Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Jadual Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Jadual Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , , , ,

BRAZIL DAN ARGENTINA MASIH SELAMAT


Keputusan terkini perlawanan Piala Dunia 2014 [Klik]


Persaingan pusingan kedua atau 16 terakhir berkesudahan dengan penuh dramatik. Dari 8 perlawanan, 2 berakhir dengan sepakan penalti dan 3 berakhir dalam masa tambahan. Hanya 3 perlawanan sahaja yang berjaya ditamatkan dalam masa 90 minit. Sangat sengit dan kesemua negara yang layak ke pusingan kedua bukan calang-calang.



Brazil yang juga pasukan pilihan perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka Julio Cesar yang menyelamatkan 2 sepakan penalti pemain Chile setelah kedudukan berakhir 1-1 dalam masa tambahan. Colombia pula mudah menyingkirkan Uruguay yang kehilangan 'Si Gigi' Luis Suarez 2-0.



Belanda pula hampir-hampir tersingkir ketika menentang Mexico dan memerlukan gol di akhir permainan untuk mara. Dalam perlawanan itu buat pertama kalinya waktu rehat atau 'cooling break' diperkenalkan. Cuaca panas di Brazil menyebabkan perlawanan yang dilangsung pada jam 1 petang (waktu tempatan) terpaksa dihentikan seketika ekoran proses hidrasi yang begitu pantas.


Costa Rica mencipta sejarah di Piala Dunia apabila pertama kali layak ke suku akhir. Bermula dengan kejutan menjuarai kumpulan maut yang terdiri dari negara England, Italy dan Uruguay seterusnya bertahan selama 60 minit (10 pemain) hingga ke sepakan penalti.



Perancis, Jerman, Argentina dan Belgium melengkapkan senarai suku akhir Piala Dunia 2014. Seperti yang diramalkan di peringkat awal, pasukan Brazil dan Argentina masih terselamat dari Piala Dunia 2014. Kita lihat mampukah kedua negara ini bertemu di pusingan akhir nanti.





Jadual Penuh Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014
Tarikh              Masa (waktu Malaysia) Perlawanan
5 Jul 2014              00.00 am                              France vs. Germany
5 Jul 2014              04.00 am Colombia vs. Brazil
6 Jul 2014              00.00 am   Argentina vs. Belgium
6 Jul 2014              04.00 am Holland vs. Costa Rica


Anda boleh saksikan siaran langsung perlawanan di Astro dan RTM

Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " Jadual Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014 | FIFA World Cup Brazil "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2023
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets