Home » , , , , , , , , » [Video] Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia | 12 Oktober 2013

[Video] Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia | 12 Oktober 2013

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , ,

4 LAGI NEGARA LAYAK KE PIALA DUNIA 2014


KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA ZON EROPAH 12 OKT 2013, KEPUTUSAN ENGLAND VS MONTENEGRO 12 OKT 2013

Senarai  negara yang layak ke Piala Dunia [Klik]


Empat lagi negara telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Belgium, Germany dan Switzerland menjuarai kumpulan masing-masing walaupun masih berbaki 1 perlawanan pusingan kelayakan zon Eropah. Manakala Columbia pula menjadi wakil kedua dari benua Amerika Selatan selepas Argentina yang mara secara automatik.



Spain dan Russia bagaimanapun terpaksa menunggu hingga Rabu ini kerana secara metematiknya mereka masih belum terselamat dari pusingan play-off. Portugal dan France perlu menang besar dalam perlawanan terakhir sambil mengharapkan kekalahan pendahulu kumpulan (Spain & Russia) kalah dengan jaringan yang banyak.



Uruguay juga berdepan dengan risiko bermain untuk tempat play-off setelah tewas di tangan Ecuador. England mampu menarik nafas lega apabila menang besar 4-1 ke atas Montenegro untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu. Diekori rapat oleh Ukraine yang dipisahkan hanya 1 mata, England tiada pilihan lain selain menang dalam pertemuan terakhir menenatang Poland.



 Keputusan Penuh Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Bulan Oktober [Klik]





Pertaruhan Roy Hudgson yang menurunkan pemain muda Spurs, Townsend membuahkan hasil apabila beliau mencipta gol pembukaan England yang disudahkan Rooney sebelum menambah gol ketiga negaranya. Perlawanan ini merupakan penampilan pertamanya untuk England. 



Mungkin ini dapat memberi pengajaran kepada Datuk K.Rajagobal bagaimana untuk memilih pemain untuk pasukan kebangsaan. Penilaian prestasi semasa pemain sangat penting dan bukan hanya sandarkan pada kenangan lampau.



Rekod penjaring terbanyak Belanda dipecahkan oleh Robin Van Persie apabila beliau menjaringkan hatrick menentang Hungary. Belanda menang 8-1. sebelum ini Kluivert memegang rekod dengan 40 gol. Van Persie sekarang lebih 1 gol menjadikannya 41 bersama negara Belanda.



Highlight Perlawanan England vs Montenego | 12 Oktober 2013





Hatrick Robin Van Persie | Holland vs Hungary 12 Oktober 2013



Teruskan bersama Kafe Que untuk perlawanan terakhir Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu depan

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Video] Keputusan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia | 12 Oktober 2013 "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets