Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia | 16 Oktober 2013
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , england , kelayakan piala dunia , keputusan perlawanan , spain , sukan
BOSNIA CATAT SEJARAH
Senarai Terkini Negara Yang Layak Ke Piala Dunia 2014 [Klik]
Awal pagi tadi berlangsungnya perlawanan terakhir peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia Zon Eropah. Seperti dijangka England dan Spain menempatkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2014 selaku juara kumpulan. Gol Rooney dan Gerrard memberi kemenangan 2-0 ke atas Poland. Spain hanya memerlukan satu mata untuk layak. Namun Georgia bukanlah lawan yang setanding dengan mereka apabila tewas mudah 0-2. Gol Spain dijaringkan wakil pemain EPL, Negredo dan Juan Mata.
Bosnia & Herzegovina melakar sejarah apabila layak buat kali pertama ke Piala Dunia setelah berpisah dari Yugoslavia pada tahun 1992. Mereka menjadi juara kumpulan G berkongsi mata dengan Greece tetapi memiliki perbezaan jaringan yang lebih besar.
Russia di bawah bimbingan Fabio Capello menamatkan penantian 11 tahun dan layak atas tiket juara kumpulan F. Mereka menafikan peluang Portugal untuk layak secara automatik.
Keputusan Penuh Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Bulan Oktober [Klik]
Zon Eropah kini hanya tinggal 4 slot ke Piala Dunia 2014. Dari 9 kumpulan di pusingan kelayakan, kesemua negara yang menjadi juara telah layak secara automatik. 8/9 negara yang menjadi pasukan naib juara terbaik akan bertarung dalam pusingan play-off. Mereka adalah :
- Croatia - Naib juara kumpulan A
- Sweden - Naib juara kumpulan C
- Romania - Naib juara kumpulan D
- Iceland - Naib juara kumpulan E
- Portugal - Naib juara kumpulan F
- Greece - Naib juara kumpulan G
- Ukraine - Naib juara kumpulan H
- France - Naib juara kumpulan I
Nota : Denmark selaku naib juara kumpulan B tidak layak kerana memiliki mata paling sedikit antara pasukan naib juara yang lain
Kesemua 8 negara di atas akan bermain dalam pusingan play-off pada 16 & 20 November nanti. Empat pemenang dalam perlawanan timbal balik itu akan mara ke Piala Dunia 2014. Menurut FIFA, negara terlibat akan diasingkan mengikut ranking. Ini bermakna tiada pasukan handalan bertemu sesama sendiri.
Ada pro dan kontra jika pengasingan ini dilakukan.
Pro - Piala Dunia akan menjadi lebih menarik jika negara yang kuat layak
Kontra - Negara yang mempunyai ranking yang lebih rendah sukar untuk layak
Pendapat aku, sepatutnya bila dah masuk pusingan play-off ni kasi pukul sama rata la. Siapa suruh pasukan yang kuat tu gagal jadi juara kumpulan. Padahal memang dah diasingkan pun pada peringkat awal dulu. Kira macam penalti sebab terpaksa main dalam play-off. Kalau tak boleh tengok Portugal vs France nanti. Salah satu akan tersingkir dari Piala Dunia 2014.
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..