Home » , , , , , , , , , , , , , » [Video] Keputusan Manchester United vs Real Madrid | Pre Season US Tour 2014

[Video] Keputusan Manchester United vs Real Madrid | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

UNITED PAMER KEHEBATAN SEBENAR



Kejayaan pasukan Manchester United membenam juara Eropah 10 kali Real Madrid membawa kepada pertembungan dengan musuh tradisi, Liverpool di final International Champions Cup 2014 esok pagi. Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, status kelab Real Madrid tidak boleh disangkal lagi. United di bawah kendalian Louis Van Gaal kini berubah wajah.



Beberapa tonggak utama kedua-dua pasukan tidak beraksi kerana direhatkan selepas berakhirnya Piala Dunia 2014. Keputusan akhir Manchester United 3-1 Real Madrid. Gol-gol United dijaringkan oleh Ashley Young pada minit ke-21 dan 37 serta Chicharito (80'). Gol saguhati Real Madrid dijaringkan oleh pemain termahal dunia, Gareth Bale menerusi sepakan penalti pada minit ke-27.



Untuk pengetahuan semua, Stadium Michigan (The Big House) mencatat sejarah dengan jumlah penonton melebih 109,000 orang memecahkan rekod sejak tahun 1984. Kebanyakkan mereka datang untuk menyaksikan bintang dunia Cristiano Ronaldo beraksi tetapi Ronaldo hanya dimasukkan pada minit ke-76 kerana masih belum cergas.



Sepanjang kejohanan International Champions Cup 2014, United menang kesemua perlawanan termasuk satu penentuan penalti dan mendahului kumpulan A dengan 8 mata. Formasi 3-5-2 setakat ini membuahkan hasil. Real Madrid dilihat menghadapi masalah berdepan dengan taktik Loius Van Gaal. Ashley Young menyudahkan gerakan tercantik pasukan pada minit ke-21 untuk meletakkan United di depan.





Video Gol Manchester United vs Real Madrid | 3 Ogos 2013




Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Video] Keputusan Manchester United vs Real Madrid | Pre Season US Tour 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets