates

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Liverpool vs Man Utd
03.00 am, 18 Okt 2016

Watch LIVE Here

KL GANGSTER 2
Hot Movie in Town!! [Klik]

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets