NO COMMENTS
Jadual & Keputusan Piala Asia AFC Januari 2015 | Siaran Langsung Astro TV9
Penulis: Que | Kategori: astro , bola sepak , jadual , japan , keputusan perlawanan , korea selatan , live streaming , palestin , peringkat kumpulan , piala asia , siaran langsung , sukan , tv9 , undian , waktu malaysia
TIADA WAKIL ASIA TENGGARA
Senarai Pemain EPL Ke Piala Asia 2015 [Klik]
Kejohanan Piala Asia AFC 2015 bakal berlangsung pada 9 Januari hingga 31 Januari 2015 di Australia. Negara yang baru menyertai benua ini pada tahun 2005 itu dipilih selaku tuan rumah untuk kejohanan edisi ke-16. Pemenang akan layak secara automatik ke Piala Konfederasi 2017 di Rusia. Lihat sini untuk ketahui apa itu Piala Konfederasi.
Lima bandar yang akan menjadi lokasi tumpuan peminat bola sepak iaitu Sydney, Melbourne, Brisbane, Canberra dan Newcastle. Australia layak atas tiket tuan rumah manakala Japan dan Korea Selatan mendapat pengecualian dari bersaing di pusingan kelayakan kerana masing-masing menjadi juara dan tempat ke-3 dalam Piala Asia 2011.
16 pasukan atau negara dibahagikan kepada 4 kumpulan yang diasingkan mengikut ranking FIFA dalam 4 balang. Australia walaupun berada pada ranking lebih rendah di beri penghormatan untuk berada di balang utama kerana menjadi tuan rumah. Tahun ini tiada wakil dari Asia Tenggara untuk bersaing dengan kuasa besar Asia yang lain.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq