12 Pemain Manchester United Dalam Senarai Cedera Menjelang Pertemuan Dengan Arsenal
Penulis: Que | Kategori: analisis , bola sepak , cedera , EPL , louis van gaal , manchester united , pemain , senarai , sukan
LOUIS VAN GAAL PENING
Louis Van Gaal pening memikirkan masalah kecederaan pemain yang membelenggu kelab barunya itu. Menjelang pertemuan dengan Arsenal hujung minggu ini, seramai 12 pemain utama dijangka terlepas aksi perlawanan penting itu. Daripada 12, 5 pemain tercedera dalam minggu perlawanan antarabangsa baru-baru ini.
Secara rasminya, Manchester United mendahului carta kecederaan pemain diikuti Newcastle United (11) dan Everton (10). Ramai orang mempersoalkan kenapa United hanya mampu berada di tangga ke-7 tetapi tidak ramai yang mampu menkaji apa punca masalah tersebut kerana rata-rata peminat hanya melihat kepada keputusan perlawanan.
David De Gea, Michael Carrick, Daley Blind, Luke Shaw dan Angel Di Maria menambah derita United yang menagih khidmat mereka untuk memenangi perlawanan di Emirates. Nasib malang yang menimpa kelab menggangu rentak kemenangan dan usaha untuk kembali ke kedudukan 4 teratas.
Diharapkan akan ada pemain yang sempat sembuh dan memberi tonik kepada pasukan. Arsenal pada yang sama juga mengalami masalah kecederaan tetapi tidak terlalu kritikal kerana hanya 5 pemain sahaja yang mungkin tidak dapat beraksi. Jika sesebuah kelab mengalami 12 kecederaan ia umpama sebuah pasukan bola sepak. Hanya kelab yang mempunyai pemain simpanan yang ramai mampu mengatasi masalah ini.
Senarai kecederaan pemain Manchester United sehingga 20/11/2014
1) De Gea - Finger
2) Marcos Rojo - Discolated shoulder
3) Rafael - Muscular
4) Phil Jones - Calf/Shin
5) Jonny Evans - Ankle/Foot
6) Luke Shaw - Hamstring
7) Daley Blind - Knee Ligament
8) Michael Carrick - Groin/Pelvis
9) Angel Di Maria - Ankle/Foot
10) Jesse Lingard - Knee
11) Ashley Young - Groin/Pelvis
12) Radamel Falcao - Calf/Shin
Like jika entri ini memberi informasi kepada anda dan share dengan rakan-rakan ;) Tq
Leave a Reply
Terima kasih atas komen anda :)
Teknik mudah dapat RM250 sebulan - KLIK
Selamat Mencuba..