Showing posts with label pre season. Show all posts

 

Jadual Pre Season Tour Manchester United 2016 / 2017 | Friendly Match

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TOUR 2016/17 | MANCHESTER UNITED



Skuad Manchester United bakal memulakan aksi pemanas badan bersama pengurus baru Jose Mourinho hari ini. Kegagalan menamatkan kedudukan liga dalam kelompok 4 teratas memaksa pengurusan tertingi kelab memecat Louis Van Gaal.



Jose Mourinho yang dikenali dengan karektor tegas dan angkuh dilihat layak memikul tugas berat membawa semula United ke tahap sebelumnya. Ketibaan pemain-pemain seperti Zlatan Ibrahimovic dan Henrikh Mkhitaryan serta Eric Bailly membuktikan kepercayaan mereka pada kewibawaan Mourinho.



Mampukah Mourinho mengembalikan zaman kegemilangan United? Kita nantikan perlawanan persahabatan ini untuk menilai sejauh mana kekuatan United untuk bersaing dengan kelab-kelab terkemuka dunia.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Siaran Langsung Manchester United vs Barcelona International Champions Cup 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

RAPATKAN JURANG


Keputusan akhir : Manchester United 3-1 Barcelona

Perlawanan pemanas badan Kejohanan International Champions Cup 2015 yang kini memasuki fasa pertengahan nampaknya semakin rancak. Esok pagi peminat kelab Manchester United dan Barcelona akan berpeluang menyaksikan perlawanan berprofil tinggi pra musim kali ini. Barcelona dengan kejayaan merangkul 'Treble' musim 2014/2015 bakal diuji oleh anak buah Louis Van Gaal yang meneruskan rombakan skuad United.



United sebelum ini telah merakamkan 2 kemenangan ke atas Club America (Mexico) 1-0 dan San Jose Earthquakes (USA) 3-1. Kesemua pemain baru telah mempamerkan aksi bersama skuad utama dengan Morgan Schneiderlin dan Memphis Depay masing-masing telah menjaringkan 1 gol. 



Berita terkini yang kami terima Bastian Schweinteiger tidak akan diturunkan pada aksi awal pagi esok kerana kecederaan manakala David De Gea yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid dijangka diturunkan buat kali pertama.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Siaran Langsung Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

WASPADA LIVERPOOL 

liverpool vs malaysia malam ini astro, malaysia lawan liverpool 2015 astro

Keputusan akhir : Liverpool 1-1 Malaysia XI

Liverpool harus berwaspada dengan taktik pasukan Malaysia malam ini jika mereka tidak mahu menerima kekalahan pertama dalam siri jelajah pra-musim 2015. Walaupun pasukan senior kebangsaan kerap kali dibelasah sebelum ini, kelab Inggeris itu tidak boleh memandang rendah kehebatan Harimau Malaya yang berbekalkan semangat Hari Raya dan bantuan 'Awang Imports'.



FAM juga bijak memilih lawan yang memberi impak besar kepada pembangunan bola sepak tanah air. Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka bakal dipenuhi dengan majoriti penyokong-penyokong Harimau Malaya dari seluruh negara. Perubahan ini menunjukkan petanda positif untuk sukan bola sepak Malaysia.



Semalam dalam perlawanan tertutup, Liverpool FC mengajar Felda United cara bermain bola sepak sebenar dengan keputusan 7-0. Penyerang terbaru mereka, Danny Ings mencatatkan hatrick pertama bersama Liverpool. Kali terakhir Liverpool datang ke Malaysia pada tahun 2011 dengan kemenangan 6-3 ke atas skuad Datuk K. Rajagobal ketika itu.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual dan Keputusan International Champions Cup 2015 | Manchester United

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED SIAP SEDIA

champions cup 2015 waktu malaysia




Manchester United merupakan salah satu kelab gergasi yang telah mengesahkan penyertaan dalam aksi pemanas badan International Champions Cup (ICC) 2015. Dalam edisi lepas, Manchester United dinobatkan selaku juara menewaskan musuh tradisi Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir. Kali ini format pertandingan di ubah kepada 3 bahagian lokasi.



10 kelab akan bermain di zon Amerika Utara, 3 kelab di China dan Australia dengan Real Madrid menyertai kejohanan di kedua-dua zon Asia. Manchester United, Chelsea, Barcelona dan PSG antara kelab yang menyertai zon Amerika Utara.



Manchester City, Real Madrid dan Roma akan bermain di Australia manakala Inter Milan, AC Milan dan Real Madrid sekali lagi bakal berentap di China. Perlawanan berprofil tinggi ini sangat berkesan untuk melihat sejauh mana persediaan setiap kelab sebelum bermulanya musim baru bola sepak bulan depan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Manchester United ke USA Tour Perlawanan Pra Musim 2015/2016

Penulis: Que | Kategori: , , , , ,

MUKA BARU BAKAL BERAKSI



Skuad Manchester United akan memulakan sesi latihan sempena perlawanan pra musim US Tour 2015 minggu ini. 4 muka baru Depay, Darmian, Schweinsteiger dan Schneiderlin sudah menyertai skuad dan bakal beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Club America pada 18 Julai nanti. Pengurus pasukan, Louis Van Gaal telah menamakan 26 pemain bagi menghadapi 4 perlawanan di International Champions Cup yang dimenangi United musim lalu.



Angel Di Maria dan Marcos Rojo yang terlibat dengan komitmen Copa America 2015 direhatkan sehingga skuad pulang ke England. Victor Valdes dan Rafael keduanya tidak dibawa bersama dan masih menjadi misteri. 



Manchester United akan menentang Club America (18 Julai), San Jose Earthquakes (22 Julai), Barcelona (26 Julai) dan Paris Saint German (30 Julai). Peminat United sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan kelibat Memphis Depay, Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin dalam barisan utama nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Senarai Pemain Pilihan Malaysia vs Liverpool 24 Julai 2015

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

GILIRAN LIVERPOOL UJI HARIMAU MALAYA


LIVE : Malaysia XI vs Liverpool FC 24.7.2015 [Klik]

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai pasukan pilihan Malaysia yang akan menentang kelab elit Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada 24 Julai 2015. Seperti sebelum ini ketika menentang Tottenham, 5 pemain import akan diturunkan untuk memperkuatkan barisan kebangsaan. Maklumlah pasukan negara baru saja dibelasah 0-6 oleh Palestin  tempoh hari.



Liverpool dalam siri jelajah Asia untuk perlawanan pemanas badan sebelum bermula kempen Liga Perdana Inggeris bulan depan. Malaysia merupakan destinasi terakhir sebelum mereka pulang ke England.



Peminat Liverpool di negara ini boleh mendapatkan tiket perlawanan di laman web ticketpro. Beberapa muka baru yang dibawa masuk turut sama menyertai siri jelajah itu nanti. Mampukah Malaysia dengan bantuan awang import mengekang asakan anak buah Brendan Rodgers??

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pre Season Tour Manchester United 2015 / 2016 | Friendly Match

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TOUR 2015 | MANCHESTER UNITED


Jadual International Champions Cup 2015 [Klik sini]

Setelah kejayaan memenangi trofi International Champions Cup 2014 di USA pra musim lalu, Manchester United sekali lagi akan mengadakan sesi pemanas badan di negara sama tahun ini. Antara kelab yang sudah bersetuju untuk menyertai kejohanan ini adalah, Club America (Mexico), San Jose (USA), Barcelona (Spain) dan PSG (France).



Louis Van Gaal masih berminat untuk menambah pemain baru yang mampu membawa Unied kembali menguasai Liga Perdana Inggeris musim depan. Nama-nama seperti Mats Hummels, Ilkay Gundogan, Edinson Cavani dan Gareth Bale disebut bakal menyarung jersi Manchester United. Apa pun kita perlu terus menunggu pengumuman rasmi dari pengurusan kelab.



United kini semakin mengukuhkan kedudukan di tempat empat teratas dan hanya memerlukan 2 kemenangan lagi untuk mengesahkan kelayakan ke UEFA Champions League musim depan. Jika mereka hanya mampu menduduki tangga ke-4, persiapan pra musim perlu diubah kerana komitmen pusingan kelayakan UCL pada awal bulan Ogos nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Live Streaming Manchester United vs Valencia | Persahabatan 13 Ogos 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

PRA MUSIM TERAKHIR


Keputusan akhir : Manchester United 2-1 Valencia

Sesi jelajah USA Tour menjadi kenangan manis untuk Louis van Gaal dan peminat United dengan kejayaan menumbangkan musuh tradisi, Liverpool 3-1 sekaligus merangkul trofi International Champions Cup 2014. Awal pagi esok sejarah bakal tercipta apabila secara rasminya pengurus baru itu akan melangkah masuk ke Old Trafford sebagai pengurus kelab Manchester United.



Mungkin Louis van Gaal pernah menjejak kaki sebelum ini ketika pasukannya Barcelona dan Bayern Munich menentang skuad Sir Alex Ferguson. Berdepan dengan puluhan ribu peminat United sudah tentu akan menjadi pengalaman baru untuk beliau.



Valencia menjadi pasukan terakhir untuk sesi pra musim 2014/15. Setakat ini Louis van Gaal berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dan menang semua perlawanan pra musim termasuk mengalahkan AS Roma dan Real Madrid.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Keputusan Manchester United vs Liverpool | Final International Champions Cup 5 Ogos 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

MASA UNTUK BALAS DENDAM


Keputusan Akhir : Manchester United 3-1 Liverpool


Perlawanan akhir International Champions Cup 2014 antara musuh tradisi Manchester United vs Liverpool memberi ruang kepada Louis Van Gaal merasai trofi pertama sebagai pengurus baru kelab itu. Musim lalu Liverpool menang dalam dua perlawanan liga manakala United pula menang dalam perlawanan Piala Capital One.



Liverpool bakal meneruskan perjuangan tanpa penyerang berbisa Luis Suarez yang hampir-hampir membawa Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris yang kali terakhir dimenanagi pada musim 1989/90. Suarez menjadi pemain ketiga termahal dunia dengan yuran perpindahan 75 million ke Barcelona.



Walaupun pertemuan ini sebahagian dari jadual pra musim, sudah tentu kedua pasukan mahu menang dan memberi kelebihan sebelum bermulanya Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos nanti. Mampukah Liverpool bersaing sekali lagi untuk takhta EPL? Adakah Louis Van Gaal orang yang paling layak menggantikan Sir Alex Ferguson? Sama-sama kita nantikan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs Real Madrid | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED PAMER KEHEBATAN SEBENAR



Kejayaan pasukan Manchester United membenam juara Eropah 10 kali Real Madrid membawa kepada pertembungan dengan musuh tradisi, Liverpool di final International Champions Cup 2014 esok pagi. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, status kelab Real Madrid tidak boleh disangkal lagi. United di bawah kendalian Louis Van Gaal kini berubah wajah.



Beberapa tonggak utama kedua-dua pasukan tidak beraksi kerana direhatkan selepas berakhirnya Piala Dunia 2014. Keputusan akhir Manchester United 3-1 Real Madrid. Gol-gol United dijaringkan oleh Ashley Young pada minit ke-21 dan 37 serta Chicharito (80'). Gol saguhati Real Madrid dijaringkan oleh pemain termahal dunia, Gareth Bale menerusi sepakan penalti pada minit ke-27.



Untuk pengetahuan semua, Stadium Michigan (The Big House) mencatat sejarah dengan jumlah penonton melebih 109,000 orang memecahkan rekod sejak tahun 1984. Kebanyakkan mereka datang untuk menyaksikan bintang dunia Cristiano Ronaldo beraksi tetapi Ronaldo hanya dimasukkan pada minit ke-76 kerana masih belum cergas.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs Inter Milan | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED KEKAL SEBAGAI PENDAHULU





Louis Van Gaal masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan pra musim Manchester United. Awal pagi tadi, anak buah LVG berjaya memenangi sepakan penalti apabila kedua pasukan terikat 0-0 dalam 90 minit. United mengumpul 2 mata dan Inter Milan terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja. United mendahului kumpulan A International Champions Cup dengan 5 mata. Dalam perlawanan terakhir kumpulan, United akan bertemua Real Madrid pada 3 Ogos 2014. Jadual lengkap di sini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs AS Roma | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KEMENANGAN KE-2 LVG


Jadual Pre Season Manchester United 2014/2015 [Klik]


Manchester United memulakan kejohanan International Champions Cup 2014 dengan kemenangan 3-2 ke atas pencabar dalam kumpulan A iaitu AS Roma. Wayne Rooney sekali lagi menjadi wira United dengan menyumbangkan 2 gol manakala Juan Mata menjaringkan gol pertama beliau untuk sesi pemanas badan di USA Tour.



Louis Van Gaal mengekalkan formasi 3-5-2 yang berjaya menghasilkan 7 gol menentang LA Galaxy dalam perlawanan pertama beliau selaku pengurus Manchester United. Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan jadual perlawanan yang diadakan pada jam 2.00 pm waktu tempatan kerana altitud dan suhu sangat tinggi.



Sam Johnstone penjaga gol ke-3 dalam skuad pra musim dan Blackett serta James diletakkan sebagai kesebelasan utama. Cleverley dipilih selaku kapten pasukan dalam misi LVG memerhati kekuatan dan kemampuan skuad United sedia ada.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

[Video] Keputusan Manchester United vs LA Galaxy | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , ,

BERMULANYA ERA LOUIS VAN GAAL


Jadual Pre Season Manchester United 2014/2015 [Klik]

Era Louis Van Gaal selaku pengurus baru Manchester United bermula dengan cemerlangnya. Kejayaan pasukan itu membelasah kelab MLS 7-0 membuka mata peminat bola sepak. Umum sudah mengenali siapa Louis Van Gaal. Beliaulah orang penting yang membawa negara Holland meraih tempat ke-3 semasa Piala Dunia 2014 yang lalu.



Perlawanan persabahatan dilihat sebagai medan terbaik untuk setiap pengurus menilai kekuatan pasukan dan mempersiapkan mental serta fizikal pemain sebelum kempen liga domestik bermula. Van Gaal menurunkan kesebelasan utama dengan menggunakan formasi 3-5-2 yang sudah terbukti berjaya sewaktu beliau meminpin pasukan Holland.



Ander Herrera dan Luke Shaw membuat penampilan pertama untuk kelab Manchester United. Masih terlalu awal untuk melihat kemampuan sebenar dua pemain ini. Namun Herrera sudah memperlihatkan keserasian apabila lorongan dan hantaran tepat beliau membantu United menjaringkan 7 gol.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Pre Season Tour Manchester United 2014 / 2015 | Friendly Match

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , ,

TOUR 2014 | MANCHESTER UNITED





Jadual Penuh Kejohanan International Champions Cup 2014 [Klik]

Musim baru bola sepak EPL 2014/2015 bakal bermula tak lama lagi. Biarpun demam Piala Dunia masih melanda, kejutan di liga-liga domestik pastinya lebih menarik. Sana sini sibuk dengan pembelian pemain baru. Tidak terkecuali Manchester United yang agak suram musim lalu.



Kehadiran Louis Van Gaal dilihat mampu memperbaiki kelemahan yang ketara sebelum ini. Lihat saja bagaimana corak permainan pasukan Belanda ketika ini. Bermula dengan membelasah juara bertahan hinggalah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Kemasukan pemain baru Ander Herrera dan Luke Shaw memberi petanda awal kebangkitan kelab 'The Red Devils' itu.



Difahamkan akan ada lagi pembelian di bawah era Louis Van Gaal untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan dan tengah. Nama-mana seperti Nigel De Jong, Kevin Strootman, Carvalho dan Angel Di Maria dijangka menyertai Manchester United.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Laporan Keputusan Perlawanan Persahabatan Manchester United | Pra Musim 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MOYES MASIH MENCARI FORMULA TERBAIK




Bukan mudah untuk seorang pengurus baru menggantikan seorang lagenda yang sudah sebati dengan kelab Manchester United. Pengaruh dan impak Sir Alex Ferguson seolah-olah masih menghantui beliau. Kita masih lagi menanti pembelian baru selepas United berjaya mendapatkan pemain remaja Uruguay GuillermoValera. Posisi tengah dilihat sebagai kelemahan utama United ketika ini.


Pemilihan Asia sebagai destinasi perlawanan pemanas badan ada pro dan kontra. Kelebihannya pemain dapat meningkat tahap kecergasan di bawah suhu yang tinggi. Kekurangannya pula lawan mereka di Asia mungkin kurang kompetitif untuk dibandingkan dengan kelab Eropah atau Afrika. Meskipun begitu United gagal untuk menang kesemua perlawanan.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Live Streaming : Perlawanan Manchester United vs Singha All Star | Friendly 13 Julai 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , ,

PRA MUSIM AEON TOUR 2013




Malam ini akan berlangsung perlawanan persahabatan pra musim AEON TOUR 2013. Manchester United akan melayan wakil kelab Thailand, Singha All Star di Bangkok. David Moyes bakal mengendalikan perlawanan pertama sebagai pengurus baru Manchester United. Berita yang kurang enak didengar semalam mengenai kecederaan hamstring yang dialami Wayne Rooney dan dijangka direhatkan selama sebulan.


Turut mengisi senarai pemain yang tercedera ialah Nemanja Vidic, Chris Smalling, Ashley Young dan Nani. Danny Welbeck akan bermula di posisi serangan dengan ketiadaan Rooney. Anders Lindegaard akan bermain sebagai penjaga gol di samping Rio Ferdinand, Patrice Evra, Ryan Giggs dan Micheal Carrick untuk membantu pemain muda yang akan diberi peluang malam ini.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
 

Jadual Perlawanan Pre Season Tour Manchester United 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

TOUR 2013 | MANCHESTER UNITED

JADUAL PRE SEASON MANCHESTER UNITED TOUR 2013


Musim baru bola sepak EPL 2013/2014 bakal bermula tak lama lagi. Jadual lengkap pasukan Manchester United telah pun dikeluarkan [Klik]. Setakat ini hanya satu pembelian dilakukan iaitu pertahanan muda Uruguay, Varela. Antara nama-nama lain yang disebut menarik minat Moyes ialah Thiago Alcantara (Barcelona), Kevin Strootman (PSV) dan Cavani (Napoli).


Antara posisi yang perlu diperkuatkan ialah di posisi midfield. United masih tiada box to box midfielder yang mempunyai stamina dan lebih agresif di samping kekuatan fizikal yang mantap. Manchester City dengan Yaya Toure dan Fernandinho. Chelsea dengan Essien dan Ramires

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/