Home » , , , , , , , , , , , , , » [Video] Gol Tercantik Piala Dunia 2014 - James Rodriguez

[Video] Gol Tercantik Piala Dunia 2014 - James Rodriguez

Penulis: Que | Kategori: , , , , , , , , , , , , ,

GOL RODRIGUEZ DAPAT UNDIAN TERTINGGI



Pemenang kasut emas Piala Dunia 2014 menerima penganugerahan sekali lagi menerusi pemilihan gol terbaik kejohanan. Gol tersebut dijaringkan oleh James Rodriguez ketika menentang Uruguay di pusingan kedua kempen Piala Dunia yang lalu.



Undian di laman web rasmi FIFA meletakkan gol jaringan Rodriguez di tangga teratas mengetepikan jaringan tandukan terbang Robin Van Persie ketika menentang Spain dalam perlawanan pembukaan kumpulan B.



Pemain tengah Colombia itu mengawal tandukan dari rakan sepasukan, Juan Cuardado dengan dada sebelum melepaskan sepakan volley hanya sedikit di bawah palang gol yang dikawal Muslera. Colombia mendahului 1-0 pada minit ke-28 dan James menambah satu lagi jaringan di separuh masa kedua untuk memberikan kemenangan 2-0.





James Rodriguez telah menjaringkan 6 gol sepanjang kempen Piala Dunia 2014 yang menjadikan beliau penjaring terbanyak kejohanan. Berikut adalah senarai gol yang dijaringkan :


1) Colombia 3 - 0 Greece :  James Rodriguez minit ke - 90

2) Colombia 2 - 1 Ivory Coast :  James Rodriguez minit ke - 64

3) Colombia 4 - 1 Japan :  James Rodriguez minit ke - 90

4) Colombia 2 - 0 Uruguay :  James Rodriguez minit ke - 28, 50

5) Colombia 1 - 2 Brazil :  James Rodriguez minit ke - 80 (penalti)


Fakta : James Rodriguez telah menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang disertai beliau di Piala Dunia 2014



Gol James Rodriguez vs Uruguay




Gol Van Persie vs Spain



Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq

No Responses to " [Video] Gol Tercantik Piala Dunia 2014 - James Rodriguez "

Leave a Reply

Terima kasih atas komen anda :)

Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK


Selamat Mencuba..

Recommended Post Slide Out For Blogger

KafeQue Ads close
Sampul Raya 2024
Promosi Aidilfitri

Klik sini

Dapatkan sekarang

Tutup
http://kafeque.blogspot.com/

Blogger Widgets