Home » , , , , , , , » MOTIVASI : 10 SEBAB JEPUN MENCAPAI KEMAJUAN

MOTIVASI : 10 SEBAB JEPUN MENCAPAI KEMAJUAN

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , ,

MENGAPA RAKYAT JEPUN LEBIH MAJU?




Jepun pernah dihancurkan satu ketika dahulu dengan serangan bom atom di bumi Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat pada tahun 1945. Kini sudah 68 tahun berlalu dan kita dapat lihat bagaimana kemajuan luar biasa yang dikecapi oleh rakyat di negara matahari terbit itu.


Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 juga memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' yang boleh ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.



Kebanyakan syarikat besar yang berjaya mengamalkan etika kerja seperti masyarakat Jepun yang mempunyai disiplin tinggi. Bagaimana pula dengan penjawat awam di negara kita? Adakah mereka ini menghargai masa? 


Akhlak dan sikap penduduk di Malaysia antara yang mempunyai tahap kesopanan yang rendah. Lihat sahaja di jalan raya berapa banyak kes kemalangan yang berlaku dalam sehari. Budaya membuang sampah merata-rata semakin sukar dibendung. Apakah punca masalah ini berlaku dan berlarutan?



SEBAB RAKYAT JEPUN LEBIH MAJU



Mari kita renungkan...



10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan :
Kredit kepada Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini.



1. Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu mata pelajaran yang dinamakann “Jalan ke arah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.




2. Tidak ada kegagalan (failure) pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi (watak), bukan sahaja pendidikan dan imlak (dictation).




3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka.




4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan.




5. Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.




6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.




7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.




8. Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”.




9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan di atas pinggan.




10. Kadar kelewatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.








Nah, apa yang korang rasa? Berbeza bukan dengan apa yang  kita amalkan di Malaysia setiap hari. Jom kita ubah diri sendiri supaya Malaysia juga boleh menjadi seperti Jepun suatu hari nanti.

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " MOTIVASI : 10 SEBAB JEPUN MENCAPAI KEMAJUAN "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets