Home » , , , , , , , » Laporan Keputusan Perlawanan Persahabatan Manchester United | Pra Musim 2013

Laporan Keputusan Perlawanan Persahabatan Manchester United | Pra Musim 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MOYES MASIH MENCARI FORMULA TERBAIK




Bukan mudah untuk seorang pengurus baru menggantikan seorang lagenda yang sudah sebati dengan kelab Manchester United. Pengaruh dan impak Sir Alex Ferguson seolah-olah masih menghantui beliau. Kita masih lagi menanti pembelian baru selepas United berjaya mendapatkan pemain remaja Uruguay GuillermoValera. Posisi tengah dilihat sebagai kelemahan utama United ketika ini.


Pemilihan Asia sebagai destinasi perlawanan pemanas badan ada pro dan kontra. Kelebihannya pemain dapat meningkat tahap kecergasan di bawah suhu yang tinggi. Kekurangannya pula lawan mereka di Asia mungkin kurang kompetitif untuk dibandingkan dengan kelab Eropah atau Afrika. Meskipun begitu United gagal untuk menang kesemua perlawanan.



Alasannya mudah. 


Dalam perlawanan pra musim kali ini United banyak menurunkan pemain muda disebabkan pemain senior ramai yang terlibat dengan Piala Konfederasi 2013 dan perlawanan peringkat antarabangsa memerlukan rehat yang cukup. Jadi peluang yang ada digunakan sebaik mungkin. Kita sudah lihat potensi pemain remaja seperti Wilfried Zaha, Adnan Januzaj dan Jessi Lingard






Perlawanan persahabatan pra musim ini tiada mata yang dikira untuk liga. Jadi kemenangan itu tidak menjadi agenda utama kerana fokus utama adalah untuk meningkat kecergasan pemain sebelum bermula kempen liga domestik dan Eropah.


Jarak antara setiap negara yang terlibat sangat jauh (Thailand > Australia > Jepun > Hongkong) dan pemain terpaksa menghabiskan masa dalam kapal terbang sekaligus terkena kesan 'jet lag'. Ditambah pula masa untuk berlatih dan menyesuaikan diri agak singkat. United harus berdepan dengan skuad yang sedang bertarung dalam liga domstik mereka dan ternyata mereka lebih cergas.



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PRA MUSIM MANCHESTER UNITED 2013


Pemain United juga perlu menyesuaikan diri dengan corak latihan dan taktikal David Moyes. Selama ini mereka sudah terbiasa dengan cara Sir Alex Ferguson. Semua ini mengambil masa sebelum kita dapat lihat prestasi sebenar Manchester United.


Kecederaan pemain juga menggangu perancangan pengurus pasukan. Kita sebolehnya memerlukan semua pemain terlibat seawal mungkin supaya semua dapat keserasian dan kecergasan yang maksimum.


Jadi daripada 6 perlawanan pra musim setakat ini, keputusannya United menang 2, seri 2 dan kalah 2.


Manchester United 0 - 1 Singha All Star

Manchester United 5 - 1 A League All Star

Manchester United 2 - 3 Yokohama F-Marinos

Manchester United 2 - 2 Cerezo Osaka

Manchester United 5 - 2 Kitchee FC

Manchester United 1 - 1 AIK Fotboll



Kesimpulannya, usah tekan butang panik dulu. Kita masih ada dua perlawanan sebelum bermula EPL.


Manchester United vs Sevilla | Testimoni Rio Ferdinand
10 Ogos 2013 , 2.30 am waktu Malaysia

Manchester United vs Wigan | Comuunity Sheild
11 Ogos 2013, 9.00 pm waktu Malaysia


Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Laporan Keputusan Perlawanan Persahabatan Manchester United | Pra Musim 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets