Home » , , , , , , , , , , , , , » [Video] Keputusan Manchester United vs AS Roma | Pre Season US Tour 2014

[Video] Keputusan Manchester United vs AS Roma | Pre Season US Tour 2014

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

KEMENANGAN KE-2 LVG


Jadual Pre Season Manchester United 2014/2015 [Klik]


Manchester United memulakan kejohanan International Champions Cup 2014 dengan kemenangan 3-2 ke atas pencabar dalam kumpulan A iaitu AS Roma. Wayne Rooney sekali lagi menjadi wira United dengan menyumbangkan 2 gol manakala Juan Mata menjaringkan gol pertama beliau untuk sesi pemanas badan di USA Tour.



Louis Van Gaal mengekalkan formasi 3-5-2 yang berjaya menghasilkan 7 gol menentang LA Galaxy dalam perlawanan pertama beliau selaku pengurus Manchester United. Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan jadual perlawanan yang diadakan pada jam 2.00 pm waktu tempatan kerana altitud dan suhu sangat tinggi.



Sam Johnstone penjaga gol ke-3 dalam skuad pra musim dan Blackett serta James diletakkan sebagai kesebelasan utama. Cleverley dipilih selaku kapten pasukan dalam misi LVG memerhati kekuatan dan kemampuan skuad United sedia ada.



Wayne Rooney menjaringkan gol pertama United menerusi rembatan cantik dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Roma. Rooney kemudiaannya menghantar bola kepada Mata dari jarak separuh padang untuk disudahkan dengan bergaya. Sebelum tamat separuh masa pertama, United dihadiahkan sepakan penalti apabila Welbeck dijatuhkan oleh pemain Roma. Rooney sekali lagi tiada masalah untuk meletakkan United selesa 3-0 di depan.



Separuh masa kedua, LVG melakukan 9 pertukaran dengan hanya Blackett dan Cleverley dikekalkan. Rentak permainan United sedikit terjejas dan kerap kehilangan bola. AS Roma berjaya menjaringkan gol melalui cubaan jarak jauh Pjanic dari separuh padang menewaskan penjaga gol Ben Amos. Totti menyudahkan sepakan penalti di minit akhir permainan untuk Roma kembali mengejar 2-3. Namun keputusan kekal sehingga wisel penamat.



United kini mendahului kumpulan A dengan 3 mata diikuti Inter Milan (2 mata), Real Madrid (1 mata) dan Roma (0 mata). Juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir menentang juara kumpulan B yang terdiri dari AC Milan, Olympiacos, Liverpool dan Manchester City.






Teruskan bersama Blog Kafe que untuk berita dan analisis perkembangan pra musim Manchester United 2014.



Highlight Gol Manchester United 3 - 2 AS Roma




Man of the Match - Wayne Rooney

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Video] Keputusan Manchester United vs AS Roma | Pre Season US Tour 2014 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets